-45

1.1K 136 0
                                    

Taehyung Pov⇦

Selesai makan, aku meminta diri untuk masuk ke bilik untuk menyiapkan kerja sekolah. Seksanya! Hari-hari ada kerja sekolah! Lagi-lagi dah nak final exam ni. Exam besar pulak tu!

Aku buka laci meja aku untuk mengambil pen kerana pen dah habis dakwat. Buka sahaja, benda pertama yang aku nampak ialah surat yang Saera terima selama ini. Surat itu daripada Yoongi. Aku pasti.

Sengaja aku sembunyikan hal ini daripada pengetahuan Saera supaya dia tidak berasa takut dengan Yoongi. Lagi-lagi mereka satu kelas.

Kalau diikutkan hati ini, mahu sahaja aku menghamburkan kemarahan kepada Yoongi kerana bertindak sedemikian. Sangat tidak matang.

Tapi, aku masih sayangkan persahabatan kami. Sudah lebih lima tahun kami kenal. Tapi, sekarang, masing-masing menjauhkan diri.

Aku terus mengambil telefon aku dan terus mendail nombor Yoongi. Ingin memaklumkan Yoongi tentang adiknya Yoonji, dengan erti kata lain hanya memberi hint sahaja. Tidak tahu lah kalau Yoonji telah memaklumkan abangnya.

"Hello"

"Abang jenis apa kau ni?" tanya aku sinis.

"Kau siapa?!"

"Tak penting." aku terus mematikan talian. Telefon aku simpan, dan terus menyiapkan kerja sekolah.

__________

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now