3

543 75 0
                                    

Selepas pulang sekolah, Jisung terus ke bangunan usang. Tempat dimana dia dan 8 rakannya yang lain selalu lepak disitu. Dia tak mahu terus pulang ke rumah kerana ayah tidak bekerja hari ini. Dia mahu mengelak dari bersemuka dengan ayahnya jadi dia terpaksa duduk disini sebelum malam menjelma dan dia akan balik.

Bagi anak lelaki yang normal, waktu waktu begini semestinya adalah waktu yang mereka tunggu tunggukan untuk meluangkan bersama ayah mereka tapi tidak untuk Jisung. Waktu ayahnya cuti inilah yang paling dia benci.

Satu pintu gerbang kosong seakan menyambut kedatangan Jisung saat itu. Kelihatan cahaya samar samar kelihatan dibangunan tersebut. Suasana disitu juga sedikit mengerikan dengan pohon pohon besar yang tumbuh menjalar melangit disekitar bangunan tersebut tapi Jisung sedikit pun tidak rasa takut kerana tempat inilah rumah kedua yang paling dia kunjungi setelah rumahnya. Tempat ini selalunya digunakan Jisung untuk menghilangkan stress dan keluh resahnya. Jisung melangkah, bunyi ranting ranting yang patah akibat dipijak oleh Jisung memenuhi ruang telinga Jisung.

Kreettt...

Kaki Jisung terhenti. Bunyi seakan pintu besi dibuka.

Krettt...

Sekali lagi Jisung terkejut. Dia memandang sekeliling ruangan bangunan itu. Dia mencari punca suara itu muncul. Sehinggakan pandangannya tertumpu pada sebuah lift lama yang disekelilingnya dipenuhi seakan api. Jisung mendekati tanpa rasa takut.. makin lama bahang panas dari api tersebut mulai dia rasai... api didalam lift tersebut juga makin membesar seakam tidak suka Jisung mendekatinya. Kaki Jisung terhenti beberapa meter dari lift tersebut, matanya menatap takjub. Tak pernah dia melihat kejadian ini berlaku sebelum ini dan kewujudan lift ini juga tak pernah Jisung tahu.

" Tolong! Tolong! " satu suara muncul dalam lift tersebut.

Jisung semakin mengundur jauh. Mana mungkin ada manusia  dalam api yang marak tersebut. Peluh mulai keluar dan tangan Jisung mulai mengigil ketakutan.

" Tolong! Tolong! " ucap suara misteri itu lagi. Jisung tertanya tanya siapa sebenarnya ada didalam lift tersebut. Jisung mulai mendekati dan dengan keberanian yang dia ada dia cuba membuka pintu besi tersebut.

Belum sempat Jisung membuka. Seseorang telah terlebih dahulu menyentuh bahunya membuatkan fokus ya beralih. Jisung menoleh kebelakang.

Dahi Woojin berkerut hairan. Apa yang Jisung buat pada lift terbiar dihadapannya ini. Lift ini sudah dipenuhi dengan daun daun yang menjalar dan hampir menutup lift ini. " apa yang kau buat kat elevator ni? " soal Woojin hairan.

" tasdd.. tadi lift ni terbakar.. " Jisung menerangkan keadaan yang berlaku tadi. Tapi dia terkejut melihat lift yang dia lihat tadi berubah menjadi lift yang penuh dengan daun yang menjalar serta api yang dia lihat tadi pun hilang. Jisung tergaman sebentar.

Dahi Woojin makin berkerut. Dah kenapa dengan Jisung ni. Dia tak melihat ada api pun disini. " dah kenapa kau.. aku tak nampak apa apa api pun ada kat sini " balas Woojin.

Jisung memandang hampa pada Woojin. " aku nampak Woojin.. " keluh Jisung tak mahu kalah.

Woojin menatap sahabatnya seketika sebelum menghembus nafasnya pelan. " Yea.. " balas Woojin lalu merangkul leher rakannya. Dia pernah terbaca didalam artikel dilaman web. Salah satu penyakit yang akan dialami oleh pesakit mental adalah halusinasi. Nampaknya Jisung sekarang sudah mulai berhalunisasi. " kita sambung didalam yea.. " ucap Woojin.

Jisung duduk berseorangan di satu kerusi yang dihadapannya ada sebuah tv usang. Pandangannya kosong ke lantai. Dia masih memikirkan apa yang dia nampak tadi. Dia yakin dia belum lagi berhalusinasi.. apa yang dia nampak adalah benar.

Dalam keramaian orang didalam bangunan tersebut hanya Woojin yang sedar dengan sikap Jisung yang berdiam diri dari tadi dikerusi usang yang terletak tidak jauh darinya. Woojin berhenti bermain gitar milik Minho lalu bangun dan menghampiri Jisung.

Jisung terkejut dengan kehadiran Woojin disebelahnya. Dia bingkas mengungkirkan senyuman.

" Gwenchana? " soal Woojin.

Jisung mengangguk lalu tersenyum. Sebenarnya ada sesuatu yang ingin dia tanyakan. " Hyung.. "

Woojin mengangguk.

" tadi aku betul betul nampak lift tu terbakar dan ada orang meminta tolong " ucap Jisung.

Woojin tak tahu mahu membalas apa dengan pertanyaan Jisung kerana dia tidak nampak itu semua.

Jisung berdecik kesal. " kau mesti pikir aku berhalusinasi " ucap Jisung.

Tak mahu lebih menganggu kekusutan hati Jisung saat itu. Woojin terus memeluk Jisung erat. " aishhi.. jangan cepat marah! nanti cepat tua " ucap Woojin lalu tiba tiba Felix melompat kearah kerusi tersebut menyebabkan mereka terhempap dengan badan Felix.

" Ya!! " marah Jisung dan Woojin.

Muncul Jeongin dengan wajah kesal. " Felix menconteng muka aku tadi!! " dan kali ini mereka mendapat serangan dari Jeongin pula. Dorongan yang kuat dari badan Jeongin membuat kerusi yang mereka bertiga duduki terbalik kebelakang.

5 orang yang lain mentertawakan moment tersebut. Jisung yang tadi hilang mood ikut ketawa. Inilah yang di anggap sebagai moment berharga baginya. Hanya rakan rakannya yang dapat buat dirinya sentiasa ketawa setiap masa. Selain itu dia juga dapat lupakam kisah pahit yang masih menghantui dirinya


.
.
.

😊 ⬇Tekan vote ( Star ) untuk bantu saya menaikkan ranking ff ini manalah tahu dengan bantuan anda. Saya dapat terus berkarya sebagai penulis pada masa hadapan. 😉 Thank You Readers...

Hellevator ©Where stories live. Discover now