Sinopsis

1.3K 64 0
                                    

Nurul Nasuha, seorang gadis 18 tahun yang dihimpit dengan pelbagai masalah. Kehidupannya semakin tidak tentu arah. Masalah keluarganya, pengaruh negatif rakan-rakan, Hara dan beberapa rakannya yang lain. Kekasihnya, Zafran yang terlampau bersikap antagonis sehingga menyebabkan dia sendiri terikut. Bapanya, Najman yang kuat berjudi, segala keperluan di rumah ditanggung oleh ibunya, Puan Ika.
Nasuha pula, sementara menunggu tawaran daripada mana-mana kolej, dia bekerja di sebuah kedai baju di sebuah pasar raya. Namun hasil yang diperoleh entah ke mana, kadang dihabiskan untuk Zafran.
Hampir setiap hari fikirannya didesak, terbeban dek sesuatu.

Sampai suatu masa, dia tidak tahan. Terpaksa juga dia berlari daripada situasi itu.
Dan akhirnya bertemu dengan Syah Aidan, seorang lelaki yang tidak tahu keberadaannya. Entah wujud atau tidak di dunia realiti. Layanan keluarga Syah Aidan yang lebih baik daripada dunianya sendiri. Umi Raiha, dan juga Balqis. Sudah digelarnya emak, sudah digelarnya seorang kekasih, sudah digelarnya rakan baik yang mengubah kehidupannya seratus peratus.
Sedar atau tidak sedar, semua itu hanya mimpi. Bagaimana Nasuha mampu mengatasinya?

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now