HOTL | 019

2.4K 525 340
                                    

" aku rasa kita dah terpisah dengan diorang. "

Jimin terdiam seribu bahasa menakala Yoongi dah termangu-mangu. Mereka berdua mencari di sekitar luar bilik itu tetapi hasilnya hanyalah sia-sia sahaja. Tiada apa-apa yang ditemui, batang hidung mereka pun tak nampak.

Yoongi memegang dahinya, keliru. Apa sebenarnya yang terjadi? Tadi baru sahaja dia nampak kawan-kawannya tetapi tiba-tiba sahaja kawan-kawannya itu hilang. Itu membuatkan dia.. keliru dan pada masa yang sama, pelik.

" macam mana ni Yoongi? Aku rasa tak sedap hati " Jimin berkata lalu mendekatkan dirinya pada Yoongi yang hanya terdiam sahaja itu. Lelaki itu juga tak tahu apa yang perlu dilakukan oleh mereka.

" Uh.. aku rasa lebih baik kita pergi. Diorang kata, diorang akan ikut darah yang ada pada dinding tu.. jadi mungkin mereka ikut arah yang sama " Teka Yoongi dan Jimin mengerutkan dahinya. Dia menggeleng beberapa kali lalu menunjukkan jari telunjuk nya pada dinding di sekitar mereka itu.

" Yoongs, takde kesan darah. " Jimin berkata dengan nada yang perlahan. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia risau dan keliru. Yoongi melihat pada sekeliling dinding di sekitarnya. Ternyata, benar sekali apa yang dikatakan oleh Jimin. Tak ada langsung kesan darah yang mereka boleh ikuti.

" Eh, tapi tadi memang ada kan kesan darah kat sini? Mana ia pergi? " Yoongi menyoal dengan terpinga-pinga. Jimin pula tak tahu ingin respon apa pada Yoongi. Sungguh, dia rasa seram sejuk sahaja sekarang ni. Dalam bangunan tu pun sunyi je semacam. Itu membuatkan dia dua kali ganda tak selesa.

" aku rasa ni ada kena mengena dengan portal yang Hoseok cakap kan tu. " Yoongi berkata dengan nada yang mendatar. Dia memandang sekeliling, dan dia pasti keadaan jalan dalam bangunan itu berlainan sekali dengan jalan yang tadi. Bila difikirkan balik, dia rasa naik berang pula dengan Seokjin. Disebabkan lelaki gila Tulah dia dan Jimin terperangkap di dunia dimensi yang lain. Berduaan pula tu. Yoongi sampaikan tak sedar yang dia telah mengetap bibirnya dengan erat memikirkan lelaki bernama Seokjin itu. Barangkali menyumpah saranah lelaki itu di dalam mindanya.

Tiba-tiba dia dapat rasakan permukaan jari kelingking nya dipaut oleh seseorang. Bila dia lihat pada tangan nya, dia sedar ada seseorang memaut jari kelingking nya menggunakan tangan yang kecilnya itu. Berbeza sungguh saiz jari dia dengan jari si empunya pemaut itu.

Dia kemudian melirikkan matanya pada Jimin, yang memaut jari nya. Bertaut keningnya melihat lelaki itu. Apa sahaja yang dia fikir dia lakukan? Nak berskinship ni semua bukannya dia suka. Lelagi dengan sejenis dia. Ya tuhan, mohon elakkan.

Mata Jimin bertaut dengan nya. Dia perasan yang Jimin nampak risau dan takut. Jauh dalam benak mata lelaki itu kelihatan yang ianya bergetaran. Itu cukup menjelaskan apa sebenarnya tujuan lelaki itu memaut jarinya.

" cukuplah kita terpisah dengan yang lain, aku tak nak terpisah dengan kau pula " kata Jimin tanpa melihat wajah Yoongi.

" cukuplah kita terpisah dengan yang lain, aku tak nak terpisah dengan kau pula " kata Jimin tanpa melihat wajah Yoongi

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.
hollow of the low. Où les histoires vivent. Découvrez maintenant