8

559 57 3
                                    

Trigger warning...

Kaki Jisung melangkah longlai kearah meja soleknya, pikirannya kosong. Dia memandang wajahnya. Tangannya menyentuh permukaan cermin tersebut. Dia memyentuh wajahnya disitu.

" kenapa kau terlihat okay? " soal Jisung keseorangan dengan linangan airmata.

Dia terus menatap cermin tersebut. " kenapa kau tak terlihat seperti sedih? " soal Jisung. " adakah kerana kau hanya sebuah cermin yang mengambarkan aku. Jadi sebab itulah mereka tidak faham... Sebab apa yang dia lihat dari aku hanyalah gambaran diri aku bukannya perasaan serta hari hari yang aku lalui. " Jisung tersengih. Dia menjatuhkan tubuhnya diatas kerusi dihadapan cermin tersebut.

Pandangannya beralih ke lantai. " jadi apa fungsi aku disini? Hanya permainan dari tuhan? " soal Jisung lagi mulai menyoal benda benda yang tak patut difikirnya.

Jisung sedar akan itu. " salah ke aku menyoal tuhan? " soal Jisung sambil memandang keatas siling kipas yang bergerak.

Jisung sedar akan sesuatu disitu. Bunyi kipas berpusing ligat dipikirannya. Kosong.. Sangat kosong... Seakan tak ada jawapan atas pertanyaannya. Segera dibuangnya pikiran kotor tersebut dari pemikirannya saat kusut macam ini macam macam dia boleh pikirkan.

Tapi rasa sakit itu masih bersemi, kusut dibuatnya. Dia tak tahu cara meluahkan perasaan tersebut kerana ia bukannya perasaan sedih yang biasa tapi ia perasaan sedih yang berlarutan sehingga meninggalkan luka, dendam dan trauma terhadap hidupnya

Mengingat kembali kenangan yang lama membuatkan Jisung semakin tak keruan. Rasa sakit bercampur baur. Kenangan, dendam, serba salah semua bercampur menjadi satu. Pikiran Jisung juga seakan ingin pecah. Rasa masa itu diluapkan dengan cara dia menumbuk cermin meja soleknya.

Prang!

Bukan sekali tapi berkali kali sehingga dirinya terasa puas. Puas melakukan hal itu. Baginya hanya dengan cara itu rasa sakit hatinya dapat dikeluarkan. Aliran darah itulah bukti atas sakit yang dia simpan selama ini.

Penumbuknya berdenyut denyut. Ada serpihan kaca yang terselit pada daging tangan Jisung. Tapi Jisung terlihat seakan okay.. Dia malah makin bertindak aggresive dengan menghentuk hentuk kepalanya di dinding beberapakali.

Semua ini berlaku apabila perasaan marah menguasai dirinya. Dia bukan sengaja mencederakan dirinya tapi niat sebenarnya adalah ingin MATI. Yeah.. Mati adalah pilihan terbaik untuknya.

Hentukan terakhir kepala Jisung ke dinding berjaya melelapkan mata Jisung.

Selepas membalut luka dikepala Felix. Semua orang berkumpul. Masing masing masih terkejut dengan sikap Jisung. Mereka tak sangka masalah depression yang Jisung alami sehingga mulai mencederakan orang serta dirinya. Nampaknya Jisung benar benar tertekan dengan kisah lalunya serta impiannya yabg tak tercapai.

Hellevator ©Where stories live. Discover now