7

526 60 3
                                    

Seperti biasa setelah habis waktu sekolah Jisung dan 8 temannya yang lain akan ke bangunan kosong tempat mereka selalu lepak. Kesemua mereka melakukan hal masing masing, menyanyi, bermain dam, menari tapi hanya Jisung yang duduk keseorangan sambil menulis sesuatu.

Woojin sedar dia dah keterlaluan dengan Jisung semalam sehinggakan Jisung menjauhkan diri dari rakan rakan yang lain tapikan Woojin nak cakap benda yang benar. Cuma entahlah, mungkin kata katanya telah menguris hati Jisung dan membuat sikap namja itu acuh tak acuh melayannya hari ini.

Woojin mahu tak mahu bangkit dan menuju ke Jisung. Dia menjatuhkan punggungnya disebelah Jisung. Dari atas tadi Woojin dapat membaca apa yang di tulis Jisung. " I'm On Hellevator " kata hati Woojin. Apa tu Hellevator? "

Serta merta tangan Jisung yang sedang menulis berhenti. Mungkin Jisung tidak selesa dengan kehadirannya.

Woojin cuba mengatur kata. " kenapa tak join kitorang? " soal Woojin.

Jisung diam lalu kembali menulis. Dia saat ini benar benar tak mahu dinganggu. Dia bukan marah pada Woojin tentang semalam tapi dia tengah kusut dengan lift yang menghantuinya sejak dua menjak ini. Dia masih tak faham dengan apa yang dia dengar dan lihat, baginya ini real bukan halusinasinya.

Woojin mengeluh kesal. " aku minta maaf pasal hal semalam.. " kata Woojin.

Jisung mendengar tapi dia tak membalasnya. Dia mahu fokus pada lirik yang dia tulis saat ini. Tangannya ligat menulis lirik tanpa henti.

" aku tak bermaksud macam tu Jisung " sambung Woojin namun tetap sahaja Jisung tak menjawap kata katanya. Matanya terus menerus fokus pada kertas dihadapannya. Dia tak mampu menjawap kerana segala kata kata yang dia ingin ungkapkam ada dikertas ini.

" Lihat aku Jisung " gertak Woojin apabila Jisung terus menerus mengacuhkan soalannya.

Pensel ditangan Jisung semakin ditekannya. Menunjukkan betapa sakit perasaan dipendamnya. Sekarang dia sedang berperang dengan pikirannya. Pikiran mulai menguasai dirinya. Hasutan mulai mengherdiknya. Jisung semakin gila dibuatnya saat ini.

" Berhenti menulis! " perintah Woojin sambil menghentikan tangan Jisung.

Dalam sedar tak sedar Jisung tahu Woojin sedang cuba menghentikannya tapi dia tak mahu di nganggu. " ketepi.. " ucap Jisung lalu menolak Woojin pelan ketepi.

" BERHENTI KAU HARUS MENDENGAR PENJELASAN AKU! "Marah Woojin sehingga 7 rakannya yang lain mendengar tengkingan Woojin.

Jisung melepaskan pensel ditangannya. Satu perasaan yang marah mulai membaluti dirinya. Jisung cuba mengontrol. Penumbuknya segera disembunyikan disebalik jaket. Dia tak mahu mencederakan sesiapa saat ini. Dia akan mungkin bertindak kasar saat ini. Jisung segera bangun dan menjauhi Woojin.

Woojin nampak dengan perubahan sikap Jisung. Dia sedar ada sesuatu yang ta kena dengan Jisung. Jisung tampak berjalan kehulur kehilir menahan sesuatu. 7 Rakannya yang lain juga sedar dengan kelainan sikap Jisung.

" aku cakap jangan ganggu aku.. " perkataan itu yang Jisung ucapkan berulangkali namun tidak dapat didengari oleh rakannya yang lain. Dia mengacak gacak rambutnya kerana serabut dengan pemikirannya. Dia tak dapat beerfikir normal saat ini.. macam macam yang dia mahu lakukan. Dia mungkin akan mencederakan orang yang cuba menghentikannya.

Hellevator ©Where stories live. Discover now