HOTL | 053

1.1K 263 113
                                    

Taemin memandang mereka semua.

Senyuman yang meleret di berikan pada mereka. Lelaki itu kemudian nya mendekati mereka dengan langkah yang lambat. Sengaja nak acah dramatis.

Kening Jimin bertaut rapat. Dia memerhatikan Taemin dengan pandangan yang benar-benar tak percaya. " apa maksud kau Taemin? " dengan nada suara yang terketar-ketar Jimin menyoal. Taemin terdiam sebentar sebelum dia tersenyum lagi.

" aku punca semua ini berlaku. "

" apa? " Jimin melangkah kehadapan dan dia memandang Taemin dengan pandangan yang penuh kesal dan kecewa. " sampai hati kau.. tapi kenapa? "

Jungkook, Taehyung, Seokjin, Yoongi, Hoseok dan Namjoon terdiam. Mereka fokus terhadap perbualan orang dihadapan nya itu. Bagi mereka, ini merupakan kejutan yang amat mengejutkan sekali. Kawan Jimin rupa-rupanya angkara semua ini. Tetapi Taehyung masih lagi penuh dengan tanda tanya.

" apa salah aku pada kau Taemin? Dan juga, Apa salah mereka semua sehinggakan kau libatkan mereka sekali? " Jimin tak sampai hati. Matanya berkaca dan dia dapat lihat senyuman Taemin melebar kerana itu. Dia tak sampai hati kerana kawan baiknya ini penyebab berlaku semua mimpi ngeri ini. Malah, dia juga rasa malu pada kawan-kawan seperjuangan nya kerana ini semua bermula kerana kawan baiknya sendiri.

Dia malu, kecewa dan marah. Semuanya bercampur.

" ahh, salah? Banyak salah kau, Jimin. " Taemin memeluk tubuhnya. " mahu aku beritahu kau secara detail? " dia mengeluarkan soalan lagi dan disertai dengan anggukan daripada Jimin. Lelaki itu kemudian nya tertawa perlahan. " naif " bisiknya tanpa didengari sesiapa.

" Kau pathetic. Aku tak suka diri kau yang menari jauh lebih bagus daripada aku. Kau mempunyai banyak viewers dan subscribers kau juga menandingi aku dalam masa yang singkat. Padahal, aku merupakan guru kau. Aku yang sepatutnya berada atas daripada kau. Apabila kau dah popular, kau juga lupakan aku. Kau mula buat video tarian seorang diri dan cuba perkara yang aku tak boleh lakukan. Kau sengaja bukan? " wajah Taemin menegang lagi. Dia menghampiri Jimin sehingga dirinya berada di hadapan lelaki itu.

" ap— "

" kau tak akan mengaku. Aku tahu. " Taemin menolak bahu Jimin kebelakang perlahan dan tolakkannya itu membuatkan Jimin terundur kebelakang. Jimin mula memandang ke arah Taemin dengan pandangan yang tajam. Jungkook menahan Jimin dengan memegang belakangnya dan juga berikan pandangan yang tajam ke arah Taemin.

" wah, nampaknya ekspedisi lubang kematian ini juga telah menemukan kau dengan youtubers yang lain. Yang sama, lemah dan bongkak seperti kau. " Taemin menunding jari ke arah Jimin dan pandangan nya mencerlung ke arah lelaki itu.

" apa maksud kau lemah? " Yoongi menapak kehadapan. " kau tahu tak apa yang kitorang dah lalui kerana dendam kesumat tak guna kau tu? Namjoon hampir mati! " Tengking Yoongi dan Taemin hanya tersenyum simpul.

" but here you are, alive. "

" aku bukan nya apa, kalau boleh aku tak mahu yang lain ikuti ekspedisi ini kerana aku hanya mahu seksa kau seorang sahaja. " Taemin sekali lagi menunding jarinya ke arah Jimin. Jimin yang terundur itu mampu mengetap bibirnya dengan erat. Tak sangka, lelaki yang dianggap nya baik itu merupakan gunting dalam lipatan. Dia jauh lebih jahat daripada musuhnya sendiri.

" tetapi ada orang lain pinta untuk memasukkan kau dengan yourubers yang lain. " Itu membuatkan Seokjin dan Jungkook memandang antara satu sama lain. Siapa lagi yang bersetongkol dalam hal ini? Kenapa mereka begitu benci terhadap mereka semua? Tak boleh ke bawa berbincang dengan elok dan hal ni akan selesai dengan mudah.

" siapa orang itu? " Taehyung lantas menyoal dan Taemin melirikkan matanya ke arah lelaki itu.

" orang itu, aku tak ketahui. " Taemin mengangkat bahunya dan dia memandang semula ke arah Jimin. Perhatian nya asyik tertumpu pada lelaki itu.

"  aku menguruskan segalanya, baik dan teratur. Ilmu hitam ini juga membantu aku. Oleh kerana benda itu mahukan ganjaran, aku berikan dia  mayat korang yang aku dah bunuh..nanti. "

" what? " Hoseok mengecilkan matanya dan dia siap bersedia untuk membelasah lelaki itu habis-habisan.

" Taemin, kau bukan macam ini orangnya. Tolong hentikan, please. " Jimin mendesaknya tetapi lelaki itu ketawa mengejek. Itu membuatkan Taehyung menolong Jimin bangun daripada duduknya.

" aku boleh jadi apa diri aku yang aku mahu!  Kau tak ada hak nak hentikan aku. " Taemin menengking membuatkan Jimin terdiam.

Taemin mula mengenggam tangan nya dengan erat sekali kemudian dia menadah tangan ke udara. Mulutnya mula mengamit beberapa potonh ayat yang kedengaran amat asing di telinga mereka semua.

Tiba-tiba deruan angin yang kuat memasuki ruang bilik itu. Entah daripada mana datangnya angin di dalam lubang itu pun mereka tidak tahu. Angin itu menutup ke semua pintu yang ada dalam bilik itu dan Taemin mula bertindak pelik.

" aku rasa pada masa macam inilah kita perlu lari. " Seokjin menyampuk membuatkan suasana hening itu terganggu dengan suaranya.

" tak, waktu ini lah kita perlu melawan dia. " Taehyung berkata pula menyebabkan mereka semua memandang lelaki itu dengan pandangan yang benar-benar terkejut. Lawan manusia yang mengamalkan ilmu hitam? Sudah tentu lah manusia ini menggunakan ilmu hitam nya di mana ianya lebih kuat daripada tenaga mereka.

" kau gurau ke? Macam mana kita nak lawan dia? " Dalam angin yang kuat itu, Hoseok menyoal dengan nada suara yang benar-benar lantang agar yang lain dapat mendengarnya. Hal ini kerana bunyi deruan angin itu terlalu kuat.

" aku rasa aku tahu macam mana. "Taehyung berkata lagi lalu dia berdiri dihadapan Jimin dan memandang Taemin tepat pada retina mata lelaki itu. Dia sedar yang mata lelaki itu sudah berubah kepada kehitaman pada seluruh permukaan bebola matanya. Taehyung mengenggam erat buku limanya.

" Taehyung, lebih baik kita larikan diri daripada tempat ini dan maklumkan pada pihak polis. " Seokjin berkata lagi dan Taehyung menoleh ke arah lelaki itu. Kelihatan Seokjin memandangnya dengan pandangan yang benar-benar mendesak. Yang lain juga sama. Walaupun mereka sebenarnya tak tahu sama ada cara itu akan menyelamatkan diri mereka, tetapi pada waktu itu, cara jalan terbaik adalah dengan melarikan diri daripada perkara sebegini.

" tak, polis tidak akan dapat membantu keadaan kita sekarang ini hyung. " Taehyung memegang lengan Seokjin kemudian mengalihkan ia daripada memegang lengan nya. Seokjin nampak kecewa dengan balasan Taehyung.

" tetapi kitorang tak mahu kehilangan kau.. atau sesiapa di kalangan kita lagi. " Jungkook berkata pula dan dia mendekati ke arah Taehyung. Keningnya bertaut. " please."

" kenapa kehilangan aku pula? "

" sebab kita semua tak mustahil akan mati jika kita berhadapan dengan dia. Dia berkuasa. " Jimin berkata pula. " dia ada ilmu hitam. " tambahnya lagi membuatkan Taehyung tersenyum kecil.

" hyung, kesakitan di sini tidak nyata. "

" apa? " Namjoon menyoal dan Taehyung mengeluh perlahan dan senyuman nya tak lekang daripada terukir.

" kita semua tidak nyata di dunia ini. "


Few more chapter and bye-bye HOTL!

hollow of the low. Where stories live. Discover now