HOTL | 056

1.1K 266 71
                                    

Namjoon bangun daripada posisinya. Dia masih dapat rasakan kakinya menggeletar kerana dirinya hampir sahaja dibunuh oleh Taemin. Perasaan itu masih lagi bersisa dalam dirinya tetapi dia cuba untuk membuangnya sejauh yang mungkin memandangkan Jimin sudah pun membunuh lelaki itu.

Pisau yang ada pada tangan Jimin terlepas. Ia menghasilkan bunyi yang kuat, satu bilik itu bergema dengan bunyi besi yang menyentuh jubin lantai tersebut. Darah menitis daripada tangan Jimin itu ditatap oleh nya; kosong.

Taehyung cuba mengagahkan dirinya untuk berdiri. Kesakitan yang dia alami itu masih lagi terasa sehingga ke tulang-menulangnya tetapi dia cuba untuk mengatasi rasa tersebut.

Jungkook juga mula bangun, dirinya terasa pelik apabila menyedari suasana di dalam bilik itu terasa sunyi daripada biasa. Apa jadi pada Taemin?

Yoongi memandang ke arah Jimin dengan pandangan yang simpati. Tetapi belum sempat dia meluru ke arah Jimin, Seokjin telah pun memintasinya. Lelaki itu memusingkan tubuh Jimin ke arahnya kemudian memeluk dia dengan erat.

" kau berjaya Jimin. " mata Seokjin berair, dia menggosok belakang lelaki itu dengan lembut. " kau selamatkan kami semua. " dia berkata lagi.

Jimin sendiri, tak tahu ingin berkata apa. Dia juga tak percaya dengan dirinya yang begitu mudah membunuh orang. Situasi ini sama seperti di waktu dia membunuh syaitan yang menyerupai Seokjin itu, tetapi perasaan nya langsung tak sama.

Kali ini, dia tak rasa serba salah langsung. Dia rasa.. selamat. Adakah ianya merupakan sesuatu yang baik?

" J-Jimin, kau berjaya. " Namjoon meluru ke arahnya lalu memeluk Seokjin dan Jimin yang sedang berpeluk itu. Yoongi juga meluru ke arah Jimin begitu juga Taehyung dan Jungkook. Mereka semua menangis dan berpeluk antara satu sama lain. Tak sangka dengan apa yang telah Jimin lakukan untuk mereka semua.

Jimin berasa gembira tak terkira. Kegembiraan nya makin bertambah apabila melihat kawan-kawan nya kini tersenyum gembira dan memujinya. Dia rasa terharu. Tetapi walau bagaimana pun, dirinya rasa tak betul.

Adakah ini sesuatu yang betul untuk dia lakukan?
Dia telah membunuh kawan baiknya, Taemin.. adakah ini sesuatu yang dia perlu bangga?

Menakala, Taehyung pening. Dia tak tahu apa sebenarnya terjadi. Yang dia tahu, Jimin sudah pun membunuh Taemin; orang yang menyerang mereka semua dan seseorang yang telah mengatur perancangan mereka untuk menyertai ekspedisi maut ini. Tetapi ada banyak lagi persoalan dalam dirinya.

Dahulu, semasa mereka mula masuk ke dalam hollow ini.. bukan kah ianya penuh dengan mahluk-mahluk aneh dan ia juga menyerang manusia? Sekarang, mana pergi ke semua mahluk itu?

Selain itu.. portal. Ya, Portal yang mereka jumpa sehinggakan Yoongi dan Jimin terpisah dengan mereka. Bagaimana pula dengan itu? Apa jadi dengan portal itu? Adakah ianya benar wujud?

Macam mana pula dengan roh-roh yang dia jumpa sewaktu mereka cuba untuk keluar daripada lubang maut ini? Daripada mana roh itu datang? Kenapa roh itu menyuruh mereka untuk keluar daripada lubang ini..?

Lagi pula, apa kena mengena memori yang dia perolehi dengan tempat ini? Adakah inilah sebenarnya Owl Corperation? Tetapi kenapa? Bukan kah ini merupakan sebuah syarikat UCSC? apa jadi dengan itu? Mungkin Professor Gwak tahu tentangnya.. tetapi apabila memgingati keadaan Professor Gwak setelah benda itu merosakkan dia, Taehyung pantas menggelengkan kepalanya.

Tambahan pula, apa kena mengena apabila benda
yang cuba mengambil darah nya itu? Young Blood, dia seakan pernah dengar perkataan itu.. tetapi memorinya pudar. Meskipun memori yang dia terima selepas koma itu masih lagi segar dalam minda dan berkait dengan hal itu.. dia tak dapat jumpa penyambungan perkara itu bersama.

Apa semua ini? Setiap ujian yang dia terima bersama kawan-kawan nya yang lain di dalam ekspedisi ini adalah berlainan. Langsung tak sama. Semuanya berakhir dengan tanda tanya yang tiada jawapan nya.

Adakah ini suatu kebetulan? Ataupun ianya sengaja dilakukan sebegini rupa sebagai tanda..

Untuk menguji mereka?

" hey, " Taehyung menegur membuatkan kawannya yang lain terdiam. Mereka memandang dia dengan pandangan yang tertanya-tanya. Lebih-lebih lagi Jimin.

" korang ingat tak yang Taemin beritahu kita bahawa pada mulanya dia hanya mahukan Jimin sahaja dalam ekspedisi ini, tetapi ada seseorang yang mahukan kita semua menyertainya bersama-sama Jimin? " Taehyung mula menyoal dan yang lain memandangnya dengan pandangan terkejut. Terutama sekali, Jungkook.

" ya, tentang itu. " Jungkook berkata dengan semangat. " siapa pula yang mahukan kita semua? Kenapa mereka lakukan begitu? "

" oh, betul juga. " Namjoon memetik jarinya. " ada seseorang lagi yang menyebabkan hal ini terjadi pada kita. "

" mungkin juga. Tetapi aku tak rasa ianya hanyalah seorang. "  Seokjin menyampuk dan dia terus membuat andaian. Jungkook memgangguk kan kepalanya pada Seokjin tanda bersetuju dengan kata-kata lelaki itu. Tetapi Jimin masih lagi keliru. Dia juga nampak buntu.

" aku tak rasa ini pengakhiran nya.. " Kini Yoongi pula bersuara. Dia menggaru belakang lehernya perlahan lalu memandang ke arah Taehyung. " apa yang kau fikir Taehyung..? Apa yang perlu kita buat untuk mencari orang itu? " bertubi-tubi soalan di utarakan ke arah Taehyung dan dia juga kelihatan bingung.

" dunia ini tak nyata... " Taehyung cuba mengingatkan dirinya tentang sesuatu. Dia yakin dia tahu jawapan nya, cuma dia lupa. Jawapan nya ada didalam memori dia. Dia ada jawapan terhadap persoalan itu.

Dan satu memori menjengah mindanya.

" kami sudah menjalankan eksperiment terhadap ke semua kawan young blood kamu serta kamu selama kami mengurung kamu semua berada di dalam asylum ini. "

" ianya untuk membuktikan dan memastikan bahawa kamu semua memang benar orang yang mempunyai darah yang kami mahukan. "

" dan eksperiment itu merupakan dalam bentuk simulasi dan ia juga bukan dalam bentuk yang menyeksakan. "

Puan Huang berkata dengan ukiran senyuman di wajahnya. Dia memberikan Taehyung usapan lembut pada rambut lelaki itu.

" and the result was...  pretty good. "

Dia kemudian mencium dahi Taehyung perlahan sebelum dia menyuntik sesuatu cecair ke dalam salur darah Taehyung yang sedang tidur itu.

" lets see if you can survive this test for one more time, dear. "

Lalu wanita itu meluru keluar daripada bilik Taehyung dan menutupnya pintunya rapat. Tak lama selepas itu, kedengaran bunyi jeritan histeria orang-orang yang berada diluar bilik itu. Darah memercik di segala tempat dan terkena pada bahagian pintu bilik yang menempatkan Taehyung itu.

Namun Taehyung masih lagi dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

" orang itu.. " Semua memandang ke arah Taehyung, menunggu jawapan daripada lelaki itu. Taehyung kemudian nya memandang ke arah mereka semua semula. 

" adalah mereka. "


Haa pening pening HAHHAA

hollow of the low. Where stories live. Discover now