EPISOD 6

486 42 6
                                    

'Haruskah aku mengungkap rasa ini? Tidakkah akan ada seribu satu sesalan sekiranya kami sama-sama mendirikan mahligai cinta? Sungguh itu yang ku impikan. Tapi sampai bila kau akan tetap berada di hadapan mata? Suatu hari kau akan tinggalkan dunia ini dan pulang ke dunia asalmu.. Sungguh itu yang aku takuti~'

●●●

Sebiji demi sebiji batu kecil dilontar ke parit berdekatan bendang. Batu tersebut melantun beberapa kali di permukaan air sehinggalah batu tersebut berhenti dan tenggelam di dalam parit yang jernih itu. Parit yang jernih itu jika digodak pasti hilang serinya. Maka keluarlah segala keladak-keladak lumpur yang mengeruhkan keadaan air itu. Aidan asyik merenung kutu-kutu air yang melompat kegirangan di permukaan air, entah lamunan apa yang mengganggu fikirannya.

●●●

Mata Nasuha semakin meliar. Dari tadi dia asyik menjengah-jengah ke seluruh ruang. Barangkali menanti penampakan Aidan di mana-mana. Senang sahaja dia mencuci mata melihat wajah suci pemuda itu.
"Akak cari siapa tu?" Dari mana datangnya, Balqis lantas menyergah Nasuha. Nasuha laju menggeleng, senyumannya mengukir senyum segan.
"Cari abang Aidan eh?" Pandai Balqis meneka. Riak wajah Nasuha sahaja sudah dapat dibaca. Bohonglah jika tiada yang terpikat dengan abang angkatnya itu. Rupa paras Muhammad Syah Aidan sahaja sudah memikat lebih daripada sejuta perawan.
"Taklahh.." Nasuha pantas duduk di sofa sambil berusaha berdalih daripada pertanyaan Balqis.
"Aqis tau.. akak suka abang Aidan.. abang Aidan pun suka akak, tapi dia jual mahal!!" Terkejut beruk Nasuha mendengar penjelasan Balqis.
'Aidan suka aku?' Bisik hatinya sukar untuk mempercayai.
"Merepeklah Aqis ni.. dia macam tak suka je Suha ada kat sini.." Ujar Nasuha perlahan. Bibirnya dicebik sedikit.
"Tengok cara dia pandang akak pun dah tau dah kak.."
Sambungnya lagi,
"Abang Aidan tu.. tak macam tu dulu.. lepas arwah tunang dia meninggal. Dia terus berubah. Dulu dia periang sangat.. sekarang nak sama-sama dengan Umi dan Balqis pun susah."

Tunang? Aidan pernah bertunang? Ya, 3 tahun lepas. 3 bulan setelah ikatan pertunangannya berlangsung, tunangnya pergi dijemput Ilahi. Mungkin kerana itu Aidan bersikap lebih dingin daripada sebelumnya.
Nasuha mengerut kening mendengar kisah duka Aidan itu. Tangannya pula dari tadi membelek pakaian kurung putih berbusana bunga biru yang tersarung di tubuh langsingnya, kurung tersebut direka khas oleh Umi Raiha untuknya. Jelas sekali Umi Raiha juga sudah mula menyayanginya. Pakaian kurung itu amat bersesuaian dengan dirinya.
"Akak.. akak dengar tak Aqis cerita ni??"
Nasuha segera tersentak daripada lamunan. Entah ke mana fikirannya menerawang sebentar tadi.
"Aqis.. biasa petang-petang macam ni, Abang Aidan hilangkan diri ke mana??"
Melopong terus Balqis melihat reaksi Nasuha itu. Sudahlah tidak pasti jika Nasuha memberi tumpuan pada ceritanya tadi, tiba-tiba diajukan pula soalan begitu. Lain disoal, lain pula jawapannya.

●●●

"Ehemm!! Buat apa tu??"
Pantas Aidan menoleh seketika ke belakang. Terganggu lamunannya sebentar tadi, ada pula yang mengacau.
Kelihatan Nasuha tersengih-sengih memandangnya sambil menyilang tangan di belakang. Kepalanya pula dilitupi dengan sehelai selendang biru muda tidak berkerongsang dan tidak berjahit.
Aidan tidak menjawab, pandangannya sekali lagi dihamparkan di permukaan air semula. Sesekali terdengar juga bunyi keluhan kecil daripada nafasnya.
"Ganggu ke??" Nasuha mengetap gigi melihat reaksi Aidan yang tampaknya tidak senang dengan kemunculannya di situ.
"Waalaikumussalam.." Dengan sarkastiknya Aidan tiba-tiba menjawab salam. Tersipu-sipu Nasuha yang masih tercegat di belakangnya itu. Tidak sepatutnya dia datang menyergah tanpa memberi salam.
"Awak buat apa tiba-tiba datang sini?" Soal Aidan sambil tangannya melontarkan sebiji batu di atas permukaan air. Namun pada kali ini percubaannya gagal. Batu tersebut tidak melantun dengan sempurna.
"Saja nak tengok bendang, kalau ada kau.. aku nak jumpa kau!!" Jawab Nasuha agak spontan.
"Untuk??"
"Bawa aku jalan-jalan kat tempat ni!! Kat tempat aku tak de pun bendang ni!!" Balas Nasuha lagi, tangannya asyik bermain sebatang ranting halus yang baru dijumpai di tepi tebing itu. Terhambur terus gelak kecil Aidan di situ.
"Baliklah rumah awak.. kat tempat saya ni tak de pun yang best.." Lantas Aidan bangkit cuba untuk beredar dari situ meninggalkan Nasuha.
"Aku sendiri tak tahu macam mana aku datang, macam mana aku nak balik??" Balas Nasuha agak kuat melihatkan Aidan sudah berada beberapa langkah jauh daripadanya. Kedua-dua bahunya terangkat. Aidan masih tidak menoleh melihat Nasuha. Tidak mahu kalah bertaut mata.
Malah lantas mendongak melihat langit, kelihatan mendung mula berarak menandakan hujan akan turun sebentar lagi. Bibirnya digigit perlahan, jelas menunjukkan wajah lagaknya. Beberapa kali dia meneguk air liur, terlihat gerakan buah halkum yang menampakkan sisi lelaki sejati.
"Aku suka kau!!" Sambung Nasuha lagi. Tidak sangka juga dia akan meluahkan perasaannya itu. Ingin sahaja Nasuha menepuk mulutnya sendiri atas dasar keceluparannya meluahkan perasaan. Aidan tersenyum sinis lalu perlahan memandang Nasuha.
"Sedarlah dari mimpi tu.."
Nasuha lantas terpaku. Setitik demi setitik air hujan jatuh di tangan halusnya.
Begitu juga Aidan, ubun-ubun kepalanya mula dirasakan basah dek air hujan.
"Aku betul-betul suka kau.. ok aku mintak maaf kalau kehadiran aku ni menyusahkan kau, Umi atau Balqis sekalipun.. aku.." Belum sempat Nasuha menghabiskan ayatnya,
"Awak tak faham bahasa ke? Sedarlah daripada mimpi tu!!" Suara Aidan kian kuat. Kuat mengiringi bunyi guruh yang sedang bergema di langit. Matanya pula tajam merenung Nasuha.
Nasuha hanya mengangguk kecil walaupun tidak langsung memahami dingin Aidan itu. Sedar daripada mimpi?
Setahu Nasuha, mungkin apa yang Aidan cuba katakan ialah berhenti berangan-angan mat jenin menyukai seseorang yang mungkin tidak pasti mampu membalasnya. Namun bukan itu yang dimaksudkan Aidan. Hujan pula semakin lebat menimpa mereka.
"Sedar daripada mimpi!! Pulang ke rumah sendiri, jangan balik sini lagi." Itulah ayat terakhir yang terpacul di bibir Aidan sebelum dia melangkah pergi. Tegas dan nyata. Sengaja Aidan menekankan ayatnya agar Nasuha dapat memahami maksud sebenar yang tersirat.
Hati Nasuha retak seribu. Sampai begitu sekali balasan daripada Aidan terhadap luahan perasaannya tadi. Pakaian kurungnya pula mula lencun dek hujan. Untuk kedua kalinya, dia lencun dibasahi hujan. Pertama kali ketika dia sampai di hadapan pintu rumah Umi Raiha, pertama kali dia melihat jejaka tampan berkopiah putih sedang melihatnya pelik dari dalam rumah. Dan untuk kali keduanya, dia dipaksa meninggalkan rumah itu. 
Aidan kini sudah jauh meninggalkannya seorang diri di situ. Keseorangan dalam kebasahan dan juga kekecewaan.

"Suha... oii bangunlah!!!"
Nasuha terasa tubuhnya digoncang laju. Lantas dia membuka kelopak mata perlahan. Merah wajah belah kirinya dek terlalu lama disembam di atas meja. Matanya juga merah. Kelihatan Hara sedang merenungnya pelik.
"Kau tertidur ke apa??" Soal Hara mengerut kening melihat keadaan Nasuha.
Nasuha masih terpinga-pinga, mamai barangkali. Kedua-dua belah kakinya dirasakan kebas semacam.

●●●

Nasuha berpeluk tubuh. Sejuk pula berjalan kaki seorang diri lorong gelap itu. Padah juga tidak membawa sweater lebih. Terpaksalah dia mengharungi kedinginan malam hari untuk sampai ke rumahnya itu. Namun langkahnya terhenti, teringat akan sesuatu. Matanya mula meliar memandang sekeliling. Hutan gelap dan ladang kelapa sawit sahaja, tiada langsung lorong-lorong lain di situ.
"Sedarlah daripada mimpi tu!!" Suara Aidan terngiang-ngiang di telinga.
'Aku bermimpi je selama ni. Aidan tak wujud pun, dia hanya rakan sepermainan mimpi. Mungkin sebab tu dia tidak mahu menerima luahan perasaanku. Jika benar dia juga mempunyai rasa yang sama terhadapku, dia risau aku akan tersedar daripada tidur dan hilang begitu sahaja daripada mimpi. Maka terjadilah perpisahan. Mungkin sebab itu...'
Sepanjang jalan untuk sampai ke rumah, Nasuha bermonolog.
Tiba sahaja di hadapan pintu rumahnya, kelihatan Aidan sedang merenungnya lama. Renungan pertama yang diberikan. Ehh tidak! Daripada wajah Aidan yang tampan tiba-tiba berubah menjadi wajah kecil Shahril yang terkedek-kedek berlari menyambutnya pulang daripada kerja.
Wajah Aidan sebentar tadi hanyalah ilusi semata-mata.
Nasuha tersenyum nipis melihat adiknya itu.

●●●

Nasuha melangkah perlahan ke arah bilik air. Satu demi satu langkah mengambil wuduk diikut.
Entah kenapa setapak sahaja melangkah ke dalam rumah, dirinya yang lama seakan-akan hilang.

Kain telekung yang sudah lama terperuk di dalam almari dikeluarkan lalu  dikibas agar hilang segala habuk atau kotoran lain. Senyumannya semakin melebar. Tubir matanya pula mula bergenang dek air mata. Terlihat pula bayang-bayang Umi Raiha, Aidan dan Balqis menunaikan solat bersama-sama. Tidak hairan lah keadaan keluarga itu sentiasa tenang dan tenteram. Benar-benar menjadi contoh keluarga sakinah bagi dirinya.
Lantas Nasuha rebah terduduk, tangisannya semakin laju. Sungguh dia amat menyesali setiap perbuatannya dulu. Sungguh dia ingin berubah. Kain telekung yang berada di tangan dipeluk erat.
Perlahan dirasakan tubuh belakangnya hangat dipeluk seseorang yang bertubuh kecil. Kemas rangkulan si kecil Shahril itu daripada belakang. Tangan halusnya mengusap lembut kepala si kakak, barangkali sebak melihat kakak kesayangannya menangis.

Bersambung~
Keep reading and voting gais , tq ❤

JODOH D♤RI MIMPIWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu