10

536 53 3
                                    

Sebulan berlalu, Jisung sudah menjalani rawatan dengan pakar psiaktri. Walapun tidak diagnosis sembuh sepenuhnya tapi Jisung sudah perlahan lahan mendapatkan keyakinannya yang hilang dulu.

Jisung gembira mendapat rakan rakan yang sentiasa menyokong dirinya untuk segera sembuh. Mereka jugalah yang menjadi tulang belakang Jisung untuk sentiasa kuat.

" Jisung " Panggil Chan.

Jisung yang saat itu sedang berbual dengan Changbin menoleh ke Chan.

" waeyo Hyung? " soal Jisung. Masih tak mahu berganjak ke Chan.

" sinilah! Aku nak tunjukkan sesuatu pada kau, sinilah! " balas Chan. Lalu meletakkan laptopnya diatas lantai yang berlapitkan tikar. Chan duduk bersila diatas tikar tersebut.

Jisung berganjak pergi ke Chan lalu ikut duduk disebelah Chan." aku ada sesuatu yang nak tunjukkan pada kau " . Chan menghidupkan layar laptopnya.

" tunjuk apa Hyung? " Jisung mengaru leher tidak gatal. Dia sendiri tak faham dengan apa yang ingin Chan tunjukkan.

Setelah layar laptop Chan menyala. Chan mengarahkan anak panah mouse ditelapak tangannya ke satu file mp3 yang sudah tersedia di layar laptop miliknya. " Kawan kawan sini!! " panggil Chan.

Woojin, Felix, Jeongin, Seungmin, Minho, Hyunjin dan Changbin berdiri dibelakang Jisung dan Chan. Mereka turut memerhatikan layar skrin tersebut.

Dengan sekali klik. Fail mp3 yang di-klik Chan mengumandangkan irama instrusmental yang diciptanya.

" wahh " mereka disitu mengucap kagum. Jisung ikut terkesima saat itu.

" untuk apa ni Hyung? " soal Hyunjin.

Chan mengeluarkan lipatan kertas dari kocek bajunya. " aku dah composerkan lagu ni. Aku gabungkan lirik Jisung dengan instrusmental yang aku cipta menjadi lagu " balas Chan.

Jisung mengambil kertas tersebut lalu membacanya.

" maaf, aku menyalin lirik lagu kau senyap senyap dan aku sudah mengubah sedikig lirik lagu kau. Aku buat ni .. "

" takpa.. " ucap Jisung menghentikan kata kata Chan. " ini hanya sebuah lirik. Tiada apa yang penting dengah lirik ini " balas Jisung.

Kata kata Jisung membuatkan Chan terasa. Bukan terasa kerana Jisung memperlinya tapi terasa kerana Jisung tak menghargai bakat yang dia miliki.

" kenapa kau cakap macam tu? Sepatutnya kau kena hargai bakat yang kau ada ni. Kau boleh menari, menyanyi, rap, dance dan komposer lagu. Kami yang kat sini pun tak sehebat kau" balas Chan.

" aku hebat? Haha " Jisung ketawa mengejek. " apa yang boleh aku buat dengam benda tu semua? " soal Jisung

Chan diam sejenak menatap Jisung. " kau boleh buat. Bahkan lebih dari ini " kata Chan. " JYP buat pencarian baru untuk next boygroub. Kami semua akan menyertai audition tu dan kami juga mendaftarkan nama kau. Kau kena ikut kami! Kita bawa lagu ni masa audition tu mana tahu kesemua disini terpilih " balas Chan.

" kau daftar nama aku? " ucap Jisung tergagap. " tap.. Tapi ayah akukan.. "

" dengar cakap aku Jisung.. " Chan memotong ucapan Jisung. " kita pergi dulu audition.. Kita buktikan pada ibubapa kita.. Kita boleh buat.. Kau kena kuat! Kau kena lawan rasa takut kau tu Jisung. Kau punya bakat yang luar biasa takkan sampai bila bila kau nak jadi macam ni " ucap Chan.

Jisung mencerna setiap kata kata Chan. Ada betulnya sampai bila dia nak jadi macam ni. Kalau tak jadi penyanyi apalagi yang dia nak buat. Hanya menyanyilah yang dia minat sekarang.

" okay.. " balas Jisung dan disambut dengan sorakan dari gembira dari rakan rakannya.


Selama 3 minggu Jisung dan 8 rakannya berlatih menyanyi dan menarikan lagu ciptaan mereka ' Hellevator ' akhirnya persediaan untuk mereka mengikuti audition JYP telah siap.

Dalam hati Jisung masih ada rasa takut tentang penerimaannya atas keputusannya ini tapi berkat sokongan rakan rakannya Jisung dapat sedikit menghilangkan rasa takutnya. Semangat dia untuk mengikutk audition tersebut semakin berkobar kobar. Dia mahu lakukan yang terbaik saat itu, dia nak buktikan pada ayahnya.

Jisung memandang cermin biliknya. Pensel ditangannya digengam serta diajukan di hadapan mulutnya. Mulut Jisung mulai bersenandungkan lagu ciptaannya ' Hellevator '

Kebetulan ayahnya yang baru mahu mengetuk pintu bilik Jisung terbeku. Dia mendengar alunan alunan suara Jisung menyanyi. Dipikirannya mengatakan, anaknya mempunyai suara yang bagus. Pantas kepalanya digeleng cepat... Seharusnya pemikiran seperti itu tak harus dia pikirkan.

Tokk tok...

Bunyi ketukan dipintu menghentikan nyanyian Jisung. Dia segera membuka pintu biliknya.

Ayahnya berdiri menatapnya dan seperti biasa dia akan mengalihkan pandangan matanya.

" kau lapar? " soal ayahnya.

Jisung teringkat akan kata doktor pakar padanya. Dia harus memberanikan diri melawan rasa takut pada ayahnya jika dia mahu berubah. Kalau tak dia yang mulai, siapa lagi.

Mata Jisung beralih menatap mata ayahnya. " ak.. Aku lapar " balas Jisung tergagap gagap.

" keluar makan jom...Appa lapar " sambung ayahnya.

Jisung terkejut. Sejak dari ibunya meninggal, ayahnya tak pernah mengajak dia keluar makan tapi hari ini ayahnya lain.

" ok.. Okay...saya tukar baju dulu " balas Jisung.


Beberapa minggu kemudian,

Hongbin sedang menyusun angka angka giliran peserta untuk audition JYP yang akan berlangsung esok. Senarai angka giliran peserta harus dimasukkan didalam komputer.

Dalam leka dia menaip tiba tiba rakan disebelahnya menegur. " Han Jisung, ini anak kamu kan? " soal Hwitaek sambil menunjukkan borang tersebut pada Hongbin.

Wajah Hongbin berubah terkejut. Dia tak menyangka anaknya ikut serta dalam audition ini. " bagi pada aku " Hongbin merampas borang tersebut. Dia membaca butiran butiran dalam audition tersebut. Memang benar, borang ini milik anaknya. Gambar serta biodata Jisung sama.

Hongbin mulai naik berang. " mana borang penyertaan audition ni? " soal Hongbin

Rakannya mulai takut dengan perubahan mood Hongbin yang berubah mendadak. " kan Park Jinyoung pegang " balas Hwitaek.

Hongbin segera bangun dan keluar dari bilik tersebut.


Di kaunter pengurus Park Jinyoung.

" Mana Jinyoung Hyung? " soal Hongbin.

Pengurusannya yang saat itu baru habis menjawap panggilan meletakkan gengaman telefon. " wae? " soal gadis yang bernama Solar

" mana Jinyoung aku nak jumpa dia ada sesuatu yang aku nak bincang " kata Hongbin sedikit meninggikan suara.

Solar ketakutan. Seluruh isi pejabat memandang mereka. " dia takde.. Hari ni dia tak ke pejabat " balas Solar.

Hongbin membuka topinya. " argghh.. " lalu dicampakkan kedinding.


" emmm.. Hyunjin " panggil Jisung sebelum Hyunjin melangkah pergi. Saat ini hanya Hyunjin dan Jisung masih di bangunan kosong tersebut.

" nde.. " Hyunjin menoleh ke Jisung. Sebetulnya dia sudah penat kerana berlatih rap bersama Jisung dari tadi.

Jisung mengeluarkan kunci pendua rumahnya. " ini aku nak kau pegang " balas Jisung. Entah kenapa hatinya rasa kurang senang hari ini.

Hyunjin yang menerima kunci tersebut hairan. Dah kenapa Jisung memberikan dia kunci. " wae? " soal Hyunjin hairan.

"Takpa kau pegang dulu. Esok kita jumpa k" balas Jisung lalu berlalu pergi.

To Be Continue....

Hellevator ©Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon