HOTL | 045

1.3K 298 42
                                    

Aku berlari dengan pantas sebaik sahaja Jihoon memarkirkan kereta nya pada perkarangan hospital tersebut. Kelihatan ada beberapa buah kereta polis diparkir dihadapan pintu masuk hospital dan itu membuatkan aku lebih resah.

Macam mana kalau Hoseok lakukan perkara yang bodoh?

Hati berat dan terluka dengan tekaan aku itu. Aku berharap, hajat bahawa dia tak akan mengapa-apa kan dirinya. Sebab Hoseok ini adalah satu-satunya Hoseok di dunia. Aku tak akan kehilangan dia pula.

Tak seperti Namjoon. Tak..

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam hospital itu, aku nampak Yang lain sudah pun berkumpul di hadapan bilik wad Hoseok. Ada beberapa orang anggota polis juga bersama mereka. Mereka memandang aku lalu terus mendapatkan aku.

" Taehyung, kau okay kan? " soal Seokjin dengan resah. Aku hanya mengangguk perlahan membuatkan dia menghela nafas lega, begitu juga yang lain.

" kenapa.. apa dah terjadi? Mana Hoseok? " soal aku dan mereka semua terdiam buat seketika sebelum Jungkook memberitahu aku bahawa pihak hospital menelefon dia bahawa Hoseok telah hilang atau lebih tepat, lari daripada Hospital.

Hati aku seakan mahu gugur apabila mendengarnya. Aku memandang mereka lagi, " jadi apa yang patut kita lakukan? " mereka diam. Tiba-tiba ada seorang anggota polis menyampuk, dia memandang kami semua dengan pandangan yang berkerut.

" kamu keluarganya ke? " soal Anggota tersebut dan aku menggeleng. " kami kawan dia. Kawan terapat " kata aku dan yang lain mengangguk tanda setuju. Dia mengangguk perlahan.

" baiklah, kamu tak perlu risau akan Hoseok, kami akan mencarinya di seluruh bandar ini. Malah, untuk seorang pesakit seperti dia tak akan sukar untuk ditangkap. Dia tak berkudrat " kata anggota itu lagi. Aku tak tahu sebenarnya sama ada aku perlu atau tidak rasa lega?

Aku melihat wajah yang lain, mereka juga risau. Tetapi Jimin masih tetap dengan wajah yang tiada perasaan. Aku memandangnya dengan pandangan yang dalam, nampaknya dia termenung jauh barangkali dalam lamunan yang amat dalam. Yang lain mula berbual, tetapi dia langsung tak bercakap. Dia berlainan. Amat berlainan. Rasa risau aku kini bercampur baur. Kenapa semua orang pelik sejak aku bangun daripada koma ni?

Mata aku mendarat pada lengan nya dan aku lihat ia berbalut. Dahiku berkerut dan kening aku bertaut. Terus sahaja aku merentap pergelangan tangan nya membuatkan lamunan dia terus mati. Dia memandang aku dengan matanya membulat.

" explain this, Jimin. "

Yang lain terdiam apabila aku berkata sedemikian, lebih-lebih lagi apabila wajah aku tajam memandang ke arah nya. Itu mengejutkan mereka semua.

" hey, Taehyung.. chill bro " Yoongi pantas memisahkan tangan aku dengan pergelangan Jimin. Jungkook dah menggaru belakang lehernya yang tak gatal itu menakala Seokjin hanya memandang ke arah Jimin sama ada dia okat ataupun tidak.

" apa yang tak kena? " Seokjin menyoal, memandang ke arah aku. Aku menghela nafas yang berat lalu menunjukkan jari telunjuk aku ke arah pergelangan Jimin. " kau cederakan diri kau lagi kan? " soal aku dengan nada mendatar. Aku menapak ke arahnya.

Dia diam tak berkutik. Tetapi wajahnya tetap memandang ke arah aku cuma eksperiasi wajahnya kosong. Tak bermaya. Macam mayat hidup.

" jawab soalan aku, Jimin. " mataku mencerlung ke arahnya. Entah kenapa aku rasa baran bila lihat luka pada tangan nya itu. Sekarang ini, ramai mahu tubuh yang sihat seperti dia macam Hoseok.. tetapi dia boleh lukakan nya?

" Sudah, Taehyung. Masalah tak akan selesai kalau kita buat macam ni " Seokjin menarik aku kebelakang. " lebih-lebih lagi dengan kekerasa." Tambah Yoongi pula. Mereka kini memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Apa? Sekarang aku pula yang dianggap salah kerana risaukan kawan-kawan aku?

hollow of the low. Where stories live. Discover now