HOTL | 015

2.4K 535 188
                                    

Outside of the Hollow.
09 : 00 : 32 AM

" kau ni dah matang ke belum? "

Woozi memandang Jihoon dengan pandangan yang curiga. Matanya dikecilkan dan dahinya juga berlapis-lapis kerutan nya. Wonwoo hanya mendiamkan diri sambil memandang skrin telefon nya, mengendah dua manusia itu.

" apa kau ingat aku tak matang lagi? Nak tengok ke bulu dada aku? Nak tengok? Nak tengok?! "

Tapak tangan Woozi di lekapkan pada wajah lelaki yang nampak muda itu membuatkan lelaki tersebut terdiam. " kau ni dah semestinya tak matang " Woozi memaparkan wajah disgust dia pada Jihoon tetapi lelaki muda itu hanya menjeling nya.

" hey, hey " Wonwoo memanggil kedua lelaki itu supaya mendekatinya. Serta merta langkah nya terhenti dan matanya tertancap pada skrin telefon kepunyaan nya. Woozi dan Jihoon terus menghampiri Wonwoo untuk lihat apakah yang ingin dikatakan oleh lelaki tersebut.

" apa dia? "

" kau lihat, Hollow tu sepatutnya menjadi tempat larangan dalam Seoul ini. Sesiapa yang ke sana akan di denda dan mereka juga boleh dikenakan saman, penjara. Dekat sini tertulis semuanya. " Wonwoo memberitahu dan Jihoon merampas telefon tersebut lalu membaca artikel yang di paparkan pada skrin.

" ya.. tapi macam mana— "

" itulah, " Wonwoo mengambil semula telefon nya. " betul lah apa yang kau katakan, Woozi. Memang ada sesuatu yang tak kena dengan ekspedisi ni. " kata Wonwoo pada Woozi dan Jihoon hanya memandang.

" oh, aku tak terkejut sangat. Memang aku dah perasan daripada mula lagi yang ekspedisi ni memang lain daripada yang lain. Sepatutnya ekspedisi seperti ini boleh disaman kerana ia serupa macam ekspedisi yang membahayakan nyawa seseorang. Aku masih lagi siasat kenapa pihak polis tak ambil tindakan untuk halang ekspedisi ini. Sebab Tulah aku datang ke sini, untuk kepastian. " Jihoon berkata pula dengan wajah yang serius.

" oh jadi kau datang ke sini sebab undang-undang? " soal Woozi.

Jihoon memandang Wonwoo dan Woozi dengan pandangan yang berkerut. " tak! Kalau pasal undang-undang memang membuang masa lah. Kau ingat aku lawyer ke? " Woozi dan Wonwoo memandang antara satu sama lain, pelik benar budak ni.

" aku buat semua ni demi keselamatan Taehyung. Kau tahu, dia penting buat aku dan aku, sebagai peminat nya aku tak akan biarkan dia hadapi masalah dan pastikan dia dalam keadaan yang selamat. " Dia berkata lagi dengan bersemangat. Jihoon meluru ke arah sebuah meja lalu duduk di atasnya. Dia mengeluarkan MacBook nya lalu dibuka sebuah laman site yang pelik bagi Wonwoo dan Woozi.

" apa yang kau buat ni? "

Jihoon memandang kedua lelaki itu laku dia tersenyum senget. " kau orang tengah siasat tentang ekspedisi tu kan? Memandang kan aku dah sertai kau orang berdua, sinilah, aku tunjukkan kau orang sesuatu yang penting. " kata nya lagi dengan senyuman terukir di wajahnya.

Wonwoo dan Woozi hanya akur saja dengan apa yang lelaki muda itu katakan. Mungkin mereka boleh ketahui beberapa perkara daripada nya.

" ini, menurut episod ketiga aku perasan yang mereka semua tengah siasat tentang asal usul Hollow tu dan Jungkook dan Taehyung ada kata yang ada portal di bina dalam bangunan tu. Jadi aku rasa pelik— juga, aku check lubang ke dalam Hollow tu masih dibuka. Jadi aku pelik bila Jimin dan Taehyung periksa ianya dah ditutup. " Jihoon menekan papan kekunci pada MacBook nya itu dengan pantas.

hollow of the low. Donde viven las historias. Descúbrelo ahora