-72

646 70 4
                                    

Taehyung Pov

"Aku nak pergi tandas sekejap." kata aku kepada Ryunji. Tanpa mendengar jawapan dia, aku terus jalan meninggalkan dia. Sampai di tandas, aku selesaikan urusan aku dan basuh tangan di sinki. Ada pelajar seumur aku berdiri di sebelah aku dan sedang membetulkan rambutnya. Selesai membasuh tangan, aku terus keluar daripada tandas.

"Woi." panggil lelaki itu. Lelaki yang membetulkan rambutnya tadi. Danial.

"Aku ada nama." aku balas. Dingin.

"Bertenang, aku bukan nak bergaduh dengan kau." kata Danial. Aku menyilangkan tangan aku.

"Jadi, kau nak apa?" dia menyelukkan kedua-dua tangannya di poket seluar sambil jalan mendekati aku.

"Kau,......... dah putus dengan Saera?" berubah terus muka aku. Tapi aku cuba tahan.

"Apa kaitan dengan kau?"

"Aku nampak,...... dia dah mula rapat dengan Yoongi." aku sudah maklum bahawa Saera sering bersama Yoongi.

"Perempuan murah. Macam tu lah. Lepas lelaki tu, lelaki ni pula." sakit hati aku apabila aku teringatkan kejadian itu. Danial hanya ketawa sinis.

"Ye lah. Kesian kau. Kawan tikam belakang. Orang yang kau sayang curang dengan kau. Tapi, kau yakin ke apa yang kau nampak tu betul? Aku pergi dulu." Danial terus keluar daripada tandas dan membiarkan aku menghadam kata-katanya.

________

Double update 😉

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now