-73

711 88 6
                                    

Saera Pov

Aku mematikan vakum setelah selesai membersihkan lantai. Vakum aku letak semula di dalam stor. Aku ke dapur untuk minum air.

"Kau bersihkan rumah tadi?" hampir sahaja aku mencampakkan cawan ini ke arah suara itu. Yoongi dengan pakaian yang serba hitam itu bangun daripada meja makan. Meja makan dengan dia sama-sama hitam. Nasib baik muka tu putih melepak.

"A'ah. Bila awak ada dekat situ? Tak nampak pun?" aku menggenggam gelas yang berisi air kosong sejuk.

"Kalau kau menonong masuk dapur langsung tak pandang kiri kanan, memang lah tak nampak aku. Ni, aku, nak minta tolong kau sikit." Yoongi menggaru belakang lehernya sambil pandang ke arah lantai.

"Tolong apa?" tanya aku.

"Tolong aku siap-"

Ring Ring.

"Biar saya angkat." aku meletakkan gelas di atas meja dan menuju ke telefon rumah milik Yoongi. Aduh, buat macam rumah sediri pula. Aku angkat ganggang telefon rumah milik Yoongi.

"Ya."

"Boleh saya tahu, ini rumah Yoonji ke?"

"Ya, ini rumah Yoonji."

"Okay, boleh saya cakap dengan abang kepada Yoonji?"

"Tak apa, cakap sahaja dengan saya. Nanti saya sampaikan."

"Okay, semasa aktiviti kem di sini, berlaku kemalangan yang melibatkan Yoonji. Yoonji dalam keadaan kritikal kerana lemas dan sekarang berada di Hospital Wang. Saya harap, cik dan abang kepada Yoonji datang dengan segera untuk tahu lebih lanjut mengenai keadaan Yoonji."

"Ah,.. B-baik lah." aku terdiam. Ganggang telefon aku letak semula. Perlahan-lahan, aku pandang Yoongi.

"Siapa? Kau okay tak ni?" tanya Yoongi.

"A-adik awak. Yoonji. D-dia lemas."

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now