-53

1K 125 4
                                    

Yoongi Pov⇦

"Minggu depan, Yoonji pindah masuk sekolah abang." kata aku. Aku meletakkan roti bakar di hadapan Yoonji.

"Alah, kenapa?!" tanya Yoonji.

"Supaya abang boleh tahu kalau-kalau sesuatu berlaku kepada Yoonji." jawab aku. Baru sahaja Yoonji hendak membuka mulut, aku terus menyumbatkan roti ke dalam mulutnya. Malas hendak mendengar dia bertanya apa-apa lagi.

"Ini semua demi keselamatan Yoonji. Faham?" aku galas beg di sisi, bersedia hendak ke sekolah. Yoonji hanya mengangguk sambik membuat muka comel.

"Aish!" aku mengetuk kepala Yoonji.

"Ingat comel?" kata aku, bergurau.

"Comel lah! Abang jeles, sebab tu pukul Yoonji." senyuman aku terpadam apabila perkataan pukul terlepas daripada mulut Yoonji. Teringat kata-kata doktor semalam.

"Abang pergi sekolah dulu. Duduk rumah. Kunci pintu. Kalau ada orang tak kenal, jangan buka pintu. Faham?"

"Ye, fahammmmm!!" tersengih aku dibuatnya. Aku terus keluar daripada rumah untuk ke sekolah.

Sejak aku sudah tidak rapat dengan kawan-kawan aku yang lain, aku..

sunyi.

Apa boleh buat, perangai aku macam ni.

Ah, lupakan jelah!

"Hihihi, jangan lah~" sepasang kekasih melintas di hadapan aku. Mula-mula aku tidak ambil kisah, tetapi aku tidak boleh. Wajah wanita itu. Aku sangat kenal. Senyuman sinis terbit di bibir aku.

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now