11

481 50 2
                                    

Sesampainya dirumah. Jisung memulas tombol pintu lalu memasuki rumahnya. Kasutnya ditanggalkan lalu diletakkan ditepi. Kakinya melangkah masuk.

Bunyi TV menyambut kepulangan Jisung. Hairan.. Siapa pula menonton television mungkin ayahnya, Pikir Jisung.

Sesampainya diruangtamu memang benar ayahnya yang menonton television. Dia meneruskan jalan..

" baru balik dari mana kau? " soal ayahnya yang buat Jisung menghentikan langkah.

" aku baru habis lepak dengan Hyunjin " balas Jisung dengan nada suara terketar ketar. Entah kenapa perasaan takut tu kembali setelah sekian lama dia mampu tangani.

Ayahnya bangun lalu menghampiri Jisung. " kau tahu apa salah kau dengan aku kali ni? " soal Hongbin dengan nada menakutkan.

Jisung mengeliling. Matanya dilarikan kearah lain dari terus menatap ayahnya.

Hongbin memegang bahu Jisung. Lalu mendekatkan wajahnya pada wajah Jisung.

Perbuatan ayahnya saat ini benar benar menakutkannya. " Appa kenapa ni? " soal Jisung terketar ketar.

" kau tanya aku kenapa?! " ayahnya mulai meninggikan suara. Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya lalu dicampakkan ke Jisung.  Kertas tersebut jatuh ke lantai dan menampakkan isinya.

Airmata Jisung mengalir. Dia sudah agak hal ini mesti akan terjadi. Jisung memberanikan diri menatap mata ayahnya yang sudah berang.

" beri aku peluang Appa " ucap Jisung.

" Peluang apa!! Susah sangat ke nak faham cakap aku! Kalau aku taknak kau jadi penyanyi!!! " Tengking ayahnya.

Degup jantungnya berdegup laju. Nampaknya panic attacknya kembali. " akk... Aku nak jadi penyanyi Appa " Balas Jisung. Kali ini dia tetap dengan pendiriannya, dia tak mahu mendengar kata ayahnya lagi.

Hongbin mengacak rambutnya kusut. " kau ni apa susah sangat nak faham aku! Aku taknak kau jadi penyanyi! " ayahnya mulai bertindak kasar dengan menarik rambut Jisung.

Jisung meringis sakit.

" benda tu buang masa! Boleh hancurkan masa depan kau!! Faham tak!! " ucap Hongbin.

Tahap kesabaran Jisung menghilang. Dengan panic attack yang menyerang Jisung tak mampu mengawal perasaan bercelarunya saat ini. Dia menolak tangan ayahnya kasar. " Berhenti!! "

Tangan Hongbin terlepas dari rambut Jisung.

" aku dah penat layan kerenah kau! Aku dah penat ikut perintah kau!!! Dari aku kecil sehingga besar kau tak habis habis malukan aku depan orang ramai! Kau tak habis habis halang minat aku! Kau tak habis habis pukul aku!!! Kau lupa aku ni anak kau! Sepatutnya aku diberi kasih sayang, diberi kepercayaan! Apa yang kau buat selama ni pada aku buat aku jadi gila!!! Kau tahu tak !! " Tengking Jisung yang mulai hilang akal waras. Kemarahan menguasai diri.

Hongbin juga terkejut dengan kelakuan Jisung. Anaknya seakan akan orang kena rasuk saat ini. " aku taknak kau jadi penyanyi! Kau faham tak!! Kau dengan Omma kau sama! Keras kepala!! " balas Hongbin cuba menangkap Jisung tapi ditolak secara kasar sehingga Hongbin jatuh terjelepuk ke lantai.

Mata Jisung bulat memandang Hongbin dilantai. " INI HIDUP AKU! BERHENTI ATUR HIDUP AKU! AKU SERABUT DENGAN KAU!!! KAU LAH PENYEBAB AKU MURUNG! AKU TAKUTKAN BERSOSIAL! KAULAH PENYEBABNYA!!! KAU APPA TAK GUNA " Jisung baru ingin mencampak kerusi kayu yang dia ambil disebelahnya tapi tangannya terhenti. Akal sihatnya kembali.

Hongbin cuba mengelak tapi apabila melihat Jisung sudah meletakkan kerusi tersebut ketepi. Dia menurunkan tangannya.

Jisung berlalu pergi memasuki biliknya. Dia yakin sekarang penyakit lamanya kembali. Dia perlukan ubat untuk menenangkannya.


...Trigger Warning...


Panggg!

Pintu biliknya dihempas kuat. Beg sandangnya dicampak ke dinding. Almari belajarnya digeledah keluar. Ubat penenangnya ada disitu. Dia membuka penutup botol ubat tersebut lalu ambil sebutir ubat dan telan. Dia mencampakkan botol ubat tersebut diranjang katil.

Dia berjalan kehulur kehilir untuk merasa tenang. Tapi nampaknya pikirannya makin serabut. Jisung mulai mengambil barang lalu dicampak campak dan menjerit marah. Emosi marahnya terlalu kuat menguasai dirinya saat ini.

Hongbin yang diluar bilik mendengar apa yang diucapkan anaknya. Tapi entahlah dia masih tak fahami apa yang Jisung maksudkan dengan murung dan social phobia.

Jisung kelelahan. Dia menghempaskan punggungnya dibucu katil. Dadanya kembang kempis menahan emosinya. Airmata masih mengalir jatuh.

Jisung mulai memukul mukul dirinya. Rasa kemarahan itu buat dirinya ingin mencederakan dirinya.

Satu gunting jatuh dari meja belajar Jisung.

Matanya menatap gunting tersebut.

" kenapa susah sangat nak bagi orang faham? Kenapa susah sangat untuk aku bebas dari mimpi buruk ni.. Kenapa semua manusia kejam? Kenapa mereka menghukum manusia lain.. " setitis airmata Jisung jatuh. " aku ingin bebas... Aku tak mahu rasa sakit lagi... Rasa sakit yang mengoyak jiwa.... " Jisung bangun lalu menuju kearah gunting tersebut.

" orang cakap pilihlah apa yang buat aku bahagia... " Bahagian tajam gunting tersebut diletakkan di nadinya. " aku pilih ini... "


To Be Continue....

Hellevator ©Where stories live. Discover now