1

1.4K 118 12
                                    

' Hidupku di dasar tebing yang curam,
aku berjalan di terowongan gelap
Aku sendirian menahan diri dari hari
yang kejam dan mengerikan ini '

Jisung menendang tin kosong yang terbiar sunyi diatas jalan tar. Angin pagi menghembus pelan menerpa rambut pony Jisung. Namja itu menolak rambut tersebut kebelakang.

Jisung baru pulang dari melepak dengan rakan rakannya di bangunan kosong berdekatan rumahnya. Pandangan Jisung kosong kehadapan. Dia sedang memikirkan sesuatu yang menganggu ketenteraman jiwanya.

Flashback...

" Appa!!! "

Seorang namja terjelepuk jatuh ke atas tanah akibat ditolak oleh ayahnya. " ahh ... " Jisung meringis kesakitan. Dia bangun lalu melihat sikunya yang terasa nyeri.

Ibu Jisung segera mendapatkan Jisung apabila suaminya mulai berang. Ibunya ikut membelek belek pergelangan lengang Jisung apabila anaknya itu mengadu dia rasa sakit di area itu. Mata ibunya membulat besar melihat darah yang mengalir sebaik sahaja lengang panjang baju Jisung diselak. " Appa!! kau tengok apa yang kau lakukan? " marah ibunya.

" itu kerana budak ni degil! taknak dengar cakap aku. Dah berapa kali aku kata jangan join geng budak budak nakal tu!! kau tak perlu belajar menarilah, menyanyilah! tak perlu nak jadi idol! pekerjaan bodoh tak masuk akal!! simpan angan angan kosong kau tu!! " balas ayah Jisung.

Airmata Jisung mengalir. Sepatutnya setiap ayah akan menyokong setiap minat yang anak mereka ingin lakukan. Tapi berbeza untuk ayahnya. Ayahnya malah menentang dan memperkecilkan minatnya.

Ibu Jisung segera bangkit untuk bersemuka dengan ayahnya. Ayahnya sepatutnya tak perlu memalukan Jisung dikhalayak ramai tadi. Ramai yang melihat Jisung menari diatas stage tadi tapi akibat ayah Jisung menarik anaknya turun dari stage. Membuatkan suasana di persekitaran situ menjadi senyap. Ayahnya memarahi Jisung dikhalayak ramai.

" tapi kau tak perlu marah Jisung dikhalayak ramai?! mana pikiran kau? kau sebagai ayah harus menyokong! Jisung masih 14 tahun Kau dah buat penderaan mental terhadapnya. Kau dah malukan dia kat depan orang. Kau tak fikir langsung perasaan Jisung yang menanggung malu " balas ibu Jisung. Ibu Jisung memang selalu mem-backup setiap apa yang Jisung lakukan. Dia faham akan minat Jisung terhadap tarian dan nyanyian.

Hellevator ©Where stories live. Discover now