HOTL | 054

1.1K 282 129
                                    

" Tae..Taehyung.. "

Hoseok kemudian nya terduduk. Tangan nya menghentak tanah secara tiba-tiba dan badan nya mengigil dengan kuat. Yoongi dan Namjoon duduk di sebelahnya dan memeriksa keadaan Hoseok dengan cemas.

Taehyung dan Seokjin memandang ke arah mereka dengan pandangan yang terkejut. Seokjin dan Jungkook kemudian nya menghampiri Hoseok melihat keadaan nya.

" keluar lah! Nama mu aku seru! "

Taehyung memandang semula ke arah Taemin. Matanya mencerlung ke arah lelaki itu. Nampaknya lelaki itu punca kemusnahan hidup dan juga kerjaya mereka. Ianya bukan lah sesuatu yang boleh dimaafkan. Dia juga hampir juga membunuh Namjoon.

" hentikan nya, Taemin. " Taehyung berkata dengan nada yang lantang. Taemin membuka matanya dan Taehyung terkejut apabila mendapati mata lelaki itu sudah kehitaman semuanya. Bebola matanya kehitaman. Dia terlalu lambat.

" hentikan? " Taemin ketawa dengan mendayu-dayu seperti ianya merupakan satu lawak yang menggelikan hatinya. Tetapi apa yang menyeramkan adalah suara dia bertukar-tukar. Seperti ada banyak suara dalam tawanya itu. Tiba-tiba tawanya terhenti, wajahnya mula berubah seratus peratus dan dia memandang lelaki yang berani itu dengan sengihan sinis.

Tangan nya dihalakan ke arah Taehyung lalu dia mengerakkan tangan nya ke arahnya dengan begitu kasar membuatkan Taehyung meluru ke arahnya seperti ditarik. Pantas, dengan sekelip mata sahaja Taehyung sudah ada dihadapan matanya. " Siapa kau nak hentikan aku? "

Taemin kemudian nya mencampakkan Taehyung ke bahagian dinding bilik itu dengan kasar. Nafas lelaki itu mula berat. Matanya kini mencari susuk tubuh lelaki yang dia benci itu. Dendam nya membuak-buak membuatkan dia merasa seperti tiada sesiapa akan menghalang dia. Selamanya.

Taehyung bangun, dia gagahkan dirinya untuk bangun walaupun dia merasakan bahagian belakangnya amat perit apabila dihentak pada dinding tadi. Pasti ada sebab kenapa dia terima mimpi itu. Sudah pasti. Tanpa berlengah, dia mencapai sebatang kayu yang ada di sekitarnya lalu dia lari ke arah Taemin.

Keadaan Hoseok makin teruk. Tekaknya terasa terbakar begitu juga organ dalaman nya. Yoongi yang melihat Taehyung bersungguh untuk melawan lelaki gila itu terus memandang ke arah Jungkook dan Jimin.

" korang patut tolong Taehyung, aku dan Seokjin akan jaga Hoseok buat masa ini. " Yoongi mengarah dan Jungkook nampak teragak-agak. Dia memandang ke arah Taemin dengan pandangan yang begitu mengerikan. " aku t— "

" ingat apa Taehyung cakap? Ini bukan dunia yang nyata. " Namjoon mengulang semula dan dia sempat memandang ke arah Taehyung. Matanya berkaca. " ..dan Taehyung perlukan kita. "

Seokjin dan Yoongi mula memapah Hoseok pada bahu mereka. Lelaki itu seperti tidak sedarkan diri tetapi matanya masih lagi terkebil-kebil. Namjoon pula meluru ke arah Taemin dengan pistol di tangan nya. Ya, dia masih ada pistol tersebut dalam genggaman tangan nya.

Menakala Taehyung masih lagi berjuang bermati-matian untuk menghalang Taemin daripada mencederakan kawan-kawan nya. Dia melakukan segala-galanya yang boleh supaya membuatkan lelaki itu berhenti. Tetapi nampaknya lelaki itu seperti tidak mempunyai apa-apa kelemahan.

Jimin terkaku kerana dia masih dalam dilemma. Tidak percaya langsung dengan apa yang jadi dihadapan nya itu.

" Jimin! " Jungkook kemudian nya mengejutkan lelaki itu dengan menggoncang bahunya. " ini bukan masanya, tolong Taehyung. " beritahu Jungkook dengan gelisah. Dia risau dengan keselamatan Jimin yang kelihatan seperti tak tahu apa yang terjadi pada mereka sekarang ini.

hollow of the low. Where stories live. Discover now