13

501 44 0
                                    

Jisung terpana melihat lift geriji besi dihadapannya. Lift nampak baru tak seperti sebelum ini dia lihat. Jisung menyentuh permukaan geriji besi yang menutupi lift tersebut. Seakan terkena renjatan elektrik, lift tersebut tiba tiba menyala dan mengeluarkan bunyi seakan lift ini berfungsi.

Jisung melangkah kebelakang. Dia memerhatikan apa yang berlaku terhadap lift tersebut.

Tin!

Jarum diatas lift tersebut menunjukkan angka 6. Ingatan Jisung terimbas kembali pada mimpi yang dia alami sebelum ini. Last angka yang dia naiki adalah 6. Mungkin ini adalah petunjuk akhir pada ' Hellevator ' yang menjadi tanda tanya-nya.

Jisung membuka geriji besi yang menutupi lift tersebut. Lalu memasukinya dan menutupinya kembali.

Tanpa menekan butang nombor di lift tersebut tiba tiba menyala sendiri. Dari angka 6 sehingga 10. Perlahan lahan lift itu naik membawanya ke tingkat seterusnya. Apa yang dia lihat setiapkali dia keluar dari lift tersebut adalah imbasan masa lalunya. Sehinggalah tiba tiba cahaya putih memenuhi lift tersebut. Angka yang dia lihat adalah 10.

Ting...

Ini adalah angka terakhirnya. " Hellevator " ucap Jisung apabila semua perkataan lengkap di gabungkan pada setiap tingkat yang dia naiki.

Jisung membuka geriji besi yang menutupi lift tersebut. Jisung terpana melihat keindahan alam yang ada didepan matanya. Kakinya berganjak keluar meninggalkan lift tersebut.

Kawasan tersebut penuh dengan pokok bunga lavendar. " wahh! " Jisung berguman kagum. Dia memandang sekeliling tempat tersebut sebuah padang yang luas yang penuh dengan pokor lavendar dan hanya dirinya dan lift tersebut ada disitu.

" Jisung " panggil seseorang buat Jisung menoleh kearah itu. Terlihat lelaki memakai hoodie hitam. Tudung hoodie tersebut menutupi kepala namja itu. Wajah namja itu tidak kelihatan kerana jarak dia dengan Jisung jauh.

Jisung melangkah untuk mendekati namja itu tetapi namja itu malah melangkah mengundur kebelakang.

" tunggu " kata Jisung lalu memperepatkan langkahnya.

Namja itu mulai berlari meninggalkan Jisung.

Jisung ikut mengejar namja itu dari belakang. " Tunggu aku ada sesuatu nak tanya pada kau!! " jerit Jisung memanggil namja itu.

" JISUNG!!!! " Tiba tiba sekumpulan suara lelaki kedengaran. Jisung menoleh kebelakang dan melihat 8 rakannya ikut mengejarnya dari belakang. Mata Jisung terbeliak namun dia tidak berhenti mengejar namja itu.

Makin dikejar Jisung. Namja itu malah makin mempercepatkan lajunya sampaikan dia berhenti membelakangi Jisung.

Jisung kelelahan dibelakang namja itu. Kepalanya ditoleh kebelakang. Dia terkejut apabila tidak melihat rakannya dibelakang.

" akhirnya... " ucap namja itu tanpa menoleh ke Jisung.

Jisung yang termengah mengah saat namja itu berucap. Jisung membetulkan posisi dirinya dengan tegak. " siapa kau? " soal Jisung.

Namja itu terkekeh kecil lalu membuka tudung hoodienya. Perlahan lahan dia menoleh kearah Jisung. " aku adalah kau " ucap namja itu.

Jisung terkejut besar dengan apa yang dilihatnya. Dia seakan melihat pantulan dirinya pada cermin. Kakinya mengundur kebelakang tidak percaya.

" aku adalah halusinasi kau selama ini . Kau wujudkan aku kerana kau mahu hidupkan aku dalam lirik ciptaan kau. Apa yang kau nampak dan percaya selama ini adalah halusinasi kau. Kau harus hentikan benda ni, jangan biarkan aku terus hidup dalam imaginasi kau. Aku tak mahu terus menjadi namja yang tersiksa di Hellevator itu " jari namja itu menunding kearah elevator yang tersadai jauh dibelakang Jisung.

Hellevator ©Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum