HOTL | 043

1.3K 304 76
                                    

Seorang lelaki yang memakai hoodie oversized yang berwarna coklat cair dipadankan dengan sweatpants puma berjalan dengan pantas masuk ke dalam Hospital yang ditujunya itu. Hatinya berdebar tetapi dia mengambil nafas yang panjang lalu melepasnya.

Tetapi langkahnya perlahan apabila dia mendengar beberapa orang jururawat sedang bergosip tentang sesuatu.

" nampaknya Youtuber yang koma lama gila tu akhirnya dah bangun. " jururawat itu bercakap dengan bersungguh-sungguh. Jururawat yang lain juga nampak tertarik dengan topik tersebut.

" iya? Aku ingatkan dia dah mati." Ia diakhiri dengan ketawa yang kuat. Yang lain juga begitu. Itu membuatkan hati lelaki itu membara. Tak semena-mena pada cuaca yang sejuk ini membuatkan dia berasa panas. Baju oversized nya itu membuatkan dia lebih panas. Panas seperti hatinya.

Lelaki itu tak teragak-agak untuk memusing kan langkahnya ke arah jururawat tersebut. Dia terus memegang erat kolar jururawat tersebut menyebabkan jururawat itu terangkat ke atas. Jururawat yang lain terkejut dengan kehadiran lelaki yang tak diundang itu.

" kau ingat hal-hal mati ni lawak ke sial? " Dia hampir sahaja menengking jururawat itu. Matanya mencerlung tajam ke arah wanita tersebut. Jururawat itu kelihatan ketakutan dan matanya juga bergetar. Terus, lelaki itu melepaskan kolarnya. Nafas jururawat tersebut berat.

" kalau jururawat, buat cara jururawat; cakap perkara yang berilmu. Sebab sekarang mulut kau berkelakuan seperti sampah. Malah sampah lebih bernilai daripada kau kerana ia boleh dikitar semula. " herdik lelaki itu membuatkan mereka semua terdiam. " dasar perempuan sialan. " dia berkata perlahan tetapi jelas didengari oleh jururawat itu. Jururawat itu menundukkan wajahnya, memandang lantai. Malu mungkin.

Lelaki itu kemudian terus mengatur langkah nya ke arah yang dia tuju. Masalah betul orang zaman sekarang.

Aku termenung pada siling.

Kepala aku masih lagi berbalut. Pakaian aku juga awal-awal lagi sudah dikemas pada awal pagi tadi. Aku kini menunggu kehadiran Seokjin untuk mengambil aku di sini. Kata Seokjin, dia mahu menumpangkan aku pulang ke rumah aku memandangkan dia sendiri tak benarkan aku memandu. Aku pun hanya mengiyakan sahajalah. Malas mahu bertekak dengan nya.

Tetapi aku tak rasa gembira untuk pulang ke rumah. Kepala aku berserabut. Banyak perkara aku fikirkan. Kata-kata doktor pada aku semalam membuatkan segalanya teruk.

" kamu ada masalah kepala kamu. Kami tak tahu apa sebabnya kerana rangka mahupun otak kamu dalam keadaan yang baik. Malah, ingatan kamu juga tiada masalah. Ianya bagaikan ada sesuatu yang bertambah atau tumbuh dalam otak kamu membuatkan kami gagal mengetahuinya. Ia mungkin ingatan, atau pertumbuhan. Jika kamu mengalami masalah yang sama seperti tadi, tolong datang ke hospital sepantas yang mungkin. "

Tak cukup ke dengan apa yang telah aku harungi ataupun terima sebelum ini? 

Tapi perkara ini juga mungkin ada kaitan dengan mimpi yang dia dapat sebelum dia tersedar daripada komanya. Mimpi itu.. pelik.

" uhm, hey? "

Aku menoleh ke arah si empunya suara tersebut. Kelihatan seorang lelaki yang memakai baju oversized warna coklat cair dengan sweatpants berjalan ke arah aku. Dia sempat menggaru kepalanya. Kelihatan seperti dia malu? Tetapi siapa dia?

" hey.. tapi siapa kau? " aku mengangkat kening aku padanya. Dia memandang aku buat seketika dengan wajah yang blur lalu terus tergelak perlahan. Kelihatan pipinya kemerahan.

hollow of the low. Where stories live. Discover now