HOTL | 049

1.2K 279 127
                                    

" kenapa mereka lambat gila ni? Naik pakai kereta ke kura-kura? "

Jihoon dengan baran nya memeriksa jam pada skrin telefon nya. Ia sudah masuk 10 minit selepas panggilan dia dan Dokyeom tamat. Tetapi kawan-kawan nya itu langsung tak muncul-muncul lagi.

Dia memandang ke arah Taehyung yang masih lagi cuba mengawal pernafasan nya. Kerutan dahinya kini berkurang dan dia matanya dilirikkan ke arah Jihoon.

" aku kena pergi. " Taehyung bangun daripada duduknya lalu terus berjalan ke arah mana Hoseok dan Professor Gwak pergi tadi. Jihoon memanggil nama nya berulang-ulang kali tetapi dia langsung tak endahkan pemuda itu. Matanya tertumpu pada jalan dihadapan nya dan dalam mindanya hanya ada satu sahaja; Hoseok.

Walaubagaimana pun, kepalanya masih lagi terasa berpinar-pinar. Itu membuatkan pergerakkannya lambat. Dia cuba menolak rasa sakit itu ketepi tetapi semakin banyak dia bergerak, semakin sakit kepalanya.

" aku.. dah gila ke? Kenapa aku berimaginasi benda? " soal Taehyung sendirian. Dia cuba memegang kepalanya lalu menepuk ia. " tolong lah jangan sekarang. " katanya lagi.

Tetapi tidak, kepalanya masih lagi terasa sakit yang teramat sangat.

Taehyung cuba lagi berjalan. Di hujung hall itu, dia nampak ada sebuah cahaya terang yang datang dari dalam sebuah bilik. Itu mengingatkan dia kepada Professsor Gwak dan juga Hoseok. Mereka sudah tentu berada di dalam bilik itu.

" aku datang seok, aku datang. "


" itu mustahil. "

Jungkook berkata ke pada Yoongi dan Jimin. Mereka memandang antara satu sama lain. Wajah Jungkook kelihatan seperti dia sukar ingin menerima apa yang dikatakan oleh Yoongi dan Jimin itu.

" macam mana syaitan itu boleh terlepas sedangkan Taehyung dah hancurkan segala nya dengan meletupkan tempat itu? " kata Jungkook lagi dan Seokjin menganggukan kepalanya. " ya, Jungkook ada point. "

" syaitan bukan manusia weh " Yoongi mengangkat keningnya pada Jungkook. " tetapi kita dah hancurkan ke semua barang pemujaan itu. Maknanya pemujaan itu hancur begitu sahaja. Macam mana syaitan ini boleh terlepas? " Jungkook mengerutkan dahinya lagi.

" mungkin syaitan itu tidak akan terkesan dengan kehancuran itu. " Seokjin tiba-tiba menyampuk. Dia memegang dagunya lalu melirikkan matanya ke arah Jungkook. " kerana kekuatan dia tidak terletak pada pemujaan itu. " tekanya.

" ya, betul juga kata Seokjin hyung. " Wonwoo tiba-tiba menyampuk lalu yang lain memandangnya. Wonwoo mengukirkan senyuman. " tetapi, setahu aku selalunya kalau syaitan, pasti ada perkara yang akan membuatkan dia lemah. " beritahu dia sebelum memandang ke arah jalan raya untuk menolong Woozi memandu. Almaklumlah, rakan nya ini sedang memandu seperti orang gila.

" ya, betul kata Wonwoo. " Dokyeom bersetuju. Dia memandang ke adah Yoongi dan Jimin. " kau orang tahu apa kelemahan dia? " soalnya membuatkan kedua manusia itu terdiam.

" malangnya tidak. "


Taehyung sampai pada bilik yang bercahaya tersebut. Matanya membuntang apabila melihat cahaya itu disinari dengan lilin-lilin di sekitarnya. Sumber cahaya yang ada dalam bilik air ini sebenarnya berpunca pada lilin-lilin itu. Taehyung mengerutkan dahinya lagi. Kenapa perkara ini seperti pernah terjadi padanya?

hollow of the low. Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz