-32

1.2K 207 6
                                    

Saera Pov⇦

"Dekat mana ni?" tanya aku sendiri. Buka sahaja mata, sekeliling aku dihiasi dengan persekitaran yang asing. Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Tersembul muka Taehyung membawa masuk dulang berisi makanan menuju ke arah aku.

"Oh, awak dah sedar?" mulutnya membentuk 'o' dan matanya terbutang memandang aku. Aku bangun daripada pembaringan. Tidak selesa aku apabila orang memandang aku ketika aku sedang baring. Kepala aku masih terasa sakit. Aku berdehem.

Taehyung meletakkan dulang atas meja di sisi katil. Ubat dan air dihulurkan ke arah aku.

"Saya tak suka makan ubat lah." kata aku. Berkerut dahi aku menahan sakit ditekak. Tekak aku kering seperti sudah beberapa hari tidak minum.

"Awak kena makan. Kalau tak macam mana nak sihat." bebel Taehyung. Aku pandang dengan muka yang sudah mencerut.

"Saya dekat mana ni?" tanya aku. Sengaja aku mengambil alih perhatiannya dengan bertanyakan soalan yang lain.

"Dekat rumah saya. Nah, makan ni." jawab Taehyung lalu memberikan ubat kepada aku. Mahu tidak mahu, terpaksa juga aku memakan ubat yang diberi Taehyung.

Aku ambil ubat tersebut dan masukkan ke dalam mulut. Gelas di tangan Taehyung aku ambil dan diteguk air tersebut dengan segera. Berkerut dahi aku apabila ubat tersebut memasuki salur esofagus aku.

"Macam mana saya boleh ada dekat rumah awak?"

___________

Tekan tu tekan! >_<

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now