4

485 71 0
                                    

Woojin menemani Jisung untuk pulang kerumah. Waktu sudah menunjukkan pukul 7:00 PM. Hari pun memang sudah gelap. Woojin tertanya tanya apakah ayah Jisung tidak marahkah anaknya pulang waktu sebegini.

" ayah kau tak marah? " soal Woojin.

Jisung mengeleng lalu mengerling kearah jam ditelefonnya. " waktu macam ni ayah aku keluar dengan kawan dia " balas Jisung singkat.

Woojin terdiam sebentar. Dia memandang wajah Jisung dari arah tepi. Woojin tahu Jisung sedang menyembunyikan rasa sakitnya dihat.

Jisung yang sedar dirinya sedang diperhatikan " wae Hyung tengok aku? " soal Jisung tanpa memandang Woojin.

Woojin mengeleng pantas lalu tersenyum. Sebenarnya dia simpati diatas nasib yang menimpa Jisung. Mungkin dia tak dapat memahami apa yang Jisung alami tapi dia sedar sesuatu selepas berita kematian Idol Popular Jonghyun SHINee yang mati akibat bunuh diri. Bahawa kemurungan adalah  hal yang tidak baik untuk kesihatan mental seseorang. Dalam dia membaca rata rata komen netizen ada diantara mereka mengata bahawa sakit mental ini untuk orang gila. Dia tidak bersetuju dengan tuduhan netizen terhadap pesakit mental. Banyak lagi yang mereka kaitkan tapi Woojin tak mahu ambil tahu. Dia yang baca, dia pula yang sakit hati.

Cukuplah netizen membahaskan hal ini. Bagi mereka yang tak memahami mungkin hal ini akan dijadikan jenaka bagi mereka tapi bagi yang mereka yang faham atau pernah lalui, mungkin ini adalah satu perang yang harus dia alami.

Keluhan Woojin bertaburan. Masing masing senyap tidak bersuara. Perjalanan ke rumah Jisung pula seakan jauh. Disaat mereka melalui satu selekoh, mata Woojin tertumpu kepada poster yang melekat di tembok iklan. ' JYP New Idol Audition ' ucap Woojin kagum.

Jisung pula hanya diam.

" weh JYP buat audition lagi?! kau taknak join ke " soal Woojin kegembiraan.

Jisung menoleh ke Woojin lalu tersenyum pahit. " aku mana boleh.. kan Appa aku tak kasi " balas Jisung.

Kata kata Jisung membuatkan Woojin sedar. Dia menatap Jisung yang kelihatan sedih. Mesti namja itu teringat kejadian lepas.

Jisung membaringkan tubuhnya diatas katil lalu memandang kipas siling yang berputar putar. Dia kembali teringatkan auditiompn JYP yang Woojin sebutkan tadi. Jisung mengeluh, dia betul betul nak join tapi entahlah dia takut kejadian lama berulang lagi.

Jisung segera bangun dari katil lalu menuju ke meja belajarnya. Jisung menjatuhkan punggungnya diatas kerusi. Dia membaca semula lirik lirik lagu yang dia tulis semalam. Hampir siap! perlu beberapa ayat menyedap bagi lagu ini tapi Jisung tak tahu. Jisung mengetuk getuk pelan kepalanya mengunakan pen. Apa yang patut dia tambah? tajuk lagu ini pun masih tidak ada lagi.. dia mahu kan tajuk yang menarik.

Dalam dia berfikir, dia teringatkan kejadian petang tadi. Kejadian dimana dia melihat sebuah lift usang yang terbakar. Dan dia tertanya tanya, suara apa yang Jisung dengar dalam lift tersebut meminta tolong?. Mesti ada kisah disebalik bangunan kosong itu.. pikir Jisung.

Dia segera mengapai laptop miliknya lalu menekan butang hidup. Beberapa saat kemudian skrin tersebut menyala. Jisung membuka laman pencarian dan dia menaip mengenai bangunan tersebut. Hampir setengah jam dia membaca fakta fakta bangunan tersebut sehinggakan dia menemui satu fakta yang dia rasa betul betul ada kaitan dengan apa yang dia lihat tadi.

" HELLEVATOR " kata Jisung membaca tajuk kepada fakta lift tersebut.

" Pada 4 March lepas, Shopping Mall **** digemparkan dengan gangguan demi gangguan yang berasal dari lift yang dikhabarkan beberapa bulan sebelumnya ada kejadian bunuh diri disitu. Seorang namja telah membakarkan dirinya di lift tersebut akibat tidak tahan dengan tekanan hidup. Namja itu juga adalah salah satu anak boss kepada shopping mall tersebut.

Selepas kejadian itu berlaku, lift tersebut sudah pun dibaik pulih sempenuhnya. Tapi satu demi satu kejadian terjadi pada orang yang menaikki lift tersebut. Ada diantara mereka mendakwa pernah melihat seorang namja yang badannya penuh dengan api berdiri disebelah mereka, ada juga yang nampak lift tersebut terbakar dan seorang namja meminta tolong untuk dilepaskan dari lift tersebut.... "

Jisung berhenti membaca. " Eh .. inikam apa yang aku lalui tadi " soal Jisung bersendirian. Dia kembali meneruskan bacaan.

" ada juga yang mendakwa roh namja yang mati akibat bunuh diri didalam lift tersebut tidak tenang dan bergentayangan meminta keadilan terhadap hidupnya.
Lift tersebut digelarkan sebagai ' HELLEVATOR ' yang bermaksud lift neraka untuk roh  namja bunuh diri itu dengan cara membakar dirinya didalam lift tersebut. "


.
.
.

😊 ⬇Tekan vote ( Star ) untuk bantu saya menaikkan ranking ff ini manalah tahu dengan bantuan anda. Saya dapat terus berkarya sebagai penulis pada masa hadapan. 😉 Thank You Readers...

Hellevator ©Where stories live. Discover now