HOTL | 018

2.4K 521 326
                                    

Outside of the Hollow
[ 10 : 34 : 47 AM ]

" rasanya macam mana kita nak detect syarikat tu? Yelah kan ia kan dah lama tak aktif. Mesti susah nak cari maklumat tentang syarikat tu. " Wonwoo berkata dengan kerutan didahinya sambil dia mengusap dagunya yang tak gatal itu.

" Mhm.. aku pun tak tahu " Woozi menjawab tetapi sebalik nya dua lelaki muda dihadapan mereka itu sudah sibuk dengan MacBook mereka, seperti mencari sesuatu.

" aku dapat something. Aku rasa number ni masih aktif lagi sebab ia baru dimuat naik beberapa minggu lepas. " Dokyeom mengangkat tangannya dan semua orang mula mengelilingi dia, melihat apa maklumat yang telah dia temui.

Ternyata ianya betul, nombor telefon untuk berhubung dengan syarikat tersebut. Tertera nama syarikat itu diatas nombor itu.

" ha'ah lah.. tapi macam mana kau boleh dapat dengan cepat sekali? Korang dua ni ada pecah masuk sesawang under kerajaan ke? " Woozi berkata dengan ragu-ragu. Wonwoo yang melihat nya pun mulai curiga dengan kedua budak dihadapan nya itu, terutama sekali Dokyeom.

" to be honest, yep aku pecah masuk. " Dokyeom berkata dengan selamba. Woozi dan Wonwoo memaparkan muka terkejut mereka menakala Jihoon nampak biasa-biasa sahaja.

" Apa?! Kau boleh kena saman— " belum sempat Wonwoo ingin habiskan kata-katanya, mulut dia telah ditekup oleh tangan seorang budak bernama Jihoon. Jihoon tersengih lalu menunjukkan sign 'shh' nya.

" kitorang ni hackers, for your information. " kata Jihoon.

" BABI APA YANG KAU— " Woozi tak sempat nak habiskan ayat carutan dia, kata-katanya dah dipotong dengan Dokyeom.

" no worries, kitorang pakar. So tak akan kantoi. " Jihoon mengenyit matanya lalu memuncungkan mulutnya tanda kisses. Woozi hampir tersedak melihat eksperiasi muka yang dilakukan oleh Jihoon itu. Ternyata ia dapat membuatkan dia hampir termuntah.

" ya tuhan, apa yang youtubers tu buat kat korang sampai diorang dapat fans cenggini? Aku tak faham betul. " Wonwoo memicit dahinya dan muka dia berkerut seribu. Dia memandang kedua budak lelaki itu semula lalu mengangguk kan kepalanya. " tak mengapalah, at least korang berguna. " kemudian dia menyuruh semula kedua lelaki itu sambung carian mereka.

" menurut di sini, syarikat tu masih aktif tetapi syarikatnya tak dapat dikesan kerana selalunya syarikat macam ni akan dirahsiakan kewujudan nya agar orang tak tahu. " Dokyeom menerangkan maklumat yang dia peroleh nya pada ketiga-tiga lelaki dihadapan nya itu.

" jadi aku rasa kita kena Locating kat mana tempat tu. Bila dapat tahu kat mana, keadaan akan jadi senang. " Wonwoo menambah dan Woozi mengangguk tanda setuju. " tapi ia akan ambil masa yang lama.. macam mana keadaan dengan sayang-sayang kita kat dalam lubang najis tu? Terperap jadi jeruk tahi? " Woozi berkata diselangi dengan sebuah keluhan. " aku tengok live diorang ni pun cam tak sampai hati je. " tambahnya lagi.

" tak, semuanya akan jadi senang kalau aku handle. Jadi korang jangan risau. " Dokyeom berkata dengan yakin sekali. Dia nampak lebih yakin daripada biasa, itu membuatkan Jihoon tersenyum puas melihat keberanian yang dimiliki oleh kawan nya seorang itu.

" kenapa kau bersemangat lain macam ni bro? " Wonwoo menepuk bahu Dokyeom dan itu membuatkan Dokyeom tersipu-sipu.

" apa sahaja untuk Jung Hoseok aku. Aku takkan baha— "

hollow of the low. Where stories live. Discover now