14

537 53 7
                                    

" Omma!" Jerit Jisung dalam komanya.

Felix yang kebetulan menjaga Jisung saat ini terkejut. Dia bangun lalu melihat Jisung. Sebutir airmata mengalir keluar dari mata Jisung.

Nampaknya Jisung sudah menunjukkan respond pertama sejak 2 minggu dia koma. Felix bingkas memberitahu doktor.

Hyunjin memasuki ruangan pejabat Park Jinyoung.

Park Jinyoung yang melihat Hyunjin masuk kehairanan. Apa yang anak buahnya buat disini.

" Ahjussi boleh aku duduk? " pinta Hyunjin.

Park Jinyoung mengangguk pelan.

Hyunjin menarik kerusi dihadapan Jinyoung lalu duduk dikerusi tersebut. Telefonnya diletakkan dihadapan Park Jinyoung.

Park Jinyoung memandang hairan.

" ada sesuatu yang ingin aku cakap kat ahjussi " kata Hyunjin.

" sesuatu? Apa yang ingin kamu kata disini? " soal Jinyoung.

" tentang aku dan rakan rakan ku.. Tentang Jisung. Aku tahu kami sudah berjaya lulus untuk jadi trainee disyarikat ini. Kami berterima kasih sangat atas semua itu tapi kami terkilan kerana Jisung tidak diluluskan. " kata Hyunjin dengan tatapan menyedihkan. " kami sudah terbiasa ber 9 bila kau tak meluluskan Jisung kami rasa ada sesuatu yang ganjil. Kami kehilangan sesuatu. "

" tapi kamu tahu kan Jisung itu ada masalah mental. Bagaimana aku nak terima orang macam tu, aku tak mahu trainee trainee di syarikat ini adalah masalah sebegitu. Ini akan menyulitkan kami untuk melatih kamu semua " balas Park Jinyoung.

" aku tahu tapi Jisung dalam proses menerima rawatan. Dia juga sudah semakin pulih. Untuk melihat dia sembuh, kita harus sentiasa menguatkannya. Aku yakin kalau kau memberi dia peluang kedua dia boleh sembuh. Dan untuk pengetahuan kau. Dia memiliki bakat yang lebih bagus dari kami. Aku punya rakaman rakaman video Jisung. Kau boleh lihat sendiri dia boleh menari, menyanyi bahkan rap dengan bagus. Dia lebih hebat dari kami " kata Hyunjin.

Hellevator ©Where stories live. Discover now