-61

988 110 7
                                    

Saera Pov⇦

"Terima kasih tumpangkan saya aunty." aku tunduk.

"Kamu ada tempat nak tinggal ke?" tanya aunty Kim risau.

"Ada lah tu nanti mama." sindir Taehyung.

"Ada. Aunty jangan risau. Terima kasih untuk semuanya. Saya minta diri dulu." aku tunduk dan menarik bagasi aku keluar daripada rumah Taehyung. Aku tidak tahu aku hendak ke mana. Aku bergerak ke taman. Sini sahaja lah tempat yang ada.

"Jom." aku terkejut. Perlahan-lahan aku berpaling ke arah suara tersebut. Lega aku selepas mengetahui milik siapa suara itu.

"Yoongi." aku pandang depan dan tarik nafas dalam-dalam.

"Jom."

"Pergi mana?"

"Duduk rumah saya. Aku tumpangkan kau. Kau kan tak ada tempat nak tinggal." aku terkejut. Tiba-tiba sahaja Yoongi berkata begitu.

"Mana awak tahu?"

Stalker ke dia ni?

"Tu, beg tu. Kau punya kan. Macam banyak je baju kau dalam tu. Tak kan lah dalam tu ada batu pulak."

Aku angguk.

"Tak susahkan ke?"

"Sekarang tak payah fikir pasal susah tak susah. Kau ikut je aku balik. Esok dah sekolah." Yoongi ambil beg aku dan tarik tinggalkan aku. Dengan pantas aku ikut langkah Yoongi. Sampai sahaja di hadapan rumah Yoongi, dia mempelawa aku masuk.

"Oh, abang dah balik? Eh? Akak? Kenapa ni abang?" bertubi-tubi soalan ditanya oleh Yoonji.

"Dia tinggal sini sementara. Yoonji tunjuk bilik dia. Tak kisah lah kalau Yoonji nak dia tidur dengan Yoonji atau bagi dia bilik yang lagi satu tu." kata Yoongi lalu jalan masuk ke biliknya.

"Akak tidur dengan Yoonji lah. Yoonji bosan sorang-sorang." Yoonji tersengih sambil memandang aku. Aku hanya angguk dan ikut Yoonji masuk ke biliknya.

__________________

Sorry lambat, update 😭

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now