-66

779 94 0
                                    

Yoongi pov⇦

"Aku... Aku nak berubah." luah aku. Aku tunduk sambil menggenggam tangan aku. Ada yang menepuk bahu aku beberapa kali.

"Masih belum terlambat." kata Namjoon sambil tersenyum. Aku membalas senyuman dia. Satu persatu wajah mereka aku pandang.

"Aku harap kita boleh jadi macam dulu." kata Seokjin. Aku angguk.

"Taehyung, macam mana?" Jimin bersuara. Semua terdiam.

"Tak apa, biar aku yang uruskan." kata aku sambil berazam untuk memulihkan keadaan. Ya, aku mahu kami yang dulu.

.
.
.

Saera Pov⇦

"Seronok kan cerita ni?" kata aku. Aku dan Yoonji sedang menikmati popcorn sambil menonton filem Dispecable me 2. Comel sahaja cerita ini.

"Ya, comel!" aku menyuapkan segenggam popcorn ke dalam mulut. Sedap!

"Akak, Yoonji nak tengok cerita hantu. Boleh tak?" pinta Yoonji.

"La, ini kan rumah Yoonji. Tengok je lah apa yang Yoonji mahu. Akak menumpang sahaja di rumah ni."

"Alah akak, bunyi macam sedih sahaja. Akak, Yoonji dah anggap akak macam kakak Yoonji sendiri. Abang Yoongi dah cerita dengan Yoonji yang akak ada masalah dengan family akak." kami bertentang mata. Aku senyum nipis memandang Yoonji. Rambutnya aku kusutkan.

"Aigoo, mana ada akak sedih. Akak pun dah anggap Yoonji macam adik akak sendiri." aku tergelak kecil.

"Jom tengok cerita n!" kata Yoonji sambil mengambil remote tv dan menukar rancangan yang hendak ditonton. Sebelum mula, sempat aku terdengar Yoongi yang baru turun menuju ke dapur. Untuk minum air mungkin.

"Yoongi!!" jerit Yoonji sambil tergelak. Yoongi terus ke depan untuk memarahi Yoonji.

"Abang mana? Hormat sikit eh." Yoongi menyekeh Yoonji di hadapan aku. Pertama kali aku melihat senyuman dia. Gummy smilenya sangat menawan. Aku tidak boleh berhenti melihat Yoongi. Yoongi berpaling memandang aku. Aku cepat-cepat tunduk kerana takut tertangkap.

"Nak apa?" tanya Yoongi lalu menghirup airnya.

"Jom join kita orang tengok cerita hantu?" ajak Yoonji. Aku menunggu jawapan daripada Yoongi.

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now