5

464 68 0
                                    

Semasa waktu rehat sekolah habis, Jisung segera mencari Woojin. Dia ingin memberitahu fakta yang dia dapat mengenai lift yang ada dibangunan kosong tempat mereka selalu lepak.

Woojin saat ini ada bersama dengan Felix. Jisung duduk disebelah Woojin tanpa menyapa. Woojin menoleh kearah Jisung. Dahinya berkerut, kebiasaanya namja ini akan lepak di library membaca buku tapi kali ni Jisung mencarinya.

" aku dapat info tentang lift tu " ucap Jisung.

Jisung masih tak habis habis lagi dengan lift tersebut.

Jisung menghiraukan tatapan kesal Woojin. Dia terus mengeluarkan telefon nya lalu menaip sesuatu. " Eh... " Reaksi wajah Jisung berubah. Laman web yang dilayarinya semalam tiada dalam carian. Mungkin dia tersalah taip.. jadi Jisung menekan butang padam dan menaip lagi sekali tapi hasilnya tetap takde. Wajah Jisung jadi tidak keruan.. dia yakin laman web yang dia lihat semalam ada. Jisung melakukan hal yang sama berulangkali sehingga membuatkan Woojin dan Felix saling berpandangan.

" Jisung apa yang kau nak tunjukkan sebenarnya? " soal Felix.

" kejap. Semalam laman web tu ada .. " ucap Jisung masih terus mencari.

Felix memandang Woojin. Dari tatapan Felix dapat Woojin fahami bahawa Felix menanyakan apa yang terjadi pada Jisung.

" Sudahlah aku percaya dengan apa kau nampak tu " Woojin terpaksa berbohong demi memuaskan hati Jisung. Sekurang kurangnya namja itu tidak terus mencari cari benda yang entah ada ke tak.

" kejap..benda tu ada.. " balas Jisung tak mahu kalah matanya terus menatap layar skrin.

" STOP!! " Woojin merampas telefon Jisung. " Sudahlah sampai bila nak macam ni? cakap benda tak wujud! " marah Woojin. Dia sendiri sudah hilang sabar dengan Jisung. Jisung dah nampak macam orang tak betul pula bila berulang ulang kali mencari benda yang langsung tak ada. Felix disebelahnya ikut terkejut jarang Woojin memarahi Jisung kerana mereka memang dikategorikan paling rapat dalam sekumpulan sahabatnya.

Jisung masih dalam posisi yang sama. Dia langsung tak mengubah kedudukan tubuhnya yang tadi. Perlahan lahan kepala tertunduk menatap tanah. " Semalam laman web tu ada! aku yakin ada " bisik hati Jisung masih tak mahu mengalah kerana dia yakin apa yang dia baca semalam semuanya benar dan kewujudan web tu pun benar.

Woojin tahu dia sudah keterlaluan tapi siapa yang tak marah bila korang tahu yang kawan korang ni ada masalah mental dan bila korang ajak bertemu pakar dia tak mahu dan sekarang dia nampak dah makin teruk. Woojin menghembus nafas bertaburan. Dia cuba menyusun ayat bagi memujuk Jisung. Orang macam ini akan mudah terasa jadi kita perlu berlembut supaya mereka boleh okay dengan kita.

" Ikut aku Jisung.. " pujuk Woojin dengan nada yang sangat mengharapkan Jisung bersetuju. Dia memengang tangan namja itu pelan.

Jisung tersentap. Dia tahu Jisung mesti fikir dia sedang berhalusinasi lagi. Kenapa semua orang fikirkan dia macam tu. Dia tidak berhalusinasi.. apa yang dia nampak dan alami adalah realiti. " aku tak tipu Hyung. Kenapa kau tak percaya aku? aku nampak semuanya real depan mata aku " balas Jisung.

Woojin mengeluh. " Aku faham kau nampak Jisung tapi sekarang ni kami semua nampak kau dah makin tak terurus. Aku ajak kau pergi jumpa pakar untuk lihat kau sembuh Jisung sampai bila nak macam ni? terkurung dalam lembah yang kau ciptakan " balas Woojin. Dia kali ini mahu berterus terang dengan Jisung. Dia tak mahu namja itu terus hanyut dalam depressinya. Macam macam hal yang boleh berlaku kalau Jisung masih tak disembuhkan. " aku nak kau yang kuat. Aku nak tolong kau Jisung.. "

Jisung diam sejenak. Dia cuba memahami kata kata Woojin tapi entahlah dia tak dapat menerima ucapan Woojin, Namja itu seakan mengatakan dia sudah mulai jadi gila. " Habis kau pikir aku berhalusinasi? or aku ni dah gila? " ucap Jisung sedikit agressif.

Felix dan Woojin saat itu, ikut takut dengan aura yang dikeluarkan Jisung. Wajah Jisung betul betul menunjukkan reaksi marah yang menakutkan mereka. " Chill bro.. Woojin Hyung hanya nasihat kot.. tak perlulah sentitif sangat " ucap Felix cuba menenangkan keadaan yang tegang.

Jisung mengengam tangannya kuat. Dia cuba kontrol marahnya. Dia tak mahu mencederakan dirinya atau sesiapa. Muka Jisung mulai berpeluh. Tanpa memperdulikan Woojin dan Felix. Jisung terus bangun dan berganjak pergi. Dia tak mahu marah dihadapan sahabatnya, dia mungkin akan mencederakan mereka nanti.

Jisung melangkah masuk ketandas lelaki. Nasib Jisung baik kerana tiada siapa yang ada saat ini. Nafasnya termengah mengah nampaknya dia mengalami panic attack. Dia duduk bersandar dilantai sambil cuba bertenang. Bunyi nafasnya tak keruan.. susah untuk dia control bila panic attack menyerangnya.

" argghh!! " Dia melempaskan satu tumbukan ke lantai. " argh! " satu lagi tumbukan. Dia melakulan berulang ulang kali sehinggakah dia sudah berasa tenang.

Bunyi nafas masih kedengaran. Jisung menatap tangannya yang sudah dipenuhi darah. Titis demi titis darah jatuh ke lantai. Sebutir airmata jatuh. Jisung mulai terfikirkan kata kata Woojin tadi. Mungkin benar saat ini dia mengalami masalah mental..

Dari satu butir airmata jadi banyak. Jisung menangis saat itu juga. Dia tak peduli kalau ada orang lain masuk dan melihatnya dengan tangan yang berdarah saat itu. Dia tak peduli.. sakit tangan ini tak sama sakit yang dia rasai.


.
.
.

😊 ⬇Tekan vote ( Star ) untuk bantu saya menaikkan ranking ff ini manalah tahu dengan bantuan anda. Saya dapat terus berkarya sebagai penulis pada masa hadapan. 😉 Thank You Readers...

Hellevator ©Where stories live. Discover now