-78

569 66 7
                                    

Saera Pov⇦

"Awak, kita nak pergi mana ni?" Tanya aku. Aku hanya membuntuti langkah Yoongi. Kami semakin jauh ke kawasan yang ramainya golongan gelandangan berada.

"Ikut aja. By the way, kau ingat lagi tak muka papa kau?" Tanya yoongi tiba-tiba. Aku terdiam mengingati papa aku yang sudah lama aku tidak jumpa.

"Ingat." Jawab aku perlahan. Kami berjalan tanpa henti. Aku memandang keadaan sekeliling. Ramai gelandangan yang sedang tidur. Mereka hanya tidur berlapikkan kotak. Tanpa selimut dan tidak berbumbung. Aku berasa simpati dengan mereka.

"Saera?" Panggil seseorang. Aku terkedu bila mendengar suara tersebut. Aku berpaling ke arah suara tersebut.

"P-papa?" Panggil aku.

"Saera." Aku terus berlari menuju ke arah papa aku dan peluk erat badannya. Sudah sangat lama aku tidak dipeluk olehnya.

"Pak cik." Panggil Yoongi. Aku meleraikan pelukan kami dan memandang ke arah kami.

"Kamu?" Tanya papa aku.

"K-kawan Saera. Kawan sekelas." Jawab aku. Yoongi hanya mengangguk.

"Saya Yoongi. Min Yoongi." Kata Yoongi sambil menundukkan badannya sedikit.

"Oh..." Kami semua terdiam.

"Jom lah balik." Ajak Yoongi. Aku hanya mendiamkan diri.

"Mama kamu dah okay ke Saera?" Tanya papa.

"M-mama..." Aku buntu. Aku tidak tahu hendak kata apa.

"Saya hantar pakcik dengan Saera balik dulu ye. Pakcik kan tak sihat. Jom?" Yoongi memecahkan keganjalan yang hampir menyelubungi kami.

"Ya. Jom papa?" Aku senyum sambil membawa papa menuju ke kereta Yoongi. Sepanjang perjalanan, papa tidur. Mungkin sudah lama dia tidak dapat merasakan tidur yang selesa. Sampai sahaja kami di rumah, lebih tepat lagi rumah Yoongi, aku terus menyuruh papa tunggu aku di dalam. Aku mengambil barang milik papa dan menuju masuk ke rumah.

"Saera..." Panggil Yoongi. Aku berpaling ke arah Yoongi. Sambil membalas ya sebagai jawapan panggilannya.

"Pasal mama awak, awak-"

"Saya akan cerita kepada papa. Terima kasih sebab cari papa saya dan bagi kami tinggal dekat sini." Aku memberikan senyuman dan masuk ke dalam. Yoongi memberikan bilik Yoonji untuk aku tidur dan bilik aku yang dulunya dia beri kepada papa aku. Aku menyuruh papa membersihkan diri. Yoongi meminjamkan bajunya. Aku pun turut pergi ke bilik aku untuk merehatkan diri.

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now