-35

1.2K 158 8
                                    

⇨No one Pov⇦

Sudah seminggu Saera tinggal di rumah Taehyung. Seminggu juga lah Saera berusaha mengelakkan diri daripada Yoongi selepas kejadian itu. Selama seminggu juga lah Taehyung sering mengambil berat tentang dirinya. Perasaan bersalah Saera semakin menebal kerana Saera merasakan bahawa dirinya telah menyusahkan keluarga Taehyung. Telah tiba masanya untuk dia keluar daripada rumah itu.

"Awak, saya rasa, saya dah banyak menyusahkan awak dengan keluarga awak." kata Saera kepada Taehyung ketika mereka pulang dari sekolah.

"Maksud awak?" tanya Taehyung sambil melihat Saera bermain dengan jari jemarinya.

"Saya kan dah lama duduk rumah awak. Jadi, saya rasa saya kena keluar daripada rumah awak. Kesian mama dengan papa awak. Tak pasal-pasal kena tanggung saya, sedangkan saya tiada apa-apa hubungan dengan keluarga awak. Keluarga awak dan awak sangat baik kepada saya. Saya rasa, saya tak layak untuk semua ni." jelas Saera panjang lebar lalu menundukkan kepalanya kembali ke jalan.

Taehyung diam. Lama dia mendiamkan diri. Perjalanan pulang mereka hanya ditemani siulan burung-burung yang berterbangan di langit dan pekikan yang riuh kanak-kanak yang bermain di taman pada petang hari.

Sampai sahaja di rumah, Taehyung terus membawa haluannya ke bilik dan Saera juga begitu. Tiba waktu makan malam, Taehyung masih tidak bercakap dengan Saera. Semakin bertambah rasa bersalahnya. Tidak tenang hatinya mahu meninggalkan rumah tersebut.

"Siap. Saya nak ajak awak keluar." arah Taehyung tiba-tiba sewaktu Saera hendak masuk ke bilik untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Tanpa membuang masa, Saera mengambil cardigannya dan tunggu Taehyung di ruang tamu.

Sampai di taman, kami mengambil tempat di bangku yang sudah sedia ada di taman tersebut. Lama Taehyung dan Saera mendiamkan diri.

"Saya-"

"Awak-" Taehyung dan Saera tergelak kecil apabila mereka berkata serentak.

"Awak cakap dulu." kata Taehyung sambil tersenyum nipis. Lega hati Saera melihat senyuman Taehyung.

"Maaf." pinta Saera.

"Untuk?" berkerut dahi Taehyung apabila Saera meminta maaf.

"Sebab buat awak marah? Mungkin saya ada tersalah cakap masa petang-"

"-tak apa. Saya tak marah pun. Family saya ikhlas nak bantu awak." pintas Taehyung. Mereka terus diam selepas perbualan tersebut

"Saya.." kata Taehyung tiba-tiba setelah lama memdiamkan diri. Saera terus berpaling memandang wajah Taehyung. Menunggu ayat seterusnya.

"... Saya nak jadikan awak ada hubungan dengan keluarga saya." mata Taehyung tunak memandang ke arah mata Saera. Saera berkerut apabila Taehyung berkata begitu. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan Taehyung.

"Saya sukakan awak, Saera. Saya cintakan awak."

__________

Alamak! Apa yang iqa dah buat ni 😭

Jeng jeng jeng!
*gelak macam lembu*
Moo-hahahahaha

Sorry terpanjang :(((

#131 in FANFICTION?!!!!

Terima kasih 😭

Tolong take note siapa yang selalu tak sabar nak tunggu update. Iqa akan update setiap isnin bermula daripada hari ini. Sekian. 😉

Nerd •myg [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt