-25

1.2K 183 2
                                    

Taehyung Pov⇦

Aku terus mencari kawan-kawan aku yang lain. Lebih tepat lagi, aku mencari Yoongi. Aku tidak dapat menahan amarah aku lagi.

"Hey Taehyung-"

BUK!

"YAH! KAU GILA KE?" jerit Yoongi selepas ditumbuk oleh aku. Dia membalas tumbukan ke muka aku.

"KAU YANG GILA! KAU TAHU TAK, APA YANG KAU DAH BUAT?!" tengking aku. Aku mengesat tepi bibir aku. Terasa cecair panas mengalir.

"APA AKU DAH BUAT?!" tengking Yoongi semula.

"APA YANG KAU BUAT DEKAT SAERA! DENGAN APA YANG BERLAKU DEKAT FAMILY DIA! KAU DAH BUAT DIA TRAUMA! KAU SEDAR TAK!" tengking aku sambil mencekak bajunya. Yang lain hanya terdiam melihat aku dan Yoongi bergaduh.

Yoongi terus terdiam.

"Itu bukan masalah aku." kata Yoongi selamba. Kata-katanya menambahkan lagi amarah aku. Seperti menambah minyak ke api yang sedang marak.

"Kalau apa-apa berlaku dekat Saera, kau yang akan aku cari." kata aku lalu beredar daripada situ. Sungguh aku tidak menyangka Yoongi sanggup berbuat begitu.

Memang sudah maklum bahawa Yoongi sering membuli pelajar-pelajar yang dia rasa dia tidak suka. Tapi, tidaklah sampai pukul pelajar yang dibulinya. Kejadian Saera ditarik rambutnya di hadapan mata aku itu sangat mengejutkan aku kerana ianya berlaku secara tiba-tiba.

Saya ada. Saya akan lindungi awak, Saera.

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now