-29

1.2K 161 8
                                    

Saera Pov⇦

"Woi!" aku terus menoleh ke arah suara tersebut. Terkejut bukan kepalang apabila mengetahui pemilik suara tersebut.

"Y-Yoongi, apa awak b-buat dekat s-sini?" tanya aku ragu-ragu. Siapa yang tidak kenal dengan pembuli terbesar sekolah.

Walaupun sudah maklum dengan sikapnya yang begitu, tapi tidak pernah lagi aku dengar sekolah mengambil tindakan dengan sikapnya yang satu itu. Mungkin terlalu takut diapa-apakan.

Yoongi mengambil tempat di sebelah aku. Aku hanya membatu di tempat aku. Langsung tidak bergerak.

"Puas?" tanya Yoongi tiba-tiba setelah sekian lama mendiamkan diri. Terangkat bahu aku apabila dia bersuara tiba-tiba. Kedengaran sinis di telinga aku. Aku hanya diam.

"Aku tanya ni, PUAS KE?!" tengking Yoongi tiba-tiba. Aku terus menutup telinga aku sambil menggelengkan kepala dengan laju. Jantung aku berdegup laju. Dada aku naik turun dengan cepat. Aku sangat takut. Aku memeluk kaki aku dan kepala aku sembamkan ke lutut aku. Aku dengar derap kaki berlari menjauhi aku. Selepas itu, aku sudah tidak sedarkan diri.

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now