18 : should I?

58 9 3
                                    

.

.

.

Kaki jenjang Chanyeol berlari laju, persetankan berapa ramai jururawat, ataupun doktor yang dia langgar, destinasi dia hanya pada bilik VVIP di hospital ini. Namun langkahnya terhenti, bahkan para pengawal yang mengiring dirinya dari airport ke hospital juga sudah berdiri di belakangnya dengan nafas termengah-mengah. Mana tidaknya, sebaik sahaja turun dari kereta, ChanYeol terus berlari.

"Tuan muda?" Pembantu peribadinya memanggil. ChanYeol memejamkan matanya dan tanganya membuka pintu bilik itu perlahan.

Tit......... Tit........ Tit.......

Bunyi detak Jantung itu, sangat perlahan, terlalu perlahan.

Tap... Tap... Tap...

Keluarganya yang dari tadi mengelilingi katil Tuan Zhang itu, mula memberi laluan kepada ChanYeol. Jelas di matanya, Lay merapatkan mulutnya pada telinga tua Tuan Zhang itu.

"Chan... Abeoji nak jumpa kamu..." Panggil Lay.

ChanYeol berjalan ke arah katil itu. Mendekatkan telinganya pada bibir lelaki itu.

Mereka lihat, mulut Tuan Zhang terkumat kamit bercakap dengan ChanYeol. Tepat saat Chanyeol menjauhkan telinganya dari Tuan Zhang, lelaki itu mengambil tangan Chanyeol dan Lay, lalu menindihkan tangan mereka bersama senyuman yang lemah.

ChanYeol mengangguk perlahan.

"Chan... Akan... Tunaikan..."

Titt...............

.

.

"Waktu kematian 10.05 a.m..."

.

.

Keluarga Park dan Zhang menyaksikan pembakaran jasad kepala keluarga Zhang. Ayah Lay sendiri.

"Lay memeluk tubuh kekar Chanyeol, menangis di dada bidang itu. Sementara ChanYeol hanya mampu menepuk lembut bahu Lay.

"Apa yang dia cakap dengan kamu Chan??" Soal Puan Zhang, hidung yang sudah memerah sementara mata yang sembap. Lay turut melepaskan pelukannya dan ahli keluarga mereka berkumpul di hadapan Chanyeol.

"Lay-ah..."

Bukan menjawab soalan mereka, tapi dia dia memegang tangan Lay.

"Marry with me..."

"What?!" Chen menyoal terkejut.

"Zhang abeoji... Dia nak aku dan Lay kahwin... Permintaan terakhir dia..."

"Selama ini, perkahwinan ini banyak kali di tangguh... Arrasoe... Kita kawin"

"Kamu pasti Lay? Tidak mahu tunggu sampai habis waktu untuk keluarga Kami habis berkabung?" Soal Puan ​Park pula.

Lay mengangguk lagi dan tersenyum bersama hidung merahnya dan juga mata sembapnya, dia mengambil tangan Chanyeol lalu diletakkan pada perut ratanya.

Namja tiang itu berkerut.

"7 month left... And Park Junior will out" balas Lay perlahan. Wajah tegas itu Yang sebentar tadi berkerut hebat, perlahan mengukir senyuman.

.

.

.

Sehun duduk malas di atas sofa, matanya tidak henti dari terus memerhatikn layar telefon pintar miliknya. Sesekali dia berbaring, atau duduk namun orang yang dinanti olehnya tidak juga kunjung menelefon dirinya.

That eYes [COMPLETE] Where stories live. Discover now