4: The Secret

120 15 7
                                    

Entah apa nasibnya, terpaksa melakukan tugasan kuliah secara berkumpulan. Lebih teruknya terpaksa berkumpulan dengan kumpulan Yang bising dan banyak mulut. Oh tuhan, Chanyeol ingin menyumbat mulut 3 orang lelaki dihadapanya kini dengan stokin busuk dirumahnya.

"Hei Chan! Kita buat dekat rumah kau eh... Kau duduk sendirian" cadang ketua kumpulan mereka. Kim Jong Dae atau lebih dikenali sebagai Chen.

"Sokong! Well rumah Hun ada baby... Sofia baru sahaja lahir, kalau pergi Sana semestinya kita kena bunuh dengan Kris ge" ujar sehun pula.

Mahu atau tidak, Chanyeol terpaksa bersetuju. Sekarang inilah mereka berada di dalam kereta Mercedes Benz G65 milik ChanYeol. Bernyanyi dan pelbagai lagi. Ingin sahaja ChanYeol menghentakan kepalanya pada stereng kereta.

..

..

..

"Yak! Park! Tanggalkan cermin mata tu boleh tak? Tak akan sampai dalam rumah pun nak pakai cermin mata?!" Mereka berada di dalam ruangan belajar Chanyeol setelah puas meneroka setiap sudut ruangan di rumah ChanYeol.

ChanYeol hanya diam, jarinya menari-nari lincah di atas papan kekunci laptopnya.

"Biarlah dia Chen hyeong... Well... I think, he's hot"

Aktiviti Chanyeol terhenti, wajahnya bersemu merah. Begitu juga dengan lelaki yang baru sahaja berkata tadi. Chen dan Xiumin sudah tertawa kencang melihat Chanyeol dan juga SeHun. Lain halnya dengan pasangan ChanHun ini. Jantung mereka berdegup laju seperti baru habis berlari marathon. Sehun menepuk perlahan bibirnya yang lancang sebentar tadi.

"Akhh... Akhh... Shit..."

Chen, Xiumin dan Sehun terkejut melihat Chanyeol yang tiba-tiba sahaja seperti cacing kepanasan, sedangkan sebentar tadi mereka sibuk mentertawakan dirinya. ChanYeol pantas bangun dan menuju ke arah meja utama, mencari sesuatu, sementara Chen, Xiumin dan Sehun melihatnya sedikit takut.

"LEE!!!"

Jeritan Chanyeol bergegar. Pintu ruangan itu terbuka dan muncul seorang lelaki Yang lebih tua masuk dengan keadaan yang risau.

"Find it! I need it now!!" Arah Chanyeol. Pantas lelaki tua itu mencari sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti. Cermin mata hitam yang selama ini dipakai, terus dicampak hingga pecah. Chen, Xiumin dan Sehun sudah berpelukan sesama sendiri, takut. Mata mereka terus memerhatikn ChanYeol yang sedang memegang matanya.

"Ini dia Tuan muda..." Lelaki tua itu menghulurkan satu botol kecil ke arah Chanyeol. Pantas botol itu disambar, dibuka penutupnya sebelum dititiskan pada matanya sedikit kesusahan. Sementara yang lain takut untuk mendekati ChanYeol, Sehun dengan beraninya mengambil botol itu dan menitiskan cecair itu pada mata Chanyeol yang keseluruhannya berwarna merah.

ChanYeol mengerjap matanya beberapa kali, tanpa disedari dia sebenarnya kini sedang berdiri berhadapan SeHun, Chen dan juga Xiumin walaupun jarak mereka hanyalah sekitar 10 meter. Pandangan Chanyeol pada mulanya kabur bertukar sedia kala, tapi kini rakan kumpulannya melihatnya dengan pelik.

"M-mata kau... Ungu" Xiumin tergagap, pantas Chanyeol meraba matanya dan ya, dia tidak memakai cermin matanya.

"Yeah... Kau dah nampak rahsia terbesar aku, just laugh like you want and get the hell out of here" Chanyeol berpusing, ingin pergi sebelum di tahan oleh Chen, Xiumin dan Sehun.

That eYes [COMPLETE] Where stories live. Discover now