HOTL | 026

2.1K 438 108
                                    

BEHIND THE SCENES EDITION » 5
[CH+]

JIMIN :
Kau rasa betul ke ini adalah pintu keluar kita sebentar tadi? Adakah ianya masuk akal? Tak akan lah semuanya akan berakhir disini sahaja?

YOONGI :
kenapa? Kau mahu ekspedisi ini berlanjutan sampai tak ada kesudahan nya?

JIMIN :
bukan begitu.. aku cuma rasa sahaja.

CLANK!

*kelihatan sebuah kelibat melintasi daripada skrin kamera tersebut*

*CAMERA GLITCHING*

YOONGI :
Hm, baiklah kita akan periksa dulu sama ada ianya betul ataupun tidak tentang lubang ini.

* Kedengaran bunyi sesuatu berdengung daripada lubang suara kamera tersebut. Sesuatu seperti deruan atau hilaian. Namun Yoongi dan Jimin sedikit pun tidak perasan akan nya *

JIMIN :
baiklah kau pergi lah dahulu.

YOONGI :
serius Jimin?

JIMIN :
apa? Tua didahulukan dulu kan?

YOONGI :
apa-apa sahaja lah.

Yoongi mula mencapai tali yang digantung daripada luar lubang tersebut. Setelah dia cuba memeriksa ketahanan tali tersebut yang ianya kukuh, dia mula memulakan langkah keluar daripada lubang itu

Jimin dengan tekunnya memerhatikan gerak langkah Yoongi yang kelihatan pakar dalam memanjat menggunakan tali itu. Dia sendiri menyoal dirinya sama ada dia boleh ataupun tidak melakukannya dengan baik.

Ia memgambil beberapa saat sahaja untuk Yoongi sampai pada lubang tersebut. Dia menjengulkan kepalanya keluar untuk melihat keadaan sekeliling di luar sana. Namun reaksi nya bukan seperti apa yang Jimin sangkakan.

Sebaliknya Yoongi turun daripada tali tersebut dan terus merentap tangan Jimin lalu dibuka langkah besar daripada situ. Jimin keliru.

JIMIN :
Apa yang kau lakukan ni Yoongi? Kenapa kau tarik aku daripada situ dan lari? Kau nampak apa?

Yoongi yang termengah-mengah itu tak nampak seperti ingin memberikan penjelasan ketika itu juga. Dia cuba menarik lagi Jimin untuk teruskan berlari namun lelaki itu memberontak. Mula Jimin dimasamkan; meminta penjelasan.

JIMIN :
stop being selfish and tell me. Aku pun perlu tahu.

Yoongi melepaskan keluhan yang berat. Belum sempat dia ingin membuka mulut, tiba-tiba mereka berdua terdengar sesuatu yang ganjil. Cukup ganjil di telinga Jimin sampaikan lelaki itu tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

UNKNOWNs :
ut illud nobis rectam ostendam tibi...

UNKNOWNs :
ut illud nobis rectam ostendam tibi...

Mereka terkedu apabila mendengar perkataan yang amat asing sekali di telinga mereka ketika itu. Bahasa apa pun tak dapat disahkan namun Jimin sudah pastinya sudah bergetar tulang rusuknya akibat kata-kata yang dilontarkan oleh seseorang yang dia sendiri tak tahu siapa. Dalam keadaan yang boleh dikatakan malap itu memang dia tak dapat nak pastikan.

hollow of the low. Where stories live. Discover now