6

456 72 0
                                    

Selepas pulang dari sekolah dan mandi. Jisung terus menuju ke komputer. Dia cuba mencari semula maklumat mengenai lift yang bergelar " HELLEVATOR ". Pada percubaan pertama tak jumpa, dia buat lagi untuk percubaan kedua namun nihil keputusannya masih sama. Kening Jisung bercantum, hairan dibuatnya. Dia masih cuba mencari selepas 30 Menit mencari akhirnya Jisung pasrah. Dihatinya berkata mungkin laman web tersebut telah dipadam.

Jisung yang tak berpuas hati akhirnya memutuskan untuk pergi ke bangunan tersebut walaupun waktu sudah menunjukkan sudah waktu malam. Dia harus tahu hal yang sebenar mengenai lift tersebut. Dia tidak peduli.

Jisung menyuluh lampu suluh kearah lift yang disebutkan sebagai Hellevator. Dahi Jisung berkerut. Keadaan lift ni masih sama dan dengan keadaan yang dia lihat tadi. Tidak ada api yang membakar lift ini. Dipikirannya tertanya apakah yang dia lihat tadi adalah sekadar ilusi.

kreet...krett...

Bunyi ranting patah seakan dipijak orang. Jisung menyuluh ke sumber suara. Kosong! tiada sesiapa.. Jisung mengaru tengkuknya yang tidak gatal. Dia tadi seakan nampak seseorang melintas dihadapannya.

krett.. kreet..

Sekali lagi bunyi ranting berbunyi. Jisung memandang sekeliling. Dia mulai dilanda ketakutan. " siapa kau! " soal Jisung.

yang dengar hanya bunyi angin malam serta burung burung bersiulan.

Tiba tiba perkataan Elavator yang ada diatas lift hadapannya menyala. Jisung berganjak kebelakang akibat terkejut. Lift tersebut juga seakan berfungsi.

Satu susuk tubuh kelihatan keluar dari lift tersebut. Jisung semakin kebelakang. Dia cuba menyuluh tapi tiba tiba lampu dipegangnya tidak menyala. " kau tak boleh biarkan ini bermula Jisung... kau harus menghentikannya.. " kata namja itu makin mendekati Jisung.

Makin didekati, makin Jisung menjauh. " siapa kau!! " tengking Jisung. Dia langsung tidak nampak rupa paras namja yang mendekatinya itu.

" aku adalah kau, dan kau adalah aku "

Tok.. tok.. tok..

Bunyi ketukan pintu bilik mengejutkan Jisung. Matanya terbuka luas. Peluh memenuhi wajahnya.

" Han Jisung buka pintu! " satu suara menyedarkan Jisung 100%. Jisung segera turun dari katil dan memulas tombol pintu. Sesusuk tubuh ayahnya sedang berdiri menatapnya hairan. " kau masih belum bangun lagi? " soal ayahnya sedikit marah. Yelah ketuk sampai nak roboh pintu tu baru Jisung nak dengar.

Jisung mengusap wajahnya yang kelihatan pucat. Mungkin effect dari ketakutan dari mimpi yang dia alami membuatkan dia tadi. " semalam Jisung tidur lewat " balas Jisung mahu tak mahu.

Ayahnya mengeluarkan duit dari poket kemeja dipakainya lalu dihulurkan kepada Jisung. " duit sekolah kau yang minggu lepas punya masih ada? " soal ayahnya kali ini dengan nada normal.

Jisung mengeleng tanpa menatap ayahnya.

" ambil ni..berjimat sikit jangan boros "kata ayahnya sambil menghulurkan duit ke Jisung.

Jisung mengambil duit tersebut dengan tangan yang bergeletar. Sejurus itu ayahnya berlalu meninggalkan Jisung yang masih disitu.

Ada sesuatu yang bermain dipikiran Jisung. Kenapa ayahnya tak seperti ayah orang lain? bersikap mesra, bergurau senda dengan anak anak mereka tapi ayahnya setiap hari setiap masa serius. Tak pernah melayannya dengan baik melainkan memberi wang setiap minggu sebagai kebutuhan dirinya untuk pergi kesekolah, Hanya itu kebaikan yang Jisung dapat lihat.

.
.
.

😊 ⬇Tekan vote ( Star ) untuk bantu saya menaikkan ranking ff ini manalah tahu dengan bantuan anda. Saya dapat terus berkarya sebagai penulis pada masa hadapan. 😉 Thank You Readers...

Hellevator ©Where stories live. Discover now