HOTL | 041

1.3K 307 156
                                    

Aku dilarang keluar daripada Hospital sehingga esok pagi.

Hospital sejujurnya membosankan.

" heyy! "

Tetapi semuanya menjadi ceria apabila mereka ada.

Pintu bilik wad aku dibuka luas dan kelihatan beberapa orang yang amat aku kenali masuk ke dalam bilik dengan belon dan juga kek. Mereka kelihatan ceria membuatkan aku tersenyum lebar.

Alangkah bagus jika Namjoon ada.

" Lama gila kau tidur. " Yoongi meletakkan sebuah kek velvet di atas meja dihadapan aku. Menakala yang lain kini sudah berkumpul di sebelah aku dan berebut-rebut nak potong kek.

" dia kan sleeping handsome " Jimin kata kemudian tersenyum. Aku hanya tersengih sumbing. Ada-ada sahaja.

Entah kenapa, kerana ekspedisi maut yang kami sertai itu membuatkan kami rapat. Aku tak sangka kami akan rapat juga walaupun dah dapat keluar daripada Hollow itu tetapi lihatlah, mereka masih lagi bersama. Itu membuatkan aku gembira.

Tetapi, aku tak sangka mereka datang dengan bertopeng. Topeng yang aku dapat nampak dengan jelas.

" kitorang tunggu kau, lama kau tahu? " Seokjin duduk di birai katil kemudian bermain dengan rambut aku. Aku memandang dia dengan pandangan yang pelik. " kau dah kenapa? " soal aku dengan nada yang curiga membuatkan mereka semua tergelak.

Aku nampak Jungkook, dia tersenyum juga.

Aku nampak Jimin, dia tersenyum juga.

Aku nampak Yoongi, dia tersenyum juga.

Aku nampak Seokjin, dia tersenyum juga.

Aku nampak Hoseok, senyuman nya paling manis.

Tetapi kenyataan nya, aku tahu mereka tidak. Aku tahu mereka luka. Aku tahu mereka terseksa. Aku tahu mereka tertekan. Aku tahu mereka sebenarnya ada masalah lebih besar sekarang.

Aku tahu Jungkook sekarang sering mempunyai mimpi ngeri. Dirinya sentiasa membayangkan perkara yang bukan-bukan. Sepertinya ada sesuatu yang menghantui dia. Doktor mengesahkan dia mempunyai penyakit skizofrenia yang teruk. Jadi dia perlu mengambil pil setiap hari, setiap jam. Kadang-kadang dia mengambil dos lebih daripada yang diberi kerana tak mahu hidup dalam keadaan sebegitu rupa lagi.

Aku tahu Jimin sekarang ditahan di hospital sakit mental. Doktor mengatakan bahawa dia merbahaya kerana dia sering cuba membunuh dirinya kerana dia kata yang dia pernah membunuh seorang kawan baiknya semasa di hollow. Tetapi kenyataan nya tidak. Seokjin sedaya upaya meyakini Jimin bahawa dia tidak merbahaya dan dia tak membunuh dirinya. Tetapi Jimin langsung tak percaya. Dia sampaikan kata yang Seokjin itu adalah khayalan nya sahaja dan juga seorang penipu.

Aku tahu Yoongi kini seorang yang ketagih dengan dadah dan juga rokok. Dia habiskan masa nya dengan perkara tak berfaedah. Kerjayanya untuk membuat muzik sudah lama mati. Dia kini tak endahkan lagi kerjayanya itu. Dia lebih suka menyendiri dan melayan perasaan nya.

Aku tahu Seokjin.. dia nampak ceria. Tapi aku rasa dia yang paling teruk kerana dia tak tahu apa yang terjadi. Dia dituduh oleh Jimin yang dia merupakan seorang penipu. Sedangkan apa yang dia cuba lakukan adalah untuk menolongnya. Dia banyak kali menyalahkan dirinya apabila Yoongi menceritakan tentang apa yang jadi. Dia fikir memang dia yang bersalah. Dia pernah mencuba untuk terjun bangunan tetapi mujur dihalang oleh Jungkook.

hollow of the low. Where stories live. Discover now