HOTL | 035

1.3K 359 152
                                    

" hyung, you gotta be kidding me! " Jimin hampir menjerit dalam bisikan nya terhadap Yoongi. Yoongi pula sedang sibuk membuka tali ikatan pada kaki jimin dan kemudian tangan nya. Dia hanya mendiamkan dirinya dan terus membuka tali ikatan pada tubuh Jimin. Tak ada masa untuk dibazirkan dalam masa-masa hening seperti ini.

" kalau hyung buat benda ni awal-awal lagi, kita tak perlu diikat buat 3 jam pada batang pelik ni " Jimin berkata lagi sebaik sahaja kedua tangan dan kakinya telah dilepaskan. Yoongi meletakkan jari telunjuk pada mulutnya agar menyuruh kawan nya itu diam. Bimbang jika sebahagian daripada kumpulan yang sebulu dengan Seokjin itu akan ke mari semula atau perasan akan kehilangan mereka.

" bukan nya aku sengaja " Yoongi berkata perlahan sambil matanya memandang ke sekeliling tempat, memastikan bahawa tiada sesiapa di jalan mereka untuk melarikan diri daripada tempat tersebut. Ternyata memang tiada. Bodohnya manusia tersebut kerana meninggalkan tawanan mereka sendirian. Namun pada masa yang sama, Yoongi berasa senang. Ini akan memudahkan kerja mereka.

" line clear. Mari pergi " Yoongi memegang lengan Jimin kemudian mereka mula membuka langkah. Diri mereka sudah hampir pada muka pintu.

" As expected. "

Seokjin keluar daripada laluan gelap dan berdiri di jalan Yoongi dan Jimin membuatkan mereka menghentikan langkah secepat yang mungkin. Yoongi mengerutkan dahinya, tanda marah. Nampaknya lelaki ini tak lah sebodoh yang dia fikirkan.

" kau sebenarnya ada alatan lain. Berikan pada aku, Yoongi. " Arah Seokjin dan itu membuatkan Yoongi tersengih sinis. " kau ingat aku akan berikan ia pada kau dengan senang ke? Baik kau lepaskan aku dan Jimin. Kitorang tak ada kena mengena dengan acara penyembahan kau yang jijik ni! " jerit Yoongi dengan lantang. Seokjin mendiamkan diri sebentar dan daripada riak wajahnya dia langsung tak menunjukkan sebarang perasaan.

" aku berlaku lembut dengan kau, Yoongi tetapi ini cara kau berinteraksi dengan aku? Baiklah, kalau itu yang kau mahukan.. " Seokjin memetik jarinya. " bawa mereka masuk. " katanya lagi.

Serentak itu, daripada pintu keluar yang berada tak jauh daripada mereka itu kelihatan orang orang yang berjubah hitam besar itu muncul dengan beberapa orang yang mengendong beberapa orang lelaki.

Yoongi dan Jimin membulatkan mata mereka apabila mereka mengesan siapakah gerangan orang-orang yang digendong oleh mereka itu.

Ianya kawan mereka, Hoseok, Jungkook, Taehyung dan Namjoon. Mereka sudah tidak sedarkan diri.

Mata Yoongi dan Jimin langsung tidak pisah daripada memerhatikan susuk tubuh kawan mereka yang digendong itu.

" kau syaitan! " Jimin merampas pisau yang ada pada tangan Yoongi kemudian dia melompat ke atas badan Seokjin. Seokjin terjatuh kebelakang dan Jimin kini berada di atas badan nya. Lelaki itu mengetap gigi dengan erat, menahan segala perasaan amarahnya yang membuak-buak. Lalu, dihayunkan tangan nya ke atas, setinggi yang dia mampu. Kemudian, dia menikam bahagian leher lelaki itu dengan penuh tenaga.

Yoongi terkejut dengan kelakuan Jimin. Dia lantas meluru ke arah lelaki tersebut untuk segera menghentikan nya daripada melakukan sedemikian. Dia berasa terkejut, dan takut dengan perubahan sikap Jimin secara tiba-tiba ini. Ternyata Jimin ada sisi yang dirinya langsung tak tahu.

" Jimin, Jimin! Hentikan nya! " Darah memercik di sana sini. Wajah Jimin kini penuh dengan darah hasil daripada percikan tikaman nya. Apabila dijerit beberapa kali daripada Yoongi, dia baru sedar dengan apa yang dia lakukan. Matanya memandang ke arah mayat Seokjin yang sudah terlantar di atas lantai. Terus, air wajahnya berubah.

Pisau yang dipegang olehnya itu terus dilepaskan. Badan nya lemah dan ingin rebah tetapi muju Yoongi menangkap badannya.

Nafas Jimin berat. Udara bagaikan sedikit dan dirinya tak dapat menghirup udara dengan stabil. Matanya secara tiba-tiba berkaca tanpa dirinya menyedari.

" hey, kau okay? " Yoongi menyoal dan Jimin hanya mendiamkan dirinya. Matanya hanya menatap pada wajah Seokjin yang kini sudah tak bernyawa. Hatinya tak semena-mena luluh. Apa yang telah dia lakukan?

" y-y-yoongi..? Ap-apa.. " perlahan-lahan jari telunjuk jimin diangkat kemudian di tunjukkan ke arah Seokjin yang sudah tidak bergerak lagi itu. " a-aa-aku ta-tak— "

Yoongi lantas memeluk Jimin. Dia mengusap belakang Jimin dengan lembut. Dia tahu yang Jimin terkejut juga dengan perbuatan nya itu. Jimin pasti bertindak tanpa kawalan.

" at least, dia dah tak ada. " Yoongi berkata dan Jimin cuba memandang ke arah Seokjin semula.

" aku tak berniat pun. " katanya perlahan sambil matanya memandang ke arah badan Seokjin yang sudah tidak bernyawa lagi itu.

Tiba-tiba beberapa orang yang berjubah hitam mengelilingi mereka berdua dengan bulatan yang besar. Yoongi dan Jimin terkejut dengan tindakan mereka. Pada masa yang sama, mereka berdua berasa pelik dengan apa yang dilakukan oleh orang orang tersebut.

Mereka mula menyeru sesuatu. Perkataan mereka amatlah asing untuk didengari. Jimin merasakan apa yang diseru oleh mereka itu amat membingitkan. Mata Yoongi pula meliar-liar mencari susuk tubuh kawan nya yang lain.

" eh? Mana susuk tubuh Hoseok, Jungkook, Taehyung dan Namjoon? " Yoongi menyoal apabila melihat di kawasan padang tersebut tiada orang lain selain mereka berdua dan orang-orang yang berpakaian hitam tersebut.

" hyung.. " Jimin memanggil Yoongi. Yoongi memandang ke arah Jimin kemudian melihat lelaki itu sedang memandang ke arah susuk tubuh Seokjin. Matanya membulat. Itu membuatkan Yoongi rasa aneh.

Lalu, dia memandang ke arah susuk tubuh Seokjin tersebut.

Ternyata kelihatan pada bahagian tikaman lehernya tadi terkopak besar dan ada sesuatu keluar daripada lehernya. Ianya seperti lembaga berwarna hitam yang besar dan badan nya bersisik. Mempunyai mata kemerahan dan wajah yang amat hodoh dan menjijikkan.

Tubuh lembaga itu besar— dua kali ganda besar daripada Seokjin. Habis tubuh Seokjin hancur dengan daging-dagingnya bersepahan menjadi bangkai. Lembaga itu mencerlung tajam pada Yoongi dan Jimin.

" y-yang kau bunuh tu.. bukan Seokjin. " yoongi memulakan kata membuatkan Jimin memandangnya. " apa? " soalnya dengan pandangan yang keliru.

" habis tu.. mana Seokjin? "

HAHAHAHA regret tak kutuk my Seokjinie?😂😂🙏🏻

hollow of the low. Donde viven las historias. Descúbrelo ahora