HOTL | 023

2K 454 156
                                    

NOT RECORDING—

" ya, dimensi. kenapa? ada apa-apa yang tak kena mengenai nya ke?" soal Jimin dengan tertanya-tanya. dia turut berasa cuak dan pelik dengan eksperiasi wajah yang diukirkan oleh Yoongi sendiri.

" tak..sebelum ni Taehyung dan Jungkook ada bincang tentang dimensi. aku rasalah.. " balas Yoongi dan Jimin menarik nafas yang lega kerana ianya bukanlah kerana sesuaty yang merepek. Cukup, kalau ada hantu muncul secara sergahan.. mahu dia koma di sini.

" oh ya.. aku ada dengar juga tapi malangnya aku tak dengar dengan teliti. Aish.. " Jimin menggaru kepalanya yang tak gatal itu. Dituduh dirinya itu bodoh, pemalas. Yalah, sepatutnya dia dengarkan apa yang kedua manusia itu bincangkan tentang sains-sains yang berlaku dekat dalam lubang loji ni tetapi oleh kerana dia benci dalam subjek sains dan sekutu dengan nya, dia langsung tak kisah. Kan dah menyesal.

" tak mengapa lah.. yang penting kita dah jumpa jalan keluar. " balas Yoongi lalu mengukirkan senyuman segaris kepada Jimin. Jimin hanya mampu mendehem kan sahaja tanda setuju. Rasa kesal itu masih lagi bersarang dalam dirinya.

" habis tu.. sekarang ni patut ke kita tunggu yang lain? " soal Jimin lagi dan Yoongi mendiamkan dirinya buat seketika, memikirkan penyelesaian yang terbaik.

Dengan kerutan di dahi nya, dia mengeluh berat. " macam yang kau kata tadi.. seperti sebuah dimensi. Aku rasa kalau kita tunggu.. sampai bila mereka tak akan muncul. " Yoongi kemudian bangun dan memandang ke hadapan nya. Jimin juga melakukan perkara yang sama.

" sebab.. persoalan nya sekarang ni, dimana pintu portal yang menghubungkan kedua dimensi dimana kita lalui tadi? "

***

" aku give up "

Hoseok mula menghentikan langkahnya begitu juga yang lain. Mereka melihat susuk tubuh lelaki itu daripada belakang dengan pandangan yang mencacang.

" apa? Kenapa pula? " soal Namjoon dengan tak puas hati. Yalah, sudah beberapa jam mereka habiskan masa dengan berjalan sahaja mengikut calitan darah itu tetapi langsung tiada hasilnya. Lubang pun tak dapat dijumpai. Perjalanan mereka asyik berakhir dengan simpang dimana Yoongi dan Jimin menghilangkan diri.

" kau tak nampak ke, pandangan kita seakan dah kabur dengan jalan keluar tu? Balik-balik, dekat simpang ni juga. " jelas Hoseok dengan perasaan amarah yang ditahan-tahan. Mana mungkin, Namjoon asyik lambat pick up apa yang dia maksudkan saja.

" oh.. "

" macam mana kalau mereka tak akan kembali dan jalan hidup kita akan berakhir disini? " Seokjin terduduk, kemudian dia mengurut sendi-sendi pada lututnya. Terasa lenguh sekali.

" sebelum ini kau juga kan yang beritahu kitorang semua untuk berfikiran positif? Sekarang kau pula yang akan jadi seekor babon? " soal Taehyung dan Seokjin hanya mampu tersengih kemudian mengeluh semula.

" aku terlalu penat nak ketawa dengan lawak kau Taehyung " balasnya dengan kerutan di dahi.

" Haih.. " Namjoon kemudian duduk juga disebelah Seokjin yang tengah mengurut kakinya yang lenguh itu. Dia cuba membantu lelaki itu sekali.

Kini hanya Jungkook dan Taehyung sahaja yang berdiri. Wajah Jungkook seakan tegang apabila melihat kawan-kawan nya yang lain itu senang lenang sahaja duduk menakala mereka sepatutnya pada waktu itu mencari kedua kawan mereka yang hilang entah ke mana tu.

Jungkook kemudian memandang sekeliling tempat itu. Tempat dimana mereka semua dikumpulkan semula setelah berjam lama nya mereka berjalan. Matanya memainkan peranan yang penting begitu juga otak geliga nya.

hollow of the low. Where stories live. Discover now