-68

639 84 0
                                    

Taehyung Pov⇦

Bohong lah kalau aku cakap yang aku tak rindukan Saera. Tapi, bila aku teringat kejadian Saera yang Yoongi berpelukan di stor sukan membuatkan aku berasa jijik dengan Saera. Aku harus tepis perasaan ini jauh-jauh. Perasaan cinta yang telah dikhianati oleh perempuan itu sendiri.

"Taehyung." panggil mama. Aku yang sedang termenung hanya meng-hmm-kan aja apabila mama memanggil aku. Mama duduj di sebelah aku.

"Kenapa dengan kamu ni? Ada masalah ke dengan Saera. Kalau-"

"-Mama jangan sebut nama perempuan tu depan Taehyung." pintas aku. Mama terus terdiam sebelum berbicara semula.

"Okay. Tapi, boleh tak kamu cerita dengan mama apa yang berlaku. Mama tak suka lah tengok anak mama macam ni." lembut sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut mama. Aku menarij nafas sedalam-dalamnya sebelum menceritakan apa yang berlaku daripada mula sehingga tamat. Mama mendengar dengan penuh teliti.

"Oh. Kalau macam itu mama tak boleh cakap apa-apa lah. Mama minta maaf sebab paksa kamu cerita."

"Tak apa mama. Sekurang-kurangnya, ringan sikit beban yang Taehyung tanggung sekarang ni." aku menggenggam tangan mama.

"Okay lah mama, Taehyung nak naik tidur. Selamat malam mama." kata aku sebelum masuk ke bilik.

Nerd •myg [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant