HOTL | 032

1.7K 396 124
                                    

NAVER : BREAKING NEWS.

23 MAY rakyat Korea Selantan dikejutkan dengan berita gempar yang amat menakutkan!

Sekumpulan Youtuber yang berurusan untuk menjalan kan sebuah ekspedisi sosial sebagai adat tahunan dengan siri paranormalnya yang dipanggil HOLLOW OF THE LOW kini mendapat sambutan hangat daripada masyarakan kini kerana lakonan yang diberikan oleh setiap Youtuber amat menakjubkan!

Namun begitu, daripada episode pertama sehinggalah ke episode yang terkini iaitu episode 7 di dapati bahawa siri tersebut menimbulkan persoalan dan kekacauan di media sosial. Masyarakat kini menyangkakan bahawa aktiviti Tahunan Youtuber buat tahun ini amat mencurigakan kerana tiada langsung perkembangan di media sosial yang kain kecuali tayangan LIVE siri tersebut sediri di Youtube.

Mereka mula mengesyaki bahawa siri dan episode ini sebenarnya dirakam secara benar dan youtuber yang menyertai aktiviti tersebut sebenarnya tidak berlakon tetapi ianya kejadian benar!

Jika diperhatikan, episod yang ditayangkan semakin lama semakin mengerikan dan babak yang dirakam juga seperti ianya realiti. Tetapi tiada sesiapa dapat mengesahkan kebanaran nya.

Namun begitu, pihak atasan seperti polis dan penjaga awam akan mengawasi tempat tersebut agar tiada sesiapa boleh memasukinya sehinggalah youtuber yang menjalankan aktiviti tersebut keluar daripada lubang itu.

Mahu ketahui lebih lanjut? Sila klik di sini!

• HOTL EP 7
BEHIND THE SCENES
[CH+]

• NAMJOON and HOSEOK's CAMERA

Kelihatan Namjoon terjaga daripada lena akibat mimpi ngeri yang di alami olehnya secara tiba-tiba itu. Manik-manik peluh yang mengalir pada dahi tidak diendahkan olehnya.

Dia memandang ke arah Hoseok yang berada di sebelah, lelaki itu juga sedang elok terbuai dalam mimpi. Namjoon cuba melihat luka akibat gigitan mahluk mengerikan tadi. Nampaknya luka ia mula sembuh sedikit demi sedikit.

Bertuah, di tempat yang mereka berhenti itu terdapat beberapa bungkusan ubat yang boleh digunakan dalam rawatan. Dengan kepakaran Seokjin dalam merawat, dia sedaya upaya merawat luka Hoseok. Akibat kepenatan, mereka berehat sebaik sahaja rawatan tersebut sudah siap.

NAMJOON :
eh? Mana Seokjin?

Namjoon memandang di sekeliling bilik tersebut tetapi susuk tubuh Seokjin langsung tidak kelihatan. Makin risau dia jadinya. Tak akan lah Seokjin diculik oleh raksasa yang menyerangnya tadi? Tak mungkin bukan? Mereka pasti sedar kalau raksasa itu pecah masuk ke dalam bilik ini.

Pasti ada sesuatu yang tak kena tentang ini. Namjoon terus mendekati Hoseok lalu mengerakkan lelaki itu perlahan.

NAMJOON :
hey, bangun. kita kena pergi sekarang juga.

Hoseok akhirnya terjaga lalu dia memandang ke arah Namjoon. Pandangan nya nampak masih lagi lemah dan tak berdaya. Sedikit sebanyak, Namjoon berasa serba salah pula kerana mengejutkan lelaki itu.

HOSEOK :
Mana Seokjin? Dia pergi mana?

Terus segar bugar mata lelaki itu apabila mendengar bahawa Seokjin sudah hilang. Tak semena-mena dia jadi panik dan langsung tak endah tentang kesakitan yang dialami olehnya.

hollow of the low. Where stories live. Discover now