HOTL | 058

878 194 74
                                    

Hoseok berdiri dalam keadaan yang mengerikan. Cukup membuatkan mereka semua terkejut dan takut dengan apa yang dia lakukan ketika itu. Kulit mukanya berubah seratus peratus. Ia seperti bukan kulit manusia kerana warnanya mula kelabu sedikit. Urat-urat lehernya mula kelihatan timbul daripada kulitnya.

Dia nampak teruk, dan berlainan.

Tetapi ini langsung tak membuatkan Taehyung terkejut atau apa. Malah, dia boleh kekal tenang walaupun kawannya sudah berubah seperti salah seorang mayat yang tidak lagi dapat berfikiran waras. Itu membuatkan Namjoon yang menyedarinya pelik dan juga curiga.

Namun ada sesuatu menjengah minda mereka pada waktu yang sama, bahawa segala apa yang terjadi di sini adalah tidak nyata.

Tidak nyata.

Kerana itulah Taehyung nampak tenang. Dia mempercayai bahawa kesakitan di situ tidak pernah nyata. Malah, lelaki itu memberitahu mereka bahawa dunia itu tidak pernah wujud. Namjoon pada mulanya berasa ragu-ragu dengan kenyataan yang Taehyung jelaskan tetapi apabila merenung semula nasibnya sekarang ini,

Ia langsung tidak logik.

Mungkin memang benar bahawa segala apa yang terjadi di dalam dunia ini adalah tidak nyata. Mungkin dunia sebenar jauh lebih baik daripada dunia ini. Namjoon yakin. Dia benar-benar yakin. Dia juga teringat kejadian dia terbangun di tempat yang asing sewaktu dia baru sahaja mati akibat letupan bom pada tangannya.

Itu semua cukup membuktikan bahawa dunia itu tidak wujud. Segala yang berlaku tiada sambungan kait mengaitnya. Ia seakan permainan yang mereka terperangkap di dalam nya dan harus memainkan ia berulang-ulang kali.

Namjoon tersengih. Ini bukan nyata.

Belum sempat mereka membuat apa-apa, Yoongi, dan Jungkook terlebih dahulu menghalang Hoseok daripada bertindak di luar kawalan. Pelik benar, Taemin sudah mati dipenggal jadi kenapa masih lagi ada benda yang menganggu mereka? Adakah ianya perkara yang sama atau sebaliknya?

Meskipun mereka dihurung dengan banyak tanda tanya dan otak mereka berasa pening apabila memikirkan nya mereka tak mahu mencederakan Hoseok. Benar sekali bahawa Hoseok kini merupakan musuh mereka yang ingin membunuh mereka. Tetapi mereka juga tahu yang Hoseok sekarang tidak dapat kawal badannya kerana diri dia yang sebenarnya ini telah dirasuk.

Satu-satunya cara yang mereka dapat lakukan hanyalah menahan dia daripada bertindak liar dan mencederakan yang lain. Tetapi Jungkook dan Yoongi sendiri tahu bahawa mereka tak akan dapat menahan kawannya itu buat masa yang lama. Kekuatan diri Hoseok yang lain ini benar-benar bertenaga dan kuat.

" buat sesuatu! " jerit Yoongi dengan lantang dan Seokjin mula mengalirkan peluh yang banyak. Barangkali panik dengan situasi itu. Meskipun dia dan yang lain sudah banyak kali menempuhi situasi sebegitu, tetapi dia tetap tidak dapat mengawal reaksi paniknya. Dia mudah goyah.

Namjoon yang faham benar dengan sikap Seokjin itu, lantas membuka langkah. Dia cuba mencapai kayu ingin dihayunkan pada kepala Hoseok tetapi ditahan oleh Jimin. Jimin menggeleng pantas sebelum berkata,

" dia masih lagi kawan kita, Namjoon. We can't hurt him! " pintasnya dan dahi Namjoon berkerut seribu. Tangannya yang ingin menghayun kayu itu terhenti dan dia memandang ke arah Jimin.

" macam yang Taehyung kata, kesakitan di sini tidak nyata jadi dia tidak akan di apa-apakan. Kau tak perlu risau. " jelasnya lagi dan Jimin mengelengkan kepalanya beberapa kali. Tidak rela. Taehyung menoleh ke arah Namjoon dan Jimin lalu meluru ke arah mereka.

" betul kata Jimin, Namjoon. Aku tak rasa ianya idea yang baik. " Tegur Taehyung dengan nada yang serius memandang Namjoon yang tangan nya masih lagi tidak melepaskan kayu tersebut. Namjoon melirikkan pula anak matanya ke arah Taehyung. Keliru juga kerana lelaki dihadapan nya itu sendiri yang mengatakan bahawa kesakitan di dunia itu langsung tak nyata.

hollow of the low. Where stories live. Discover now