21 : Accident

64 8 4
                                    

.

.

.

Kerusi yang disediakan sudah dipenuhi dengan tetamu. Angin laut mulai menerpa tubuh mereka lembut. Bunyi deruan ombak menghempas pasir pantai bagaikan irama musik di telinga mereka.

Ini hanyalah satu Majlis kecil, dihadiri oleh rakan dan juga saudara mara. Apa dia? Ini ialah Majlis perkahwinan antara Park Chanyeol dan juga Zhang YiXing.

Betul, anda tak salah baca. Perkahwinan ChanYeol dan Lay telah diaturkan secepatnya dan tanpa pengetahuan dari media. Di sinilah mereka, berada di pantai Caneel Bay di united states.

ChanYeol melihat ke arah Lay yang berada di laluan, menuju ke arahnya​bersama bunga di tanganya.

Jantungnya berdegup laju, seirama dengan langkah Lay mendekati dirinya. Tangan Lay digengam, berjalan bersama dan berhenti di hadapan paderi untuk melafazkan ikrar perkahwinan mereka.

.

.

.

Di tangan kanan Chanyeol ada segelas champagne, perlahan dia memutar cawan itu sambil menikmati angin Laut pada malam hari. Perkataan Baekhyun dan Kai masih lagi terngiang di fikiranya.

[FLASHBACK]

Mereka menikmati makan malam itu bersama setelah Chanyeol dan Lay menghabiskan tarian mereka yang pertama sebagai suami dan isteri.

ChanYeol duduk bersama dengan Kai dan Baekhyun. Sekadar berbual dengan segelas wain merah di dalam cawan mereka.


"Park..." Panggil Baekhyun tiba-tiba. ChanYeol refleks melihat ke arah Baekhyun pelik dan mengangkat keningnya pelik.

"Kau dah kahwin dengan Lay, how about Sehun??" Soal Baekhyun straight to the point.

ChanYeol terdiam, ya, dia lupa. Sehun masih lagi ada dalam hidupnya.

"Bila kau nak bagitahu Sehun mengenai status kau sekarang?" Soal Kai pula.

"Bila tiba masanya, Aku akan dedahkan segalanya..." Dia bangun dan ingin pergi sebelum_

"Jangan simpan terlalu Park... Rahsia yang kita ada, belum tentu selamanya tersimpan rapi, walau kita kunci dengan 1000 alasan pun, ia tetap akan terbongkar..."

Baekhyun merenung kearahnya tajam. ChanYeol mengangguk sekali sebelum dia terus berlalu pergi, menuju ke hotel. Menenangkan mindanya dan juga tubuhnya.

[FLASHBACK END]

Tanpa disedari, Lay sudah berada di dalam bilik itu. Dari dia masuk hinggalah selesai​ mandi, ChanYeol, suaminya masih lagi berdiri di koridor. Termenung.

Selesai sahaja merapikan dirinya dan meletakan sedikit perfume pada tubuhnya, dia menghampiri ChanYeol. Memeluk tubuh kekar suaminya dari belakang. Tangan Chanyeol mengusap tanganya sementara dia sendiri menyandarkan kepalanya pada belakang Chanyeol.

"Let me guess... You think about Sehun right?" Soal Lay.

ChanYeol mengeluh lemah, tubuhnya dipusing dan dia memeluk Lay. Membenamkan tubuh Lay ke dalam pelukannya.

"I don't know what I'm done..." Balas ChanYeol perlahan.

"Maksud awak?"

That eYes [COMPLETE] Where stories live. Discover now