-42

1.1K 143 3
                                    

Saera Pov⇦

Hubungan aku dan Taehyung masih lagi okay, malah bertambah mesra selepas mama Taehyung mengetahui hal ini. Mama Taehyung menerima aku dengan hati yang terbuka. Terkadang aku cemburu kerana Taehyung menjadi kegilaan ramai pelajar di sekolah. Tidak seorang pun yang tahu tentang hubungan kami.

"Hik!" kedengaran suara budak menangis teresak.

"Tak payah nak menangis! Tak ada orang pun lah dekat sini!" marah satu suara.

BUK! PANG!

Aku mula risau. Aku terus pergi ke arah bunyi itu dan terkejut aku dibuatnya. Dua orang budak sedang membuli seorang lagi budak. Kelihatan mereka lebih muda daripada aku. Jadi, aku tidak perlu takut.

"Ehem!" aku berdehem perlahan. Membetulkan suara.

"SAYA DILAPORKAN ADA BERLAKU KEJADIAN BULI BERDEKATAN KAWASAN INI. BOLEH SAYA TAHU DI MANA YE CIK?" lintang pukang budak-budak itu lari. Takut ditangkap mungkin. Aku menutup mulut menahan tawa. Setelah memastikan mereka pergi, aku mendekati budak yang dibuli tadi.

"Adik tak apa-apa?" tanya aku risau. Ada kesan lebam di mukanya. Aku sentuh pipinya. Aku teringat dengan diri aku sendiri. Sungguh aku mengerti perasaan adik ini. Dia hanya menggeleng kepala.

"Nak akak hantar balik? Rumah kat mana ye?" tanya aku.

"Tak! Tak, s-saya tak nak a-abang saya nampak saya macam ni." kata dia. Aku mahu tolong. Tapi, aku masih ingat bahawa aku menumpang rumah Taehyung.

"Sekejap ye adik. Nama adik siapa?" tanya aku.

"Yoonji, Min Yoonji." jawabnya. Aku angguk dan senyum ke arahnya. Aku keluarkan telefon dan menelefon Taehyung.

"Taehyung-ah, boleh tak awak datang sekejap. Dekat lorong sebelah taman?" tanya aku.

Diam

"Tak, ada sesuatu dah berlaku."

Diam

"Bukan, bukan saya. Boleh tak awak datang?"

Diam

"Okay. Saya tunggu. Bye. Muah! Hehehe." aku menekup muka aku tanda malu. Setelah mendapat kata putus, aku mematikan talian. Aku kembali berpaling ke arah Yoonji sambil tersenyum.

"Jom jalan-jalan sekejap? Nah, pakai mask ni." aku menghulurkan mask kepada Yoonji. Dia mengambilnya dan aku bantu dia berdiri.

______

Ouch ouch! Kenapa Taera ni sweet sangat 😳😳

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now