-21

1.3K 184 2
                                    

Saera Pov⇦

Aku berjalan pulang ke rumah. Sampai di rumah, aku membuka kasut dan letakkannya di rak kasut. Biasanya waktu begini mak masih belum balik.

Masuk sahaja di dalam rumah, aku meletakkan beg di sofa dan pergi ke dapur untuk minum air. Beberapa langkah hendak ke dapur, aku terdengar bunyi bising seperti orang sedang mengerang kesakitan dari bilik mak.

Aku khawatir kalau apa-apa yang berlaku pada mak. Aku terus naik ke atas untuk memeriksa apa yang berlaku. Bunyi semakin kuat, aku terus buka pintu bilik mak. Alangkah terkejut dan hancurnya hati aku apabila melihat mak sedang berdua-duaan di dalam bilik dengan lelaki yang muda tanpa seurat benang pun.

"Mak! Apa ni?!" jerit aku. Terkial-kial mak menutupi badannya yang terdedah itu. Tidak guna dia malu dengan aku sedangkan dia langsung tidak malu dengan lelaki yang bersamanya sekarang. Mak terus meluru ke arah aku dengan muka yang bengang.

"Apa kau buat dekat rumah sekarang?!" jerit mak sambil menarik rambut aku kuat. Lelaki yang berada di katil mak hanya tersenyum sinis.

"Mak, ampunkan Saera mak. Sakit." rayu aku. Mak aku terus melepaskan rambut aku.

"M-mak a-apa mak b-buat ni? Mak tahu tak ni semua salah?!" aku memberanikan diri untuk bersuara.


"Ye! Aku tahu salah! Tapi, aku buat semua ni untuk kau! Untuk tampung pembelajaran kau. Kau sedar tak?!" tengking mak. Terangkat bahu aku.

"Kalau kau dah tak mahu terima duit daripada hasil kerja aku, lebih baik kau pergi daripada sini!" tengking mak lagi sebelum masuk semula ke dalam biliknya. Hancur hati aku apabila mak berkata begitu.

_____
Alamak! Terpanjang la haih :(
:)))))))

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now