12

556 55 2
                                    

Tutt tutt... Bunyi telefon Jisung berdering.

Jisung tersedar dari tidurnya. Dia mengeliat kecil sebelum bangun duduk disisi katil. Matanya memandang kerosakan serta kekotoran yang di buat semalam dan gunting... " huh.. " Jisung mengeluh. Dia masih belum bersedia untuk mati.

Jisung bangun menghampiri telefon bimbitnya. Matanya diusap beberapa kali. Sebelum memerhati empunya nama yang menelefonnya. " Bangchan " Jisung segera mengangkat panggilan telefon tersebut. " yeobuseyo "

" Jisung! Kau nak gi ke tak ni! Kami dah tunggu kat sini... Lagi 1 jam pendaftaran audition ni nak tamat "

Jisung baru teringat hari ini adalah hari dia menyertai audition JYP. Matanya beralih memandang jam dinding. " ohmygod... Sorry aku lupa.  " Jisung segera bergegas mengambil jaketnya. Pintu biliknya dipulas.

Jisung terkejut apabila pintu biliknya tak dapat dibuka. " Appa!!! " Jisung yakin ayahnya yang menguncinya.

Dari dalam talian Chan dah dapat menganggap sesuatu yang tak kena berlaku pada Jisung. " Jisung wae?? "

" Hyung!! Tolong aku !! Ayah aku mengunci pintu bilik ni kerana tak mahu aku ikut audition tu!! " ucap Jisung meminta tolong. Dia benar benar ingin pergi saat ini

Chan berdecih kecil dengan wajah kesal. Dia memandang jam tangannya. " masih ada 1 jam...Jeongin, Minho ikut aku! " arah Chan.

" wae Hyung? " soal mereka berdoa.

" Jisung dikurung ayahnya. Kita harus cepat. Felix, Woojin, Changbin, Hyunjin dan Seungmin kau tunggu sini.. Jangan bagi orang tu tutup kaunter... " arah Chan lagi.

Mereka bereempat mengangguk pelan.

" Hyung! " Panggil Hyunjin.

Chan menoleh.

" ini kunci rumah Jisung " Hyunjin mencampakkan kunci tersebut ke Chan.

Chan menyambut dengan kehairanan.

" Jisung memberikan pada aku semalam " balas Hyunjin tanpa perlu disoal.

Chan mengangguk lalu berlari menuju ke kereta miliknya.

" Jisung! " panggil Chan dari arah luar pintu bilik Jisung. Berkat kunci yang diberi Jisung semalam dia dapat memasuki rumah ini tanpa bersusah payah.

" Hyung, pintu bilik ini terkunci. Kau cari di almari solek bilik ayah aku. Dia ada simpan disitu " teriak Jisung

Chan bergegas berlari menuju bilik ayah Jisung. Dia memunggah isi almari solek tersebut dan berjaya menemui kunci tersebut.

" ketepi ketepi " Arah Chan pada Minho dan Jeongin yang saat itu cuba membuka pintu bilik tersebut.

Hellevator ©On viuen les histories. Descobreix ara