-79

513 79 18
                                    

⇨Saera Pov⇦

Aku bangun dan terus bersiap untuk ke sekolah. Setelah siap, aku terus turun ke dapur untuk sarapan. Semasa turun, aku terserempak dengan Yoongi yang juga mahu turun ke bawah. Kami berborak sedikit sebelum mendengar bunyi bising di dapur. Aku dan Yoongi pandang antara satu sama lain sebelum menerjah ke arah dapur untuk melihat siapa di dapur.

"Papa? Papa buat apa pagi-pagi dekat dapur ni?" Tanya aku setelah aku tahu rupanya orang itu adalah papa aku.

"Oh, kamu dah bangun? Papa nak masak sarapan untuk kamu berdua lah. Tak manis rasanya kalau papa tak buat apa-apa. Lagi-lagi menumpang rumah kawan kamu ni. Ha, papa nak tanya, keluarga kamu dah keluar ke? Sebab daripada semalam pakcik tak nampak keluarga kamu?" Tanya papa. Aku terus memandang ke arah Yoongi.

"Papa-" sebelum aku melengkapkan ayat aku, Yoongi terus menarik tangan aku sambil menggeleng.

"Ha, duduk lah dulu. Dah nak siap ni." Jemput papa aku. Aku dan Yoongi terus mengambil tempat di meja makan. Ada lagi satu jam tiga puluh minit sebelum kelas nak mula.

"Mak ayah saya tak tinggal dekat rumah ni." Yoongi memulakan bicara. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku tahu apa yang dia akan cerita. "Rumah ni, saya dengan adik saya yang duduk."

"Oh... Mana adik kamu? Pakcik tak nampak pun." Tanya papa aku lagi. Dia datang ke meja sambil membawa periuk yang berisi sup.

"Adik saya... Dah meninggal. Sebulan yang lepas." Sebaik sahaja Yoongi berkata begitu, suasana menjadi hening untuk beberapa saat.

"Pakcik minta maaf ya Yoongi. Pakcik tak tahu." Terpampang riak bersalah dimuka papa. Papa menepuk bahu Yoongi memberikan semangat kepada Yoongi. Pandangan mata aku dan Yoongi bertemu. Aku memberikan senyuman kepadanya. Yoongi membalas senyuman aku. Tawar senyumannya. Mungkin teringat akan adiknya.

"Eh, tak apa pakcik. Saya tahu, mesti pakcik nak tahu." Yoongi memberikan senyuman kepada papa aku.

"Wah, pakcik masak apa ni?" Kami berborak sambil bersarapan. Setelah selesai, aku dan Yoongi terus bergerak ke sekolah.

__

"Aku pergi dulu ek? Dah lambat ni. Bye!" Kata Yoongi dan terus pergi ke kelasnya.

PAK!

"Yoongi buku!!!" Jerit aku sambil berlari hendak mengambil buku dan menyerahkannya. Tetapi Yoongi tidak mendengar jeritan aku. Aku terus masuk ke kelas dan bercadang untuk memulangkannya di rumah.

Kelas berjalan seperti biasa.

Selesai sahaja sekolah, aku terus pulang ke rumah kerana Yoongi menyuruh aku untuk terus balik kerana dia ada latihan bersama rakan-rakannya. Selesai mandi,  aku terus menyiapkan kerja rumah aku. Yoongi masih tidak balik walaupun hari sudah lewat malam.

Aku teringat akan buku milik Yoongi. Aku terus mengeluarkan buku milik yoongi. Saja mahu melihat hasil kerjanya, aku membuka buku milik Yoongi. Buku mata pelajaran sejarah.

"Kemas tulisan dia." Gumam aku. Aku melihat tiap muka surat buku Yoongi. Tiba-tiba aku rasa seakan-akan aku pernah nampak tulisan yang sedang aku lihat ini. Aku cuba untuk mengingat di mana aku melihat tulisan tersebut.

"Surat!" Aku terus membuka laci meja dan mengeluarkan surat-surat yang pernah aku terima sebelum ini. Aku cuba mengamati kedua-dua tulisan tersebut. Kedua-duanya sama. Aku tersentak.

"J-jadi, selama ni... Yoongi yang bagi surat dekat aku?" Aku tergamam setelah tahu perkara sebenar.

"Jadi, bukan Daniel yang bagi semua surat ni?" Aku masih menanyakan soalan yang tergantung tanpa jawapan yang tidak jelas.

.
.
.

Keesokan pagi, aku pergi ke sekolah lebih awal dan meninggalkan Yoongi untuk berjumpa dengan Daniel. Aku mencarinya di mana-mana di kawasan sekolah tetapi tiada. Aku terus ke belakang sekolah. Daniel berada di situ.

"Daniel!" Aku menjerit memanggilnya. Aku tidak heran dengan apa yang orang katakan. Aku mahukan jawapan.

"Well, siapa ni?" Dengan gaya berlagaknya Daniel mendekati aku. Aku tiada masa untuk semua ini.

"Surat ni, betul ke Yoongi yang bagi dekat saya?" Aku terus bertanyakan soalan itu.

"Kenapa kau tanya aku? Kenapa tak tanya boyfriend kau sendiri?" Sindir Daniel.

"Tolong lah jawab. Betul ke Yoongi yang bagi surat ni? Lepastu, Yoongi yang suruh awak jumpa saya?"

BUK!

Sebelum sempat Daniel membalas pertanyaan aku, satu tumbukan tepat mengenai wajah milik Daniel yang dihadiahkan oleh Taehyung. Taehyung terus mencekak baju pada bahagian leher Daniel dan mengangkat Daniel supaya berdiri. Aku yang terkejut terus terundur ke belakang.

"Betul ke?" Bergetar suara milik Taehyung.

"Hahah. Kau tanya lah Yoongi sendiri." Daniel kelihatan memprovok Taehyung.

"AKU TANYA BETUL KE SEMUA TU?!" Tengking Taehyung.

"YA BETUL!" Tengking Daniel semula. Aku terus terduduk.

'Kenapa Yoongi buat baik kepada aku lepas dia buat semua ni? Apa yang dia nak? Kenapa aku mudah percayakan orang.' Kata aku dalam hati. Aku masih terkesima setelah mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Daniel.

"Saera..." Aku menoleh memandang ke arah suara tersebut.

"Yoongi..." Kata aku perlahan.

"TAK GUNA KAU YOONGI!" Taehyung terus meluru ke arah Yoongi dan menumbuk muka Yoongi. Yoongi langsung tidak membalas dan membiarkan dirinya ditumbuk. Aku terus menerpa ke arah mereka dan memberhentikan Taehyung daripada terus menumbuk Yoongi. Tetapi tidak diendahkan oleh Taehyung.

"TAEHYUNG BERHENTI! KENAPA AWAK NAK MASUK CAMPUR SEDANGKAN AWAK DAH TAK PERCAYAKAN SAYA! Lebih baik awak pergi daripada sini. Saya nak berbincang dengan Yoongi." Kata aku. Aku melihat Yoongi terkulai layu setelah ditumbuk Taehyung.

"Saera, saya mintak maaf. Mari kita pergi daripada sini. Tak ada guna pun dengar penjelasan daripada lelaki tak guna ni." Taehyung terus menarik tangan aku dan mahu pergi daripada situ. Aku meminta untuk dilepaskan tetapi tarikan tangan taehyung terlalu kuat.

"Saera..." Panggil Yoongi. Lemah sahaja suaranya. Langkah aku terhenti. Begitu juga Taehyung. Aku mendengar apa yang mahu Yoongi katakan.

"Saya sukakan awak."

________

Sorry sebab lama sangat tak update. Mesti korang tunggu lama sangat. Maaf sangat-sangat. Enjoy!

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now