EPISOD 9

495 36 5
                                    

Asam pedas ikan pari serta sayur bendi goreng dihidang kemas di atas meja makan. Sepiring sambal belacan tomato sebagai makanan sampingan yang menaikkan selera seisi keluarga itu.
Aidan melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Nasuha. Nasuha hanya tersipu-sipu melemparkan pandangan ke arah lain, tidak mahu bertentang mata katanya. Tambahan lagi Aidan hanya memakai singlet hitam longgar yang menampakkan lengannya yang agak berketak itu. Benar-benar menggugat jiwa Nasuha yang duduk berhadapan itu. Ke mana lagi arah tuju pandangan mata kalau tidak ke hadapan?
Umi Raiha tiba membawa sekobok air basuh tangan. Matanya asyik dikerlingkan kepada Nasuha dan Aidan, kekadang terukir senyuman di bibir tuanya.
Sepanjang santapan makanan tengah hari itu, masih sama-sama membalas kerlingan lembut dan kadang-kala menjadi tajam.

●●●

Puan Ika yang duduk terlelap di atas bangku tersentak dengan kehadiran seorang doktor yang baru sahaja keluar daripada wad kecemasan itu. Merah mata Puan Ika mungkin kerana terlampau kerap mengalirkan air mata. Sesekali air mata yang mengalir diseka menggunakan hujung tudungnya.
Pemuda beruniform lengkap dan bertag nama Wan Badrul  itu mula mengungkap bicara. Mulutnya seakan-akan ingin memberitahu sesuatu, namun riak wajahnya menunjukkan reaksi kurang senang. Tertunggu-tunggu Puan Ika menunggu keputusan daripada Dr. Badrul itu.
Dr. Badrul memandang sebelah kanannya. Terlihat Pak Najman yang sedang mendukung Shahril yang  terlena dek mimpi indah. Sedari tadi dia berdiri di situ apabila terlihat Dr. Badrul keluar daripada wad kecemasan.
Dr. Badrul mengeluh perlahan lalu..
"Puan tunggu di sini dulu ya.."
Ujar Dr. Badrul sebelum kakinya laju dituju ke arah Pak Najman. Tangannya menarik Pak Najman jauh daripada Puan Ika. Mungkin ada sesuatu yang penting ingin diberitahu.
Puan Ika kembali duduk, terkesan hatinya seketika apabila gagal mendapat tahu keadaan sebenar anaknya itu.

"Nasuha... dalam keadaan kritikal.. berlaku pendarahan di kepalanya mungkin kerana hentakan kuat semasa kemalangan.. untuk beberapa hari ni, mungkin dia tidak boleh sedarkan diri.." Terang Dr. Badrul yang berumur lingkungan 30an itu. Matanya yang agak sepet itu tajam merenung Pak Najman. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket uniform kerjanya mungkin kerana tidak tahan akan kesejukan pendingin hawa.
"Maksud doktor.. Suha koma??" Pak Najman meneguk air liur mendengar keterangan doktor yang masih bujang itu.
Dr. Badrul mengangguk perlahan.
"Kita serahkan semuanya pada takdir Allah. Teruskan berdoa.. cekalkan hati.. terutama isteri encik tu.." Ujar Dr. Badrul lembut, tangannya mengusap badan belakang Shahril yang masih terlena seperti tiada apa gangguan yang menerpa diri. Sambungnya lagi..
"Kami akan buat semampu yang boleh untuk menyelamatkan Nasuha.."

Pak Najman hanya diam kematian kata lalu berundur seketika. Lidahnya kelu serubu bahasa. Segera dicarinya bayang si isteri yang mungkin masih duduk menanti di ruang menunggu. Dari kejauhan, dia melihat Puan Ika sedang tunduk menyorok tangisan.
Pak Najman mula sebak. Berharap keadaan Nasuha ini tidak menambahkan perit bagi Puan Ika.
Pak Najman tunduk memandang bawah, matanya mula merah. Sebak melihat tangisan Puan Ika yang berlanjutan hingga kini.
'Abang mintak maaf Ika.. Abang ingkar janji abang yang dulu.. Abang tak nampak pengorbanan Ika.. Banyak sangat.. Walaupun dalam keadaan yang sukar bagi Ika sekarang ni..' Pak Najman bermonolog.
Janjinya lima belas tahun dahulu semakin terngiang-ngiang di telinga. Waktu itu, Nasuha masih berumur tiga tahun. Dalam keadaan romantisnya janji itu diungkap. Bersaksikan ombak pantai, bayu-bayu pantai yang tenang serta burung-burung yang singgah sebentar di permukaan air mencari rezeki. Nasuha tidak lepas juga menjadi saksi perjanjian antara pasangan suami isteri, Najman dan Ika.
"Abang janji.. Abang takkan lukai hati Ika walaupun sekecil zarah pun.. Jika ia berlaku.. hukumlah Abang.. Mungkin Abang tidak sempurna di mata Ika, tapi percayalah.. Abang cuba jadi yang terbaik daripada ketidaksempurnaan ini.."
Ujar Najman sambil tangannya erat menggenggam kedua-dua tangan isteri tercintanya itu. Bibirnya perlahan mengucup ubun-ubun Ika yang diselubungi dengan selendang nipis.

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now