9

522 56 0
                                    

Setelah 2 minggu mengambil cuti. Akhirnya Jisung kembali ke sekolah setelah keberaniannya berjaya dikumpulkan.

Namun sikapnya berubah sekelip mata. Jisung banyak mendiamkan diri dan menjauhkan rakan rakannya. Hirisan ditangan ditutupi dengan kain lengang panjangnya hanya bekas lembam hentukan kemarin yang kelihatan.

" Jisung!! " panggil Woojin sambil mengejar Jisung. Tetapi namja itu terus berjalan tanpa menghiraukan Woojin dibelakang. Langkah kakinya dipercepatkan.

" Jisung!! " panggil Woojin kelelahan.

Jisung masih dengan egonya. Tetap berjalan laju meninggalkan Woojin yang sudah berhenti dibelakangnya.

" Stop Jisung " Tiba tiba Chan muncul dihadapannya.

Kaki Jisung terhenti. Derap kaki Woojin kedengaran berlari kearahnya. " berhenti " ucap Woojin tercungap cungap dibelakang Jisung.

" kenapa jauhkan diri dari kami? " soal Chan.

Jisung diam. Diam cuba untuk pergi tapi ditahan oleh Woojin. " berhenti dengar penjelasan kami dulu. " Woojin membetulkan posisi dirinya. " aku tahu, aku tak boleh faham apa yang kau rasai, lalui " ucap Woojin.

Jisung diam. Dia cuba mengeraskan hati agar dia tak dapat menerima kata kata Woojin padanya.

" aku tahu. Aku tak layak pun cakap macam ni sebab ini hidup kau dan ini juga hidup aku. " Woojin melepaskan tangannya dari menahan Jisung. " tapi aku nak kau tahu, aku kat sini nak kau faham. Kami semua nak kau sembuh " sambung Jisung.

" sembuh ? " soal Jisung tak memahami.

" Sembuh dari mental ilness yang kau alami " balas Woojin.

" sekarang kau nak kata aku ni gilalah ? Hah! " ucap Jisung.

" kau bukan gila Jisung! Kau just mengalami masalah mental illness. Aku tahu, kau sendiri tak tahu apa yang kau alami. Kau tak faham. Sebab tulah sekarang ni aku dan kawan kawan yang lain nak bantukan kau. Kami nak Jisung kami semula ... " kata Woojin.

Jisung sebenarnya sudah sedar lama dengan mental illness yang dia alami tapi keberanian dia untuk berjumpa doktor tipis. Dia takut dengan bantuan doktor pun dia takkan mampu untuk sembuh.

Chan menghampiri Jisung. Jari jemarinya menyentuh bekas luka didahi Jisung. " kau melukai diri kau lagi? " soal Chan.

Jisung diam.

Mata Chan beralih ke Jisung. " kau masih tak percaya kami? " soal Chan dengan pandangan kecewa.

" aku tak mahu. Leave me alone " balas Jisung lalu menolak kasar Chan dihadapannya ketepi. Jisung melangkah meninggalkan rakannya dibelakang.

" Jisung!! " panggil Chan.

Langkah Jisung terhenti.

" kami taknak paksa kau tapi kami taknak kau lawan benda ni sorang sorang. Mungkin ayah kau tak pedulikan kau, tapi kami. Kami peduli dengan kau. " ucap Chan.

Setitis airmatanya jatuh. Kata kata Chan membuatkan dirinya terharu.

" Kau pikir dulu. Esok kami tunggu kau di bangunan kosong tu. Kita pergi sama sama okay " sambung Woojin.

Hellevator ©Where stories live. Discover now