HOTL | 024

2.2K 466 151
                                    

Outside of the Hollow.

" kita dah sampai " Wonwoo mengejutkan Woozi yang kepalanya hampir sahaja terlentok pada tingkap kereta. Mujurlah tak terhantuk, kalau tidak mahu sudah berbenjol.

" disini ke mereka semua pergi? Wah varieti show ni memang otak mereka terpusing 360 darjah ke? " soal Jackson seakan tak percaya. Yalah, kawan nya dicampak masuk ke dalam lubang loji bersama youtuber yang lain bagaikan sampah.

" Yalah, tak salah tak bukan.. disini " Jihoon berkata kemudian memasukkan MacBook nya ke dalam beg yang digalas. Wajahnya kelihatan berkerut apabila melihat saiz lubang tersebut. Ia kelihatan terbuka sahaja. Tapi mengapa idolanya dan youtuber yang lain itu tak boleh keluar? Pasti ada sesuatu— Hatinya kuat menyatakan ada sesuatu yang terjadi walhal di luar lubang dan di dalamnya.

" marilah kita tengok dengan lebih dekat. Manalah tahu yang ianya hanyalah gimik yang diorang buat sahaja mengikut skrip yang diberi. " teka Woozi, cuba berfikirkan positif. Walaupun dirinya nampak yang paling risau disitu, namun dia tetap berfikiran positif dan berharap apa yang difikir nya itu adalah benar.

" kalau ianya skrip, sudah tentu pengarah dan semuanya ada di luar ni.. namun takde satu habuk pun aku nampak. Tempat ni macam tak ada yang jejak lagi. " balas Wonwoo pula dan yang lain mula berat hati ingin mendekati lubang The Hollow itu. Siapa sangka mungkin akan jadi sesuatu jika mereka mendekati Hollow tersebut?

" demi Taehyung, marilah " Jihoon dengan semangat berkata kemudian mengatur langkah dengan wajah yang penuh dengan confidant. Yang lain hanya melihatnya dengan sengihan. Idola je kut, kenapa dia bersemangat sangat?

Baru sahaja mereka ingin masuk kedalam lubang itu, tiba-tiba ada sesuatu bergerak daripada sekitar lubang itu. Perkara itu membuatkan mereka semua terkejut dan mengundurkan diri mereka daripada lubang itu. Daripada orang pertama dihadapan, Jihoon kini adalah orang yang terakhir dibelakang.

" benda apa tadi tu? " soal Jackson dengan khuatir. Mereka baru sahaja ingin menjenguk sekitar lubang itu dah jadi sesuatu. Apatah lagi bila berada di dalam nya. Tuhan, jauh-jauh kan lah. Kalau bukan disebabkan Namjoon, jangan harap dia nak ke sini. Tapi Haih, dia mula menyesal kerana Namjoon tu kawan nya; dia terpaksa datang ke sini disebabkan lelaki kepoh itu.

" aku tak tahu... " Jihoon menyorok dibelakang

" cilake, tengok lah podol apa bendanya tu " marah Woozi kepada Wonwoo dan lelaki itu terasa teragak-agak pula ingin melihat apa benda itu sebenarnya. Ya dia boleh dikategorikan orang-orang yang takut pada ketika itu. Wonwoo sendiri pelik dengan dirinya sebab sebelum ni dia tak pernah pun takut dengan perkara remeh temeh macam ni.. tapi tak tahu apa yang merasuki dia sekarang sampaikan dia rasa takut  nak terkucil.

" Yelah sabar lah sajat " tapi dia tahu, yang dia tak sepatutnya tunjukkan kelemahan dia tu pada manusia-manusia itu. Dalam soal ini, apa yang difikir nya adalah Jungkook. Ya, keselamatan budak tu penting.

Dengan langkah yang perlahan, Wonwoo mendekati tempat yang mereka semua sedar ia bergerak. Dengan perlahan-lahan dia meraih tangan untuk menyelak beberapa kepingan kotak di sekitar itu. Belum sempat tangan nya memegang kepingan kotak tersebut, Woozi terlebih dahulu menambah, " tak payah nak buat slow motion lah babon tarik jelah kadbod tu " tegur lelaki itu membuatkan  hidung Wonwoo kembang kempis.

" ey sabar lah. Aku kena fokus. "

" tarik benda pun nak fokus, cekodok dia lah "

" senyap lah "

Wonwoo menggulingkan anak matanya pada Woozi. Lelaki itu, tak mengapa lepas ini dia akan jadi ketua pak imam untuk sunat dia itu nanti.  Akhirnya dia dapat mengumpul semangat kemudian terus menarik kadbod itu ke tepi dan mencampak nya jauh-jauh.

Alangkah terkejut nya mereka tatkala melihat apakah benda yang mereka takut-takut kan itu. Rupa-rupanya ianya adalah seorang manusia. Disangka mereka ianya adalah pengemis yang merempat tetapi sangkaan mereka salah. Ianya seorang lelaki yang berpakaian pakaian yang kelihatan baharu dan bersih. Ia juga nampak cantik. Rambut lelaki itu juga distyle kan dengan baik sekali. Tak akan lah lelaki itu adalah seorang pengemis? Mustahil.

Lelaki itu kelihatan mencangkung sambil membelakangi mereka semua yang ada disitu. Badannya kelihatan menggigil dan kedua tangan lelaki tersebut mengenggam kedua telinga nya dengan erat. Wonwoo yang melihatnya itu mula rasa tak sedap hati dengan kelakuan lelaki itu. Dia tak yakin jika lelaki ini adalah salah seorang daripada youtuber yang terperangkap di dalam sana. Mungkin ianya salah seorang orang yang tak ingin menerus kan hidupnya lagi dan ingin menamatkan ia disitu. Tetapi kenapa dia menyorok di sebalik kadbod? Tu pelik.

" weh Wonwoo tegur lah— kenapa kau diam je " gesa Jackson dan Wonwoo sekali lagi menghadiahkan Jackson jelingan yang maut. Yelah ingat orang robot ke nak diperintah-perintah untuk buat sesuatu? I'm not robot lah!

" anyeonghaseyo? " Wonwoo cuba untuk memegang bahu lelaki itu dan sentuhan nya membuatkan lelaki itu terkejut beruk. Badan nya terhinjut dengan pantas sekali sehinggakan Wonwoo sendiri, terkejut.

Lelaki itu kemudian nya memusingkan badan nya  menghadap ke arah mereka yang lain.pada wajahnya, ada eksperiasi yang amat risau, seakan ketakutan pun ada. Dia hanya memandang mereka yang lain tanpa berkata apa-apa. Hanya merenung, saja.

" uhm,  boleh tanya apa kau buat dekat sini? Dekat sebalik kadbod pulak tu " soal  Jihoon tegak-tegak. Yang lain sudah memberikan isyarat tangan dan 1001 isyarat yang lain agar tidak menyoal tentang soal itu namun, Jihoon kan?biasalah. Lelaki itu kemudian nya memandang Wonwoo dengan pandangan yang dalam membuatkan lelaki itu makin tak selesa.

" hello? Kau okay ke tak ? " soal WooZi pula dan lelaki itu masih lagi mendiamkan dirinya. Seperti seorang bisu. Tetapi yang membuatkan mereka semua pelik adalah seluruh badan lelaki itu mengigil. Bukan kerana cuaca; cuaca amat cerah hari ini dan ianya terik sedikit. Bukan lah sejuk sangat. Jadi lelaki itu tak ada sebab untuk tak memberi alasan berkaitan dengan cuaca.

Mata lelaki itu melirik ke arah Woozi kemudian memandang ke tempat lain semula " kau nampak aku macam okay ke sial? " akhirnya lelaki itu menjawab pertanyaan Jihoon itu dengan kata-kata yang kasar. Itu membuatkan Woozi yang tadi nya kelihatan ketakutan, sekarang wajahnya mula bertukar kepada riak yang geram. Mana tidaknya, orang cakap baik-baik dia balas dengan jawapan yang kasar.

" bahasa baik sikit Eh. Tetiba je duduk merempat kat situ lepas tu bila orang tegur cakap macam tu pula. " Woozi sempat tunjukkan jari tengah nya pada lelaki itu dan kelihatan lelaki itu hanya menjeling nya dengan jelingan yang tajam. Ter–offended lah dia dibuatnya.

Sebelum Woozi menyerang lagi pemuda itu dengan kata-katanya yang tajam setajam pedang samurai, Wonwoo terlebih dahulu menyampuk untuk meleraikan pergaduhan diantara dua lelaki itu. Dia tahu kalau bergaduh dengan Woozi ni sampai bebila tak akan ada kesudahan nya.

" apa yang kau buat disitu? " soalnya dan kini mereka kembali semula pada tajuk asal mereka. Bagi Wonwoo, dia dapat rasakan ada sesuatu yang pemuda itu tahu tentang lubang ini. Mungkin dia boleh membantu.

" aku tengah sorok. Daripada budak perempuan itu "

" budak perempuan mana? Aku tak nampak pun budak perempuan memana " balas Jackson dengan rasa yang curiga. Dia amat berharap bahawa apa yang lelaki itu maksudkan adalah seorang budak perempuan yang masih lagi 'hidup' dan bukan khayalan bagi lelaki itu.

Maksudnya tentang khayalan adalah— ehem huruf H Tulah.

" d–dia tengah cari. Sebab itu lah aku sorok. Tapi kau orang semua dah dedahkan tempat sorok aku. " balas Lelaki itu lagi dan ternyata ia sekali lagi menimbulkan rasa kekeliruan dan curiga diantara mereka dengan lelaki itu.

Jihoon tiba-tiba sahaja mendekati Wonwoo kemudian dia berbisik sesuatu padanya. Wonwoo yang mendengar apa yang budak itu katakan terus menggeleng kan kepalanya. " Ish merepek saja " balas Wonwoo dengan tidak puas hati.

" uhm.. baiklah nama kau apa ya? " kini giliran Dokyeom yang menyoal setelah lama dia mendiamkan diri.

Lelaki itu kemudian nya memandang Dokyeom; pandangan yang amat serius sekali. Sepertinya ada sesuatu yang tersirat disebalik pandangan tajam lelaki itu. Dengan nada yang perlahan, lelaki itu membalas soalan Dokyeom.

" Taemin. "

***

Sumpah nak habiskan fanfiction ni cecepat HAHAHA

hollow of the low. Where stories live. Discover now